February 2017

CARA BERKESAN MENGHILANGKAN KEGATALAN PADA KEMALUAN WANITA

Saya tahu kebanyakan wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau faraj (vagina). Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air kecil dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani masalah berkenaan.

Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.

Masalah jangkitan pada faraj sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.

CARA BERKESAN MENGHILANGKAN KEGATALAN PADA KEMALUAN WANITA

Di bawah ini adalah cara penyembuhan secara tradisional dan turun-temurun untuk mengatasi masalah kegatalan di bahagian sulit seseorang wanita.

1. DAUN SIRIH
Bagi kaum hawa yang mengalami masalah rembesan cecair kemaluan yang menyebabkan kegatalan yang tidak serius, ambil beberapa keping daun sirih, beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam. Jerangkan bahan-bahan tersebut di atas dapur dengan air secukupnya. Jerangkan ia dengan api yang perlahan selama 20 minit. Gunakan air tersebut untuk membasuh kemaluan anda setiap kali membuang air kecil. Kegatalan tersebut nescaya akan hilang di samping menghindarkan bau kemaluan yang tidak enak.

2. DAUN INAI
Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam. Gunakan air ini untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau berasa tidak selesa.


KESIMPULAN - Jika masalah kegatalan semakin teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor seberapa segera untuk mendapatkan rawatan. Bagi merawat sesuatu penyakit, seseorang doktor perlu mengambil sejarah pesakit secara terperinci, melakukan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh dan seterusnya membuat tata cara penyiasatan yang tertentu.

TAGS :

Petua Hilangkan Kegatalan Pada Faraj, Tips Hilangkan Kegatalan Pada Faraj, Cara Hilangkan Kegatalan Pada Faraj, Petua Hilangkan Kegatalan Pada Alat Sulit Wanita, Hilangkan Kegatalan Pada Kemaluan Wanita, Ubat Hilangkan Kegatalan Pada Faraj, Ubat Hilangkan Kegatalan Pada Alat Sulit, Ubat Hilangkan Kegatalan Pada Kemaluan, Rawatan Kegatalan Pada Faraj, Petua Tradisional Hilangkan Kegatalan Pada Faraj, Petua Turun-Temurun Hilangkan Kegatalan Pada Faraj

TIPS MENGHILANGKAN KEGATALAN PADA KEMALUAN WANITA

Masalah jangkitan pada faraj sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.

Pada kebiasaannya masalah gatal boleh disebabkan oleh jangkitan kandida pada faraj disebabkan oleh pertumbuhan berlebihan sel yis (candida albicans) yang ada dalam faraj. Antara faktor yang dikaitkan dengan jangkitan faraj wanita termasuk kehamilan, penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, pengambilan ubat secara oral, antibiotik dan menggunakan semburan pada faraj.

8 TIPS MENGHILANGKAN KEGATALAN PADA KEMALUAN WANITA

Untuk menghilangkan kegatalan pada kemaluan wanita, rawatan yang diperlukan dengan beberapa cara yang betul termasuklah:

1. ELAKKAN PENGGUNAAN FEMININE WASH
Elakkan mengunakan sabun/feminine wash.Ianya boleh menyebabkan faraj menjadi kering dan ia boleh mengubah keadaan pH yang sepatutnya normal pada faraj,hingga menyebabkan rasa gatal

2. ELAKKAN PENGGUNAAN TISU WANGI

Elakkan dari mengunakan tisu yang wangi pada faraj (tisu biasa yang digunakan untuk mengelap tangan).

3. JAGA KEBERSIHAN

Selalu amalkan mencuci faraj dari bahagian depan hinggalah ke bahagian belakang,iaitu dari lubang kencing ke bawah,dan bukannya dengan cara dari belakang ke depan.Ianya adalah kerana untuk mengelakkan dari terkena pada lubang dubur (yang mempunyai bakteria) dan dibawa ke dalam lubang faraj.

4. ELAKKAN MEMAKAI SELUAR DALAM YANG KETAT
Hindari diri anda daripada memakai dan menggunakan seluar dalam yang ketat dan sempit. pilih material yang mudah menyerap peluh supaya peredaran udara lebih mudah. Pakailah pakaian yang longgar terutama di bahagian lipatan peha.

5. PASTIKAN SELUAR DALAM SENTIASA KERING
Sentiasa memastikan pakaian dalam anda adalah kering.Pakaian terutama sekali seluar dalam yang dibiarkan lembab boleh menyebabkan masalah kegatalan.

6. KERAP MENUKAR SELUAR DALAM
Pastikan kawasan faraj kering dan sentiasa bersih manakala seluar dalam sering ditukar setiap hari,gunakanlah kain dari jenis cotton atau hypoallergenic.

7. KURANGKAN BERAT BADAN
Kurangkan berat badan jika berat badan lebih daripada berat badan normal.

8. KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN DAN MINUMAN YANG MANIS
Salah satu punca vagina gatal ialah akibat gula berlebihan dalam tubuh seseorang wanita. Paras gula yang tinggi akan mengalakkan pertumbuhan ragi dalam faraj.


KESIMPULAN - Kebiasaannya rasa kegatalan pada bahagian kemaluan atau farja berkait rapat dengan masalah kebersihan. Gangguan rasa gatal yang terjadi pada vagina disebabkan oleh infeksi kulat dan juga kesan alergik.

TAGS :

Petua Hilangkan Kegatalan Pada Faraj, Tips Hilangkan Kegatalan Pada Faraj, Cara Hilangkan Kegatalan Pada Faraj, Petua Hilangkan Kegatalan Pada Alat Sulit Wanita, Hilangkan Kegatalan Pada Kemaluan Wanita, Ubat Hilangkan Kegatalan Pada Faraj, Ubat Hilangkan Kegatalan Pada Alat Sulit, Ubat Hilangkan Kegatalan Pada Kemaluan, Rawatan Kegatalan Pada Faraj, Petua Tradisional Hilangkan Kegatalan Pada Faraj, Petua Turun-Temurun Hilangkan Kegatalan Pada Faraj

PETUA MELUNAKKAN DAN MEMERDUKAN SUARA

Suara yang merdu dan sedap didengar selalunya dimiliki oleh para qari(qariah), penyanyi, dj radio serta mereka yang menggunakan suara sebagai sumber pendapatan. Kita yang mendengar bacaan, nyanyian ataupun celoteh mereka pasti terpesona atau terhibur. Walaupun kekadang kita sendiri pun tak mengenali wajah mereka, kan?

Tapi agak-agak andalah, bagaimana mereka ni dapat memiliki suara yang begitu merdu?

Adakah memang suara mereka tu sedap secara semulajadi ataupun mereka pandai menjaga suara?

Kalau dah sedap secara semulajadi, itu merupakan kelebihan yang telah dikurniakan kepada merekalah. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang tiada kelebihan tersebut?

PETUA MELUNAKKAN DAN MEMERDUKAN SUARA

Kali ini saya akan kongsikan sedikit petua tradisional yang boleh kita amalkan bersama-sama untuk mendapatkan suara yang lunak dan merdu.

1. AIR LIMAU NIPIS
Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah ia sebagai minuman biasa.

2. MINUM AIR SELEPAS BANGUN TIDUR

Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh muka atau gosok gigi dahulu.

3. MADU
Amalkan meminum madu asli setiap pagi dan malam. Caranya, letakkan satu sudu madu asli ke dalam air sejuk dan minum. InsyaAllah, ia sangat berkesan.

4. JAGA PEMAKANAN DAN MINUMAN

Jangan mengambil makanan yang banyak minyak dan santan. Lagi satu, jangan minum air berais (air sejuk) banyak sangat, banyakkan minum air mineral yang suam sahaja. Kurangkan minuman yang berkafien juga seperti teh dan kopi.

5. MENJERNIHKAN KERONGKONG

Selepas bangun tidur, masukkan kedua-dua jari telunjuk ke dalam kerongkong dan anak tekak sampai keluar air yang berlendir. Lakukan ini sebelum memberus gigi sebab kalau dah berus gigi, lendir tu susah nak keluar.

6. TITISKAN AIR DALAM HIDUNG

Titiskan air dalam lubang hidung. Nanti lendir dalam hidung dengan dekat kerongkok tu keluar.


KESIMPULAN - Petua ini sering diamalkan oleh penyanyi tradisional lama serta qari dan qariah. Selamat mencuba.

TAGS :

Petua Suara Lunak dan Merdu, Tips Suara Lunak dan Merdu, Cara Dapatkan Suara Lunak dan Merdu, Suara Merdu Untuk Mengaji Al-Quran, Suara Lunak Mengaji Al-Quran, Suara Merdu Penyanyi Terkenal, Petua Orang Tua Suara Lunak, Petua Orang Tua Suara Merdu, Suara Buluh Perindu,

PETUA TRADISIONAL MENEGANGKAN PAYUDARA DENGAN BERKESAN

Wanita yang sudah bersalin akan mula mengalami masalah buah dada yang menjadi kendur dan tampak tidak bermaya. Hal ini kerana, didalam dada mereka mempunyai kantung susu yang menyebabkan ia semakin berat dan membesar tetapi pada masa yang sama ia tampak mengendur.

Lebih-lebih lagi apabila seseorang wanita itu sudah habis menyusu anaknya, kekenduran payudara akan lebih jelas kelihatan. Perkara inilah yang sering merisaukan kaum wanita kerana mereka merasakan sudah tidak cantik seperti dulu.

Terdapat banyak petua tradisional untuk membantu mengembalikan ketegangan dan keanjalan payudara seseorang wanita. Walaupun hasilnya tidaklah begitu cepat dan drastik, namun sekurang-kurangnya penampilan seseorang wanita itu tampak lebih yakin dan menarik.

PETUA TRADISIONAL MENEGANGKAN PAYUDARA DENGAN CEPAT

Antara petua-petuanya ialah :

1. DAUN SIRIH
Dapatkan beberapa helai daun sirih melayu, ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali.

2. BUAH LABU
Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

3. PUTIH TELUR
Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.

4. AIR KANJI
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. InsyaAllah mujarab.


KESIMPULAN - Menurut orang tua yang memberikan petua ini, petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.

TAGS :

Petua Tegangkan Payudara Dengan Berkesan, Cara Tegangkan Payudara Dengan Berkesan, Tips Tegangkan Payudara Dengan Berkesan, Petua Tegangkan Payudara Secara Semulajadi, Sebab Payudara Kendur, Petua Sayang Suami,

LAWAK BAYI KEMBAR SEBELAS

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka.

KISAH LAWAK BAYI KEMBAR SEBELAS

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama,
“Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua,
“Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga,
“Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?
Dengan perasaan gelisah dia menjawab
“Saya bekerja di Seven Eleven.” 

ULASAN - Hahahahaha.. Jangan marah ye.

TAGS : 

Koleksi Lawak Jenaka, Koleksi Senyum Pisang, Koleksi Lawak Melayu, Koleksi Lawak Antarabangsa, Bayi Kembar Tiga, Bayi Kembar Empat, Bayi Kembar Tujuh, Bayi Kembar Sebelas, Kisah Lawak Bayi Kembar

MAAFKAN AYAH, ANAK-ANAKKU

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. 
Usin tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. 
"Ayah, ayah, cepatlah Ayah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." 
Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?
"Iyelah, maklumlah abang kan sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

MAAFKAN ABANG, ISTERIKU !! MAAFKAN AYAH, ANAK-ANAKKU !!

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi sudah pun terlelap dekat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."
Tak ada apa-apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." 
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. 
"Sudah la tu bang." 
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....

BAAAANNNNGGGGGG!!!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. 
"Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. 
Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGGGGGGG!!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.


KESIMPULAN - Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi. Dan jangan tidur selepas asar ye.

TAGS :

Koleksi Lawak Jenaka, Koleksi Senyum Pisang, Koleksi Lawak Melayu, Koleksi Lawak Antarabangsa, Koleksi Kisah Menyayat Hati, Kisah Suami Bawa Kereta Laju, Kisah Sekeluarga Kemalangan, Bawa Kereta Laju Sebabkan Kemalangan, Koleksi Mimpi Lawak,

FAKTA MENGENAI BERDENGKUR

Bagi individu yang sering berdengkur semasa tidur ia diibaratkan seperti menyanyi dengan nada sumbang yang menganggu tidur orang lain, itulah antara perumpamaan digunakan oleh mereka yang terganggu dek dengkuran tersebut.

FAKTA MENGENAI BERDENGKUR

Persoalannya, adakah anda sering mengalami dengkuran ketika tidur pada waktu malam? Keadaan tersebut menyebabkan waktu tidur terganggu akibat selalu terjaga secara mengejut dan kadang-kadang mengalami sesak nafas.

Tambahan, situasi tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada anda, malahan ahli keluarga terdekat juga turut terganggu dengan bunyi dengkuran tersebut kerana bunyinya yang kuat dan adakalanya membingitkan telinga yang mendengar.

Jika anda sedang mengalami situasi seperti di atas kemungkinan anda mengalami Obstructive Sleep Apne (OSA).

Bagi kanak-kanak pula, dengkuran disebabkan hidung tersumbat atau alahan, bengkak pada tonsil dan adenoid (daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung).

Berdasarkan kajian, sebanyak 80 peratus individu yang menghidap masalah ini tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit tersebut dan menyebabkan tiada sebarang tindakan dilakukan untuk merawatnya.

Menurut pakar perubatan, tidur berdengkur berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur beberapa saat.

Bagaimanapun, masalah tidur berdengkur tidak seharusnya dipandang ringan kerana jika berlarutan, ia petanda seseorang itu terdedah penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.

Dianggarkan di Malaysia, sebanyak tiga juta orang mungkin menghidap masalah dengkuran tetapi kebanyakan mereka tidak menyedari masalah ini. Walaupun dianggap perkara lumrah terutama dalam kalangan lelaki dengan purata seorang daripada enam orang menghidapnya, tetapi masalah itu tidak seharusnya dipandang ringan oleh wanita kerana mereka juga terdedah dengan perkara ini.

“Dianggarkan seorang daripada sepuluh orang wanita menghadapi masalah ini dan kebanyakan daripada mereka berada dalam lingkungan umur pertengahan.

“Jika berlarutan tanpa mendapatkan rawatan yang selanjutnya mereka terdedah kepada penyakit yang lebih berbahaya seperti tekanan, sakit jantung, strok, kegagalan fungsi jantung dan kemurungan.

Kualiti tidur setiap hari sangat penting bagi seseorang individu kerana waktu tidur yang baik akan memudahkan rutin harian di siang hari.

“Tidur yang baik akan mempengaruhi kesan kepada kesihatan seseorang dalam jangka masa panjang termasuk dalam aspek pertumbuhan sel badan, metabolisme, keseimbangan tenaga dalam badan, fungsi sistem imun dan juga proses perkembangan serta pembelajaran minda.

“Malangnya, sebahagian masyarakat Malaysia tidak menghargai waktu tidur mereka di malam hari. Sebaliknya masa emas itu mereka lebih gemar gunakannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen sehingga lewat malam, melayari internet dan berjumpa dengan rakan-rakan untuk berkongsi cerita.

“Kajian yang dilakukan juga menunjukkan sejak 40 tahun lalu masyarakat di dunia telah mengalami perubahan dari segi waktu tidur yang semakin berkurangan dari satu hingga dua jam. Daripada jumlah tersebut juga sebanyak satu pertiga daripada orang dewasa mempunyai waktu tidur yang tidak baik iaitu kurang daripada enam hingga tujuh jam.

Tambahnya, individu yang dikesan kurang waktu tidur dan dalam masa yang sama mempunyai masalah OSA berhadapan dengan impak yang bahaya kepada diri dan masyarakat.

Kesan gangguan tidur yang jika tidak mendapatkan rawatan pada peringkat awal akan menyebabkan berlaku insiden yang membahayakan keselamatan diri dan menyebabkan antaranya meningkatkan 10 peratus kemalangan melibatkan motosikal, lebih 50 peratus terlibat dengan kemalangan di tempat kerja, dan 20 peratus juruterbang melakukan kesalahan serius melibatkan pesawat kerana tertidur.

“Mereka yang mengalami gangguan tidur ini juga adalah dalam kalangan pekerja yang bekerja secara shif, gemar menonton television sehingga lewat malam, kesan pengambilan ubat-ubatan dan masalah ketagihan ubatan.

KESAN BURUK DAN BAHAYA TIDUR BERDENGKUR

  • Selalu terjaga secara mengejut ketika tidur
  • Sesak nafas tiba-tiba
  • Menganggu tidur pasangan dan keluarga masing-masing
  • Terdedah kepada penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung
  • Bahaya kepada masyarakat - potensi untuk terlibat kemalangan kerana kekurangan tidur

KESIMPULAN -  Pastikan anda mendapatkan rawatan yang cepat sekiranya anda mempunyai masalah berdengkur semasa tidur. Hal ini bukan sahaja menganggu orang sekeliling anda semasa tidur tetapi turut memberi kesan buruk kepada kehidupan seharian anda.

Jangan bertangguh lagi. Berusahalah dan berikhtiarlah secepat mungkin.

TAGS :

Petua Atasi Tidur Berdengkur, Cara Atasi Tidur Berdengkur, Tips Atasi Tidur Berdengkur, Atasi Masalah Tidur Berdengkur,Punca Tidur Berdengkur, Sebab Tidur Berdengkur, Faktor Tidur Berdengkur, Berdengkur Semasa Tidur, Perempuan Tidur Berdengkur, Lelaki Tidur Berdengkur, Tidur Berdengkur Bahaya Untuk Kesihatan, Tidur Berdengkur Semasa Hamil, Bahaya Tidur Berdengkur, Kesan Buruk Tidur Berdengkur, Tidur Malam Berdengkur, Tidur Siang Berdengkur

PETUA ATASI BERDENGKUR SEMASA TIDUR

Bagi individu yang sering berdengkur semasa tidur ia diibaratkan seperti menyanyi dengan nada sumbang yang menganggu tidur orang lain, itulah antara perumpamaan digunakan oleh mereka yang terganggu dek dengkuran tersebut.

Persoalannya, adakah anda sering mengalami dengkuran ketika tidur pada waktu malam? keadaan tersebut menyebabkan waktu tidur terganggu akibat selalu terjaga secara mengejut dan kadang-kadang mengalami sesak nafas.

Tapi anda tidak perlu risau lagi, kali ini saya akan kongsikan sedikit tips dan petua untuk membantu anda menyelesaikan masalah berdengkur semasa tidur.

5 PETUA ATASI MASALAH BERDENGKUR SEMASA TIDUR

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah tidur berdengkur, pastikan anda melakukan beberapa perkara di bawah sebelum anda tidur.

1. ELAKKAN MAKAN UBAT TIDUR ATAU SEDATIF
Permakanan jenis ubatan ini sebelum anda tidur akan meningkatkan peluang untuk anda berdengkur semasa tidur. Jadi, hindarkalah selagi anda mampu.

2. SUHU DAN KEADAAN BILIK YANG TIDAK TERLALU KERING
Keadaan bilik yang kering dan panas akan meningkatkan lagi rasa gatal pada selaput hidung dan tekak anda dan menyebabkan ianya membengkak. Apabila ia membengkak, pernafasan anda akan terganggu.

Jadi, pasanglah 'humidifier' di dalam bilik anda untuk memastikan keadaan bilik anda sentiasa sejuk dan nyaman serta sedikit lembap.

3. GUNAKAN 'NASAL STRIP'


5 Cara Atasi Masalah Tidur Berdengkur

Nasal Strip sangat bagus untuk membantu seseorang daripada berdengkur semasa tidur. Ianya boleh dibeli di pasaraya ataupun farmasi. Cuma tampalkannya di atas batang hidung anda. Senang bukan?

4. BERSIHKAN SALURAN HIDUNG
Jika anda mempunyai selsema atau hidung tersumbat, pastikan anda membersihkan perkara-perkara yang menyekat saluran hidung anda sebelum tidur.

5. UBAH POSISI TIDUR
Tidur terlentang mengalakkan lagi dengkuran untuk berlaku. Letak bantal atau apa sahaja di sisi untuk mengelakkan anda dari tidur terlentang. Biasakan diri anda tidur mengiring ke sebelah kanan, ia bukan sahaja boleh mengurangkan masalah berdengkur malah sangat baik untuk kesihatan tubuh badan anda.

Anda juga dinasihatkan untuk :
  • Mengurangkan berat badan sekiranya anda mempunyai masalah berat badan yang berlebihan ataupun obes
  • Elakkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok
  • Mengamalkan jadula tidur yang tetap setiap hari
  • Mendapatkan rawatan di klinik atau hospital jika anda selsema atau mempunyai masalah hidung tersumbat

KESIMPULAN - Jika anda mengalami masalah berdengkur yang serius, anda haruslah membuat pemeriksaan yang rapi untuk mengelakkan kesihatan anda bertambah buruk. Bukan itu sahaja, malah anda juga dapat memperbaiki hubungan dengan orang sekeliling terutama pasangan anda.

Selamat mencuba. Diharap tips di atas berguna untuk anda.

TAGS :

Petua Atasi Tidur Berdengkur, Cara Atasi Tidur Berdengkur, Tips Atasi Tidur Berdengkur, Atasi Masalah Tidur Berdengkur,Punca Tidur Berdengkur, Sebab Tidur Berdengkur, Faktor Tidur Berdengkur, Berdengkur Semasa Tidur, Perempuan Tidur Berdengkur, Lelaki Tidur Berdengkur, Tidur Berdengkur Bahaya Untuk Kesihatan, Tidur Berdengkur Semasa Hamil, Bahaya Tidur Berdengkur, Kesan Buruk Tidur Berdengkur, Tidur Malam Berdengkur, Tidur Siang Berdengkur

FAKTOR BERDENGKUR SEMASA TIDUR

Semua orang tidak kira sama ada lelaki ataupun wanita berpotensi untuk berdengkur semasa tidur. Hanya sebilangan orang sahaja yang tidak berdengkur semasa tidur kecuali mereka terlalu penat dan stres pada hari tersebut.

Tahukah anda berdengkur bukan sahaja menjejaskan kualiti tidur si pedengkur tetapi turut menganggu tidur orang di sekelilingnya.

Menurut pakar perubatan, tidur berdengkur berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur.

7 FAKTOR BERDENGKUR SEMASA TIDUR

Antara sebab dan faktor utama seseorang itu berdengkur semasa tidur ialah

1. OBES
Apabila bahagian badan berlemak yang banyak terutamanya leher ia akan menyebabkan udara sukar untuk masuk ke dalam hidung dan leher ketika tidur. Oleh sebab itu seseorang itu akan berdengkur tanpa sedar.

2. FAKTOR USIA
Semakin usia meningkat, semakin tinggi peluang untuk seseorang itu tidur berdengkur. Hal ini kerana bahagian leher atau kerongkong semakin sempit dan mengecil dan otot disekitarnya semakin lemah.

3. MEMILIKI SUSUK TUBUH YANG BESAR
Lelaki semulajadinya mempunyai susuk badan yang besar tetapi mempunyai ruang pengaliran udara yang sempit berbanding dengan seseorang wanita. Sebab itulah lelaki lebih banyak berdengkur berbanding wanita.

4. MASALAH HIDUNG
Selesema dan hidung tersumbat juga adalah punca dan faktor yang menyebabkan masalah tidur berdengkur. Dengkuran pada kanak-kanak juga boleh terjadi apabila mereka dijangkiti selsema ataupun alahan, bengkak tonsil dan 'adenoid' iaitu keadaan di mana seseorang mempunyai daging berlebihan seperti tonsil di hidung.

5. POSTUR TIDUR
Postur tidur secara melentang meningkatkan potensi untuk seseorang itu berdengkur.

6. MENGAMBIL UBATAN
Mereka yang mengambil ubat seperti 'Lorazepam' dan 'Diazepam' juga berpotensi untuk berdengkur kerana otot dalam badan bergerak aktif walaupun ketika mereka tidur.

7. MEROKOK
Mereka yang menghisap rokok lebih cenderung untuk tidur berdengkur, Hal ini kerana ia akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi abnormal dan mengecil, pembengkakan selaput lendir pada hidung, gangguan pada tekak dan penyumbatan kecil pada paru-paru.

Selain itu, merokok juga adalah punca kepada pelbagai penyakit lain selain turut membahayakan orang di sekeliling anda.



KESIMPULAN - Kebiasaannya, mereka yang mengalami gangguan tidur berdengkur ini juga adalah dalam kalangan pekerja yang bekerja secara shif, gemar menonton television sehingga lewat malam, kesan pengambilan dan ketagihan ubat-ubatan.

Jadi, elakkanlah diri anda daripada melakukan perkara di atas kerana berdengkur membuktikan badan anda tidak sihat.

TAGS :

Petua Atasi Tidur Berdengkur, Cara Atasi Tidur Berdengkur, Tips Atasi Tidur Berdengkur, Atasi Masalah Tidur Berdengkur,Punca Tidur Berdengkur, Sebab Tidur Berdengkur, Faktor Tidur Berdengkur, Berdengkur Semasa Tidur, Perempuan Tidur Berdengkur, Lelaki Tidur Berdengkur, Tidur Berdengkur Bahaya Untuk Kesihatan, Tidur Berdengkur Semasa Hamil, Bahaya Tidur Berdengkur, Kesan Buruk Tidur Berdengkur, Tidur Malam Berdengkur, Tidur Siang Berdengkur

SEBAB SAKIT GIGI MUDAH BERLAKU

Antara semua penyakit, sakit gigi adalah salah satu sakit yang paling 'annoying'. Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah mengalami sakit gigi, pasti mereka tak ingin lagi merasa saat-saat merana seperti itu. Mana tidaknya, apabila gigi sakit, semua perkara yang kita lakukan terasa tidak kena, nak makan susah, nak tidur susah apatah lagi jika mahu bekerja.

Mahu tidak mahu memang terpaksa pergi berjumpa dengan doktor gigi. Iyela, minta ubat penahan sakit kan? Tapi hanya bertahan seketika dan kemudian sakit gigi itu akan datang lagi.

10 SEBAB SAKIT GIGI MUDAH BERLAKU

Tahukah anda sebenarnya secara tidak sedar perlakuan seharian kitalah yang menjurus kepada kerosakan gigi kita. Antara perkara yang kita lakukan tanpa kita sedar ialah

10 Punca Gigi Mudah Sakit & Mereput

1. MAKAN GULA-GULA KENYAL
Makan benda yang manis juga salah satu penyumbang kepada sakit gigi tetapi yang lebih teruk lagi jika anda suka mengunyah gula-gula kenyal seperti gummies candy. Hal ini kerana ia mudah melekat pada gigi dan jika lambat dibersihkan, ia akan berubah menjadi asid dan menghakis gigi anda.

2. MINUM KOPI
Minum kopi memang sedap dan menyegarkan tetapi habit ini akan merosakkan gigi malah membuatkan gigi anda menjadi kekuningan.

3. MELAKUKAN SESUATU MENGGUNAKAN GIGI

Perkara ini hampir semua orang pernah melakukannya. Apabila seseorang itu memerlukan sesuatu yang tajam seperti gunting dengan pisau, mereka lebih gemar menggunakan gigi mereka sebagai ganti. Perkara ini bukan sahaja boleh membuat gigi retak malah berkemungkinan akan patah.

4. MAKAN KEREPEK KENTANG
Bukan makanan yang manis sahaja yang boleh menghasilkan asid pada gigi seseorang tetapi makanan berkanji juga adalah salah satu punca. Dalam masa 20 minit jika gigi tidak dibersihkan selepas memakannnya, asid dari baki makanan yang tertinggal dalam mulut akan mula menghakis gigi.

5. MAKAN AIS
Kebiasaannya makan ais akan membuatkan gigi terasa ngilu dan sebahagian otak terasa amat sakit. Memang sedap apabila mengunyah tapi tahukah anda apabila kerap kali mengunyah ais yang keras, tisu lembut dalam gigi lama-kelamaan akan menjadi retak dan sekali gus menyebabkan sakit gigi.

6. MELAGA GIGI
Ada sesetengah orang melaga giginya semasa tidur. Tekanan yang berlaku akibat perkara ini akan menyebabkan gigi semakin mudah terhakis dalam tempoh jangka masa panjang. Perkara ini susah untuk dielakkan kerana ia berlaku di alam bawah sedar seseorang manusia.

7. KERAP MENGUNYAH
Apabila anda kerap makan terutama makanan ringan, anda akan menggunakan gigi anda dengan kerap tanpa sempat berehat.  Perkara seperti ini bukan sahaja akan membuatkan gigi anda lebih cepat haus malah sisa makanan yang tidak dibersihkan selepas makan akan bertukar menjadi plak pada gigi anda. Plak inilah yang akan membuatkan gigi anda mudah sakit dan reput.

8. MINUMAN MINUMAN BERKARBONAT @ BERGAS
Sama seperti gula-gula, minuman berkarbonat mengandungi paras gula yang tinggi dan sangat bahaya. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi asid phosporic dan asid citric yang boleh merosakkan enamel gigi anda.

9. HISAP ROKOK
Asap dari rokok bukan sahaja meninggalkan warna kusam pada gigi seseorang malah boleh menyebabkan radang gusi. Akibatnya, gigi akan mudah reput dan tertanggal. Jadi, berhentilah merokok ye.

10. GIGIT HUJUNG PEN/PENSEL
Perkara ini sering dilakukan oleh ramai orang terutama pelajar sekolah. Pada awalnya memang perkara ini tidak memberi kesan kepada gigi seseorang, tetapi lama-kelamaan gigi akan mula lemah dan mereput seperti kesan gigitan yang anda boleh lihat pada badan pen atau pensel yang anda gigit. Itulah kesannya pada gigi anda.


KESIMPULAN - Jika anda sayangkan gigi anda, elakkanlah diri anda daripada melakukan 10 perkara di atas. Kalau anda tetap berdegil, jangan menyesal ye.

TAGS :

Punca Sakit Gigi, Sebab Sakit Gigi, Punca Gigi Reput, Sakit Gigi Akibat Hakisan Gigi, Gambar Hakisan Gigi, Punca Gigi Reput dan Patah, Punca Gigi Retak, Minum Air Sejuk Sakit Gigi, Tabiat Penyebab Sakit Gigi, Merokok Merosakkan Gigi, Minum Kopi Menguningkan Gigi, Perkara Yang Merosakkan Gigi,

PETUA LICINKAN DAN HALUSKAN KULIT TANPA BAHAN KIMIA

Zaman sekarang ini bukan sahaja wanita mementingkan kecantikan luaran, namun kaum lelaki juga tidak terkecuali. Yalah, siapa yang mahukan kulit mereka terutama di bahagian muka nampak kusam, tidak bermaya dan hilang serinya bukan?

Namun, anda tidak perlu risau lagi. Kali ini saya akan kongsikan sedikit tips dan petua yang sangat mudah dan berkesan untuk mendapatkan kulit yang halus, mulus, bersih dan licin dengan hanya menggunakan bahan semula jadi.

Jadi anda tidak perlu susah payah lagi beli produk kecantikan yang mahal dan mengandungi bahan kimia yang mungkin akan menjejaskan kesihatan kulit anda.

6 PETUA LICINKAN DAN HALUSKAN KULIT TANPA BAHAN KIMIA

Nak tahu apa petua dan tips yang betul untuk dapatkan kulit halus dan licin secara semulajadi?  Jom baca di bawah ini

6 Petua Kulit Licin & Cantik Secara SemulaJadi

1. BUAH TOMATO

Ia bertindak sebagai skin toner yang membantu merawat jerawat dan jeragat.

Caranya :
a. Kisar beberapa biji tomato sehingga menjadi pes. Ambil pes dan tekap pada muka selama 10 minit pada bahagian yang berjerawat atau permukaan kulit yang tidak sekata.
b. Jika dilakukan setiap hari, ia akan mengecilkan liang pori di muka dan menjadikan muka anda lebih licin dan bersih. Anda juga digalakkan untuk minum jus tomato atau makannya secara mentah.


2. ALOE VERA
Bahan aktif dalam aloe vera terbukti berkesan merawat parut, belemish, kedut dan garisan halus di muka.

Caranya :
a. Ambil gel daripada daunnya dan sapu pada kulit 2-3 kali seminggu.
b. Jadikan mask dengan mencampurkan satu sudu gel aloevera, dua sudu jus lemon dan 1 sudu madu. Tekap pada muka, leher dan bahagian yang kasar selama 20 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.


3. AIR MASAK
Pasti anda tidak percaya bukan? Petua kulit licin secara semulajadi yang paling berkesan adalah hanya dengan minum air. Anda disarankan untuk mendapatkan air yang cukup untuk badan anda. Apabila badan anda cukup cecair, ia akan membuang toksin dan sisa pepejal dalam badan dengan lebih cepat sebelum ia mampu memudaratkan kesihatan anda.

Disamping itu, banyakkan makan buahan dan sayuran yang tinggi kandungan airnya.


4. JUS LEMON

Enzim di dalam jus membuang sel-sel kulit mati secara tidak langsung membantu mengurangkan warna parut di kulit dan melembutkan serta melicinkan kulit anda. Petua ini sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Caranya :
a. Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Sapu jus pada bahagian kulit berparut atau yang tidak sekata. Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Lakukan setiap hari.
b. Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi telur putih. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 20 minit sebelum dibilas. Lakukan sekali atau dua kali seminggu.


5. MINYAK TEA TREE
Anti bakteria yang terkandung dalam minyak ini boleh merawat dan mengurangkan masalah parut dan jerawat. Namun, anda dinasihatkan untuk mencubanya di tangan terlebih dahulu sebelum digunakan dimuka kerana dikhuatiri alergi dengan minyak ini.

Caranya :
a. Titiskan pada putik kapas dan sapu pada bahagian berjerawat atau berparut.
b. Sejam sebelum anda tidur, sapu minyak ini pada kulit dan biarkan ia semalaman.


6. MADU
Madu digunakan sejak sekian lama kerana 1001 khasiatnya. Bukan sahaja boleh dimakan, ia juga elok dan bagus jika disapukan pada kulit.

Caranya :
a. Ambil madu dan sapu pada muka, leher dan bahagian kulit yang kasar. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas.
b.
Campurkan sedikit madu pada telur putih dan sapu pada muka. Basuh dengan air dan pencuci muka untuk menghilangkan bau telur.
c. Sebelum tidur, campurkan 3 sudu madu bersama setengah cawan serbuk kayu manis. Sapu pada muka dna biarkan semalaman. Keesokan harinya, bilas seperti biasa.


KESIMPULAN - Amalakn tips dan petua di atas untuk mendapatkan hasil yang cepat. Bahan-bahan di atas bukan sahaja mudah didapati dan murah, namun ia juga tidak memberikan kesan sampingan kepada badan anda.

InsyaAllah, dengan mengamalkan petua di atas, pastinya wajah dan kulit anda akan bertambah lembut, licin dan halus.

Selamat mencuba.

TAGS :

Petua Kulit Licin dan Halus, Tips Kulit Licin dan Halus, Cara Dapatkan Kulit Licin dan Halus, Kulit Licin dan Halus Tanpa Bahan Kimia, Petua Kulit Licin dan Cerah, Petua Kulit Licin dan Gebu, Petua Kulit Licin dan Putih, Petua Kulit Licin dan Sihat, Petua Kulit Licin Secara Semulajadi, Petua Kulit Licin Tanpa Jerawat, Petua Kulit Licin Untuk Lelaki, Petua Kulit Licin Untuk Wanita, Petua Muka Cantik dan Gebu, Tips Kulit Licin dan Putih

RISIKO HERBA TRADISIONAL KEPADA IBU HAMIL DAN BERPANTANG

Tahukah anda pelbagai jenis jamu dan herba seperti kacip fatimah, mas cotek, daun pegaga, teh halia, manjakani dan kunyit adalah antara herba yang selalu diamalkan oleh para wanita untuk lebih cantik dan menawan?

Walaupun kebanyakan herba tradisional mempunyai 1001 khasiat yang terbukti secara turun-temurun, namun setiap wanita hamil perlu berhati-hati dalam mengamalkannya kerana berkemungkinan ia akan menganggu bayi dalam kandungan.

6 RISIKO HERBA TRADISIONAL KEPADA IBU HAMIL DAN BERPANTANG

Rata-rata pengguna berpendapat bahawa pengambilan herba semulajadi tidak akan mendatangkan kesan sampingan berbanding dengan ubatan moden. Malangnya, tanggapan ini adalah salam sama sekali.

Menurut sumber dari sebuah akhbar tempatan, penggunaan herba tradisional juga mempunyai risiko dan bahayanya yang tersendiri jika diambil secara melulu tanpa sebarang nasihat dari pakar terutamanya jika seseorang itu sedang hamil atau berpantang.

Antara risiko herba tradisional kepada ibu hamil dan berpantang ialah :

Bahaya Jamu & Ubatan Tradisional Untuk Wanita Hamil

1. KOMPLIKASI SELEPAS BERSALIN

Sesetengah tumbuhan herba atau ubatan tradisional itu sendiri mempunyai bahan aktif dan kadangkala boleh memberi eksan toksik kepada ibu mahupun janin di dalam kandungan.

Baru-baru ini viral mengenai bahaya pati ikan haruan dan gamat. Walaupun ia tidak tergolong sebagai herba, ia adalah ubatan tradisional biasa yang digunakan dalam masyarakat kita.

Memang tidak dinafikan bahawa ia banyak membantu dalam menyembukan luka, tetapi ada yang mendakwa ia berbahaya untuk diamalkan oleh ibu hamil yang melakukan 'pembedahan Caesarean'. Hal ini kerana, segelintir wanita akan mendapat kompilasi di mana usus dan organ dalaman melekat antara satu sama lain akibat proses penyembuhan yang terlalu cepat.

Walaupun lebih banyak kajian diperlukan untuk menyokong fakta ini, namun kebanyakan doktor dan bidan menasihati ibu yang ingin bersalin secara pembedahan untuk mengelakkan pengambilan sebarang jenis ubatan tradisional dalam tempoh berpantang.

2. KEGUGURAN

Tempoh 3 bulan pertama adalah tempoh janin paling sensitif. Menurut statistik, 85% keguguran berlaku dalam tempoh ini.

Antara kes keguguran yang berlaku apabila seseorang mengamalkan sesuatu herba tradisional tanpa menyedari kehamilan mereka. Apabila mereka cuba berhenti, ianya sudah terlewat kerana kandungan sudah mencapai umur 1 atau 2 bulan dan herba tersebut telah memberikan kesan yang serius kepada janin sehingga menyebabkan terjadinya keguguran.

Beberapa jenis herba yang mempunyai sifat aktif dan toksin manakala sesetengah herba perancang keluarga juga mampu memberi kesan yang buruk kepada jani dalam kandungan.

Oleh sebab itu, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada orang yang pakar dan doktor sebelum anda mengambil sebarang ubatan tradisional.

3. KELAHIRAN BAYI TIDAK CUKUP BULAN
Ada yang mengamalkan minyak selusuh daripada minyak kelapa dan bungan kembang semangkuk selepas usia kehamilan mencecah 6 bulan kerana ingin memudahkan proses bersalin. Namun sebenarnya banyak lagi kajian yang perlu dilakukan untuk menyokong fakta tersebut.

Walaunbagaimanapun, risiko herba tradisional ini amat menakutkan jika disalahguna atau digunakan oleh orang yang langsung tidak tahu mengenai risikonya. Hal ini kerana, ia juga boleh mengecutkan rahim sebelum sampai masanya. Seterusnya menyebabkan janin kekurangan oksigen dan kelahiran bayi yang tidak cukup bulan.

4. MENGANGGU INTERAKSI PERUBATAN MODEN

Jika anda disahkan mengalami sebarang penyakit yang memerlukan pengambilan ubatan secara berkala, pastikan anda memberitahu doktor jika anda merancang untuk mengambil suplemen tradisional. Hal ini kerana, ubatan herba boleh menganggu proses penyerapan dan perkumuhan ubtan moden jika dua-dua diambil pada masa yang sama.

Misalnya, dalam herba tradisional mengandungi asid salisilik, ia boleh berinteraksi dengan 'aspirin'. Kesan ini boleh menyebabkan risiko pendarahan yang serius jika seseorang pesakit jantung mengalami luka atau menjalani pembedahan.

Mengkudu yang mengandungi garam kalium yang tinggi boleh membahayakan sesiapa yang mempunyai masalah buah pinggang serta menganggu proses denyutan jantung.

Ia juga tidak disarankan untuk para wanita hamil dan ibu yang menyusu badan.

5. KECACATAN BAYI
Sekiranya ubatan herba yang salah diambil dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan, bayi yang akan dilahirkan berkemungkinan besar akan mengalami kecacatan teruk kerana pada tempoh inilah anggota utama janin mula terbentuk.

Selain bahan aktif daripada tumbuhan herba itu sendiri, antara penyebab yang mengundang masalah ini adalah bahan lain yang digunkan dalam proses penghasilan produk tertentu seperti pengawet dan bahan kimia yang tidak.

Satu penyelidikan ke atas tikus hamil menunjukkan sejenis herba tempatan yang popular telah menyebabkan janis tikus mengalami kecacatan pada bahagian bawah dagu dan tempurung kepala janin tikus tersebut.

6. MENGERINGKAN SUSU BADAN
Sesetengah jamu sangat dilarang penggunaanya pada awal tempoh berpantang kerana ia boleh menyebabkan susu badan mengering. Jamu ini bersifat anti-laktogenik dan tidak sesuai untuk anda yang ingin meneruskan penyusuan badan.

Selain itu, jika bayi anda menghidapt demam kuning, rujuklah doktor terlebih dahulu sebelum mengambil dan mengamalkan sebarang pengambilan herba kerana dikhuatiri akan memburukkan kedaan dan kesihatan bayi anda.


KESIMPULAN - Tidak dapat dinafikan, walaupun herba tradisional mengandungi khasiat dna kelebihan yang tersendiri, namun sesetengah daripadanya sangat bahaya diamalakn oleh ibu yang hamil dna berpantang.

Maka, dapatkan nasihat daripada pakar dan doktor terlebih dahulu jika anda ingin menggunakan herba dan jamu tradisional kerana ia melibatkan banyak nyawa, bukan nyawa anda seorang lagi.

Saya doakan anda tidak akan membuat kesilapan seperti ini supaya bayi anda mendapat penjagaan yang terbaik oleh ibu bapanya.

TAGS :

Bahaya Bayi Kuning, Kesan Buruk Herba Tradisional, Bahaya Herba Tradisional, Bahaya Jamu Untuk Ibu Hamil, Bahaya Pati Ikan Haruan, Bahaya Ubatan Tradisional, Bahaya Herba Untuk Ibu Hamil, Bahaya Jamun Untuk Ibu Menyusu Badan, Kesan Jamu Semasa Berpantang, Kesan Ubatan Tradisional Kepada Wanita Hamil, Kesan Ubatan Tradisional Kepada Ibu Mengandung, Kesan Sampingan Ubatan Tradisional, Kesan Buruk Makan Jamu, Keburukan Mas Cotek, Kesan Pengambilan Ubat Tradisional Yang Berlebihan, Kesan Makan Jamu Ketika Haid

PETUA HILANGKAN JERAWAT DENGAN BAHAN SEMULAJADI

Tanyalah sesiapapun, jerawat adalah salah satu masalah besar dalam kehidupan seseorang terutama jika seseorang itu adalah 'Public Figure'. Jerawat akan menimbulkan rasa kurang keyakinan diri dan malu apabila berdepan dengan orang ramai.

Nasib baik ada banyak produk menghilangkan jerawat di pasaran, namun kesemuanya mengandungi bahan kimia yang mungkin berbahaya kepada kulit seseorang. Sedangkan banyak lagi bahan berasaskan sumber alam semula jadi yang mampu merawat dan menghilangkan jerawat sebagaimana yang dilakukan oleh bahan kimia.

10 PETUA HILANGKAN JERAWAT DENGAN BAHAN SEMULAJADI

Berikut adalah petua dan tips hilangkan jerawat yang mudah dan berkesan. Bahan-bahan semulajadi di bawah ini boleh menggantikan ubat jerawat atau produk yang mengandungi bahan kimia.

10 Petua Hilangkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan

1. JUS BUAH LEMON
Perah jus lemon dan dengan menggunakan bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 2-3 kali sehari untuk mendapatkan kesan yang cepat.

2. JUS DAUN PUDINA
Kisar daun pudina bersama sedikit air. Tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.

3. WAP PANAS
Letak air panas dalam besen dan lalukan bahagian yang berjerawat pada wap panas. Ia bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah serinya.

4. PES SERBUK KUNYIT
Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat selama beberapa minit. Lakukan sehingga jerawat mengecut dan hilang.

5. JUS TIMUN
Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya. Anda juga boleh letakkan timun ke atas kulit muka anda untuk menjadikannya lebih licin dan sihat.

6. MADU
Ambil sedikit madu menggunakan bebola kapas dan tekapkan pada jerawat.

7. KIUB AIS
Letakkan kius ais pada jerawat. Ia mampu mengecutkan jerawat anda dengan cepat.

8.  BAWANG PUTIH
Potong bawah putih kepada 2 dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang boleh merawat dan mengecutkan jerawat dengan cepat.

9. KULIT BUAH OREN
Blend kulit oren bersama air. Ambil pesnya dan sapukan pada jerawat.

10. PES SERBUK KAYU MANIS
Letakkan sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapukan pada jerawat. Sebaiknya gunakan pes ini sebelum anda masuk tidur.


KESIMPULAN - Mudah bukan? Petua hilangkan jerawat ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur kerana ianya menggunakan bahan semulajadi. Yang paling penting, anda kena selalu menjadi kesihatan muka anda. Basuh muka anda dengan bersih sebelum tidur ye.

TAGS :

Petua Hilangkan Jerawat Dengan Cepat, Tips Hilangkan Jerawat Dengan Cepat, Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat, Petua Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan, Tips Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan, Cara Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan, Petua Hilangkan Jerawat Secara Semulajadi, Tips Hilangkan Jerawat Secara Semulajadi, Cara Hilangkan Jerawat Secara Semulajadi, Air Detoks Untuk Jerawat, Petua Kecutkan Jerawat, Produk Hilangkan Jerawat, Petua Tradisional Hilangkan Jerawat,

CARA HILANGKAN PARUT DAN BEKAS JERAWAT DENGAN CEPAT & BERKESAN

Setiap orang sudah pasti pernah dan akan melalui fasa 'diserang jerawat'. Walaupun fasa ini telah berakhir, namun ramai yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghilangkan parut dan bekas lubang jerawat tersebut terutama jika mereka terkena jangkitan "Jerawat Batu".

Pada tips kali ini, saya akan cuba kongsikan sedikit petua untuk hilangkan masalah parut dan bekas jerawat dengan cepat dan berkesan. Anda boleh lakukan sendiri di rumah kerana kesemua bahannnya adalah dari sumber semulajadi.

7 CARA HILANGKAN PARUT DAN BEKAS JERAWAT DENGAN CEPAT & BERKESAN

Di bawah ini adalah petua untuk menghilangkan kesan parut dan bekas jerawat pada bahagian wajah, belakang dan di mana-mana sahaja.

Petua Hilangkan Parut & Bekas Lubang Jerawat

1. MADU ASLI
Madu asli adalah satu pelembap semulajadi pelbagai guna dan penawar kepada macam-macam masalah. Seeloknya, dapatkan madu asli yang organik dan sapukan pada bekas jerawat. biarkan ia kering dan meresap ke dalam kulit. Untuk menambah keberkesanan, tambahkan 1 sudu teh serbuk kayu manis bagi setiap 2 sudu besar madu tersebut.

2. TIMUN
Selalunya orang gunakan timun untuk menghilangkan keletihan atau 'eyebag' pada mata mereka bukan?

Tapi, sebenarnya timun turut kaya dengan khasiat Vitamin A, C dan Magnesium. kombinasi ini sangat sesuai untuk melembapkan kulit serta menghilangkan kesan parut jerawat yang hitam, berlubang dan timbul pada kulit anda.

3. MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah bahan mesra kulit yang memliki pelbagai khasiat Vitamin A,C,D,E,B1,B2, zat besi dan antioksidan. Ia juga bersifat anti radang yang berkesan merawat jerawat dan memperbaharui kulit akibat bekas jerawat.

Sapukan minyak zaitun dan urutkan pada bahagian berjerawat dengan perlahan. Kemudiam, ambil tuala bersih dan rendamkan pada air suam. perah dan tutupkan wajah supaya stimnya meresap kedalam kulit. Biarkan selama 1-2 minit sebelum membilasnya.

4. SODA BIKARBONAT
'Baking Soda' atau soda penaik ini terkenal dengan 1001 kegunaan di dalamnya termasuklah untuk menghilangkan parut jerawat. Ia mengandungi kristal sodium berkarbonat yang boleh memudarkan parut dan memperbaharui kulit serta menjadikannya nampak lebih remaja.

Campurkan 2-3 sudu teh soda penaik ke dalam air suam. Sapukan pes ini pada bahagian berjerawat selama beberapa minit sebelum dibilas.

5. ALOE VERA
Aloe vera adalah sumber vitamin yang amat bagus untuk melembapkan kulit serta memperbaiki strukturnya. Selain itu, ia juga tidak mempunyai bahan alergenik yang mampu memberi kesan buruk kepada kulit seseorang. Jadi, anda tidak perlu risau kerana ia tiada sebarang kesan sampingan.

Gunakan gel dan sapu pada bekas jerawat dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas.

6. CUKA EPAL
Campurkan 1 bahagian cuka epal dengan 1 bahagian air suam. Gunakan kapas dan rendamkan pada campuran tersebut. Kemudian, tekankan secara perlahan pada bahagian yang berjerawat. Biarkan selama 5-10 mini. Bilaskan dan anda akan merasai perbezaanya.

7. TOMATO
Kisar atau lenyekkan tomato merah untuk dijadikan pes. Sapukan pes ini pada wajah selama 15-20 minit. Bilaskan sehingga bersih. Selain tomato, anda juga boleh menggunakan avokado untuk mendapatkan kesan yang hampir sama.


KESIMPULAN - Petua orang tua, hentikan tabiat memegangnya, memicit jerawat atau mengopek kesan luka jerawat. Tindakan ini boleh menyebabkan keradangan dan hilangnya kolagen pada bahagian kulit tersebut. Maka, lebih banyak bakteria akan membiak dan menjadikan keadaan lebih teruk.

TAGS :

Petua Hilangkan Parut Dan Bekas Jerawat, Tips Hilangkan Parut Dan Bekas Jerawat, Cara Hilangkan Parut Dan Bekas Jerawat, Petua Hilangkan Parut Dan Bekas Jerawat Dengan Berkesan, Petua Hilangkan Parut Dan Bekas Jerawat Dengan Cepat, Petua Hilangkan Parut Dan Bekas Jerawat Hitam, Petua Hilangkan Parut Dan Bekas Jerawat Secara Semulajadi, Petua Hilangkan Parut Dan Bekas Lubang Jerawat, Petua Hilangkan Parut Dan Bekas Lubang Jerawat, Petua Hilangkan Bintik Hitam Bekas Jerawat, Petua Hilangkan Jerawat, Petua Hilangkan Parut Jerawat, Petua Merawat Parut Jerawat, Petua Semulajadi Hilangkan Parut Jerawat, Petua Tradisional Hilangkan Parut Jerawat, Petua Hilangkan Jerawat Batu,  Ubat Untuk Parut Jerawat Berlubang

WAKTU PALING SESUAI UNTUK SUJUD SYUKUR

Kalau bercakap tentang sujud syukur, pasti ramai akan terbayang pemain bola sepak atau atlet-atlet yang melakukannya sebaik sahaja diumumkan kemenangan mereka.

Walaupun begitu, mesti ada yang keliru sama ada sujud ini boleh dilakukan dalam keadaan tertentu seperti - tanpa wuduk, tidak menutup aurat, dalam kenderaan, tidak menghadap kiblat dan seumpamanya.

WAKTU PALING SESUAI UNTUK SUJUD SYUKUR

Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang menggembirakan, Baginda terus sujud kepada Allah.

Sehikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan :
" Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima nikmat yang dikurniakan kepada seseorang ( tanda terima kasih )."
Maka dari ini dapat disimpulkan bahawa Sujud Syukur disunatkan untuk dilakukan dalam 2 keadaan ini :
  • Ketika memperoleh anugerah atau nikmat
  • Ketika terselamat daripada musibah

CARA MELAKUKAN SUJUD SYUKUR

Dibawah ini adalah tertib dan cara yang betul untuk melakukan Sujud Syukur.

RUKUN SUJUD SYUKUR

  • Niat
  • Takbiratul Ihram
  • Sujud ( 1x )
  • Bangun daripada sujud
  • Memberi Salam

NIAT SUJUD SYUKUR

Cara Melakukan Sujud Syukur

Ertinya : Sahaja aku bersujud syukur kerana Allah Taala.

DOA ATAU BACAAN SUJUD SYUKUR

Tiada bacaan khusus yang diperlukan ketika sujud, namun kita digalakkan membaca ayat ini :

Cara Melakukan Sujud Syukur

Ertinya : Aku sujudkan wajahkan ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik pencipta.

Jika anda terlupa atau tidak menghafal bacaan ini, tidak mengapa.

Kita dibolehkan membaca apa sahaja bacaan yang selalu dibaca semasa sujud dalam solat atau cukup sekadar mengucapkan " Alhamdulillah."

SYARAT SAH SUJUD SYUKUR

Walaupun terdapat khilaf dalam hal begini, namun pendapat yang paling ramai mengatakan bahawa keperluan Sujud Syukur adalah sama seperti hendak solat Fardhu :
  • Berwuduk
  • Menghadap Kiblat
  • Menutup Aurat
  • Suci pakaian dan tempat sujud

PENJELASAN TENTANG KEPERLUAN BERWUDUK, MENGHADAP KIBLAT DAN BEBERAPA PERKARA LAIN

Menurut Imam merangkap Penolong Pengarah Pembinaan Sahsiah Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( Jakim ), Mohd Zuhairee Mohd Yatim, menjelaskan bahawa cara Sujud Syukur sebenarnya tidak memerlukan syarat-syarat sebagaimana seperti bersolat.
".. Ini berpandukan kepada Imam Shaukani yang berkata :  Dalam Sujud Syukur tidak ada sebuah Hadis pun yang menjelaskan bahawa untuk melakukannya disyaratkan berwuduk, suci pakain atau tempat sujudnya.. "
".. Juga tidak terdapat keterangan daripada Baginda Rasullah SAW bahawa cara Sujud Syukur harus bertakbir dan menghadap kiblat.. "
Sebab itulah, kita dapat lihat atlet-atlet dan pemain bola sepak biasanya melakukan Sujud Syukur sebaika sahaja memenangi perlawanan atau menjaringkan gol buat pasukan mereka.

Menurut Ulama', ia juga boleh terus dilakukan apabila mendengar khabar semasa dalam keadaan duduk, ataupun semasa berada di atas kenderaan jika seseorang dalam keadaan bermusafir.

Adapun Abul'Abbas, Al Muaauuid Billah, An Nakha'i dan sebahagian pengikut Imam Syafie berpendapat bahawa syarat Sujud Syukur adalah seperti disyaratkan dalam solat. [ sumber ]


KESIMPULAN -  Walaupun terdapat sedikit pencanggahan pendapat tentang perkara ini, kita digalakkan untuk mengikut tatacara paling sempurna dan pandangan Ulama' yang paling ramai. Lagipun, ia tidak sesukar mana.

Maka, manfaatkanlah peluang melakukan ibadah sujud ini walaupun ia hanya merupakan perkara sunat.

Selamat Bersujud Syukur. Semoga info di atas bermanfaat kepada anda.

Tags :

Bacaan Sujud Syukur, Bacaan Melakukan Sujud Syukur, Bagaimana Cara Sujud Syukur, Bagaimana Cara Melakukan Sujud Syukur, Cara Mengerjakan Sujud Syukur, Cara Sujud Syukur dan Bacaannya, Cara Sujud Syukur Lepas Akad Nikah, Cara Sujud Syukur Mazhab Imam Syafie, Cara Sujud Syukur Mudah, Niat Sujud Syukur, Sujud Syukur Ketika Solat, Tertib Melakukan Sujud Syukur, Sujud Syukur Selepas Nikah, Sujud Syukur Perlu Wuduk, Tatacara Sujud Syukur, Sunnah Sujud Syukur, Syarat Sah Sujud Syukur, Waktu Sesuai Sujud Syukur,

CARA YANG BETUL MELAKUKAN UJIAN KEHAMILAN

Bagi seseorang isteri yang merancang untuk hamil dan mempunyai kitaran haid yang normal pasti akan menjadi satu debaran sekiranya haid masih belum datang pada hari yang sepatutnya bermula.

Dalam fikiran mereka pasti terdetik sama ada mereka sudah hamil atau tidak. Mana tidaknya terutama bagi seseorang yang menunggu pertama kali untuk mengandung pasti tidak sabar untuk mengetahui status diri mereka yang sebenar.

Untungnya zaman sekarang kerana pelbagai jenis Urine Pregnancy Test ( UPT ) Kit ada dijual di farmasi untuk membantu seseorang itu menguji kehamilan di rumah. Harganya pula berbeza-beza mengikut kadar sensitiviti dan ketepatan alat penguji kehamilan ( UPT ) tersebut.

WAKTU PALING SESUAI UNTUK BUAT UJIAN KEHAMILAN

Sebenarnya ujian kehamilan boleh dibuat seawal hari pertama haid seseorang wanita itu lewat tetapi keputusan yang anda dapat mungkin tidak berapa tepat.

Hal ini kerana, masa yang paling sesuai untuk melakukan ujian kehamilan ini adalah 2 minggu selepas kedatangan haid anda terlewat. Pada waktu ini ketepatan ujian yang anda lakukan adalah sangat tinggi kerana Hormon HCG sudah banyak dikeluarkan dalam badan anda.

CARA YANG BETUL MELAKUKAN UJIAN KEHAMILAN

Ujian kehamilan boleh dilakukan di klinik bersama doktor atau anda juga boleh melakukan sendiri di rumah dengan membeli UPT Kit yang terdapat di farmasi

Di bawah ini adalah cara yang betul untuk melakukan ujian kehamilan bagi mendapatkan hasil yang tepat
  1. Pastikan uji kehamilan anda hanya selepas 2 minggu kelewatan kitaran haid normal anda.
  2. Lakukan ujian ini pada awal pagi kerana pada waktu ini air kencing anda masih pekat dan senang untuk dapat keputusan yang tepat
  3. Untuk sesetengah UPT Kit, anda perlu letakkan 'indicator stick'betul-betul di laluan saluran kencing anda sehingga ia betul-betul basah. Ada juga sesetengah UPT Kit yang hanya perlu celupkan ke dalam air kencing yang telah anda tadah menggunakan cawan atau bekas.
  4. UPT Kit kebiasaanya mempunyai 'indicator' yang akan menunjukkan sama ada anda melakukan ujian dengan cara yang betul atau salah. Contohnya, pada 'indicator' tersebut akan keluar garisan yang menunjukkan anda berjaya mengumpulkan sampel air kencing yang mencukupi. Kalau garisan tersebut tidak muncul, keputusan yang anda akan dapat berkemungkinan besar tidak tepat.
  5. Untuk sebahagian besar UPT Kit, ia cuma perlukan masa 5-10 minit untuk memberikan keputusan ujian. Jika garisan berwarna atau simbol ( + ) timbul, ianya menunjukkan bahawa anda hamil. Manakala jika garisan tidak timbul atau keluar simbol ( - ) bermakna keputusan ujian anda adalah negatif.

CARA MELIHAT KEPUTUSAN UPT

CARA MELIHAT KEPUTUSAN UPT

Kebanyakkan UPT akan ada 2 indicator. Indicator "Control" ( C ) akan menunjukkan sama ada anda melakukan ujian kehamilan dengan betul atau tidak. Manakala indicator "Test" ( T ) pula akan memberitahu anda sama ada anda positif or negatif hamil.

Jika 2 garisan berwarna tersebut keluar atau simbol ( + ), tahniah kerana ia bermakna anda telah hamil. Jika sebaliknya, maaf kerana ia telah mengecewakan anda.

Tapi anda perlu ingat, jika anda dapat positif result tetapi line indicator ( C ) tidak keluar, berkemungkinan besar keputusan ujian yang anda dapat adalah salah.

Jika anda dapat keputusan yang negatif, jangan terburu-buru membuat kesimpulan bahawa anda hamil. Kadang-kadang perkara ini akan berlaku sekiranya anda
  • Terlalu awal membuat ujian kehamilan
  • Tidak menggunakan sampel air kencing pada awal pagi
  • Anda tersilap kira waktu kitaran haid anda
Jika perkara di atas berlaku, tunggu 1-2 minggu lagi untuk melakukan ujian seterusnya. Keputusan ujian akan semakin tepat. Tetapi kalau anda masih kurang yakin, pergilah berjumpa dengan pakar untuk mengesahkannya.



KESIMPULAN - Bagi pasangan yang memang sedang ternanti-nantikan kehadiran cahaya mata, munculnya "double line" pada alat pregnancy test memang merupakan saat yang sangat indah dan membahagiakan. Perasaan gembira yang sukar diluah dengan kata-kata, namun pasti diiringi dengan doa dan harapan semoga kehamilan berjalan lancar hingga selamat melahirkan zuriat yang sihat.

TAGS :

Apa Itu UPT, Apa Itu Urine Pregnancy Test, Hormon HCG Dalam Air Kencing, Apa Itu Hormon HCG, Apa Itu Human Chorionic Gonadotopin Hormon, Risiko UPT, Cara UPT Berfungsi, Tugas UPT, Kehamilan Palsu Urine Pregnancy Test, Ketidakhamilan Palsu Urine Pregnancy Test, Cara Menggunakan UPT Kit, Waktu Sesuai Melakukan Ujian Kehamilan, Cara Menguji Kehamilan, Alat Ujian Kehamilan Melalui Air Kencing, Jenis-jenis HCG Urine Pregnancy Test Kit, Tips Sebelum Menggunakan UPT Kit,

HCG URINE PREGNANCY TEST KIT

APA ITU HCG URINE PREGNANCY TEST ( UPT )?

Urine Pregnancy Test ( UPT ) adalah ujian yang dilakukan untuk menguji kandungan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai 'Human Chorionic Gonadotopin' atau HCG melalui air kencing seseorang wanita. Hormon HCG ini dikeluarkan oleh plasenta ( uri bayi ) sebaik sahaja berlaku persenyawaan dan perlekapan janin pada dinding rahim.

Dengan mengesan kehadiran hormon HCG ini dalam air kencing, kehamilan dapat dikesan dengan lebih awal. Jika seseorang itu mengandung, ujian ini akan mengesan kehadiran hormon HCG sekurangnya 10 hari selepas kelewatan kedatangan haid.

Hormon ini akan semakin meningkat sehingga minggu ke-10 kehamilan dan akan mula menuruan selepas itu sehinggalah seseorang itu bersalain.

UPT adalah sangat mudah didapati di farmasi dan mudah digunakan di rumah. Ia juga dinamakan sebagai 'Ujian Kehamilan di Rumah'.

BAGAIMANA UPT KIT BERFUNGSI DAN APAKAH KEGUNAANNYA?

Sudah tentulah ia digunakan untuk mengesan kehamilan pada diri seseorang. Ujian hormon dalam air kencing akan lebih berkesan jika ia dilakukan 2 minggu selepas kelewatan kedatangan haid. Ia cuma digunakan sebagai ujian kualitatif, iaitu ia cuma akan mengesan kehadiran hormon HCG dalam air kencing bukan menunjukkan betapa tinggi paras hormon tersebut dalam tubuh seseorang.

Kehadiran Hormon HCG membuktikan bahawa seseorang itu hamil.

TIPS SEBELUM MENGGUNAKAN UPT KIT

  1. Baca arahan yang tertulis pada kotak atau kertas arahan sebelum menggunakannya
  2. Pastikan alat pengesan kehamilan tersebut masih lagi boleh digunakan - belum tamat tarikh luput
  3. Jika anda kurang yakin dan pasti bagaimana untuk melakukan ujian kehamilan tersebut, anda boleh telefon nombor yang tertera pada kotak tersebut 
  4. Lakukan ujian ini pada awal pagi kerana pada waktu ini air kencing anda masih pekat dan senang untuk dapat keputusan yang tepat
  5. Pastikan anda melakukan ujian ini satu atau dua minggu selepas kelewatan kitaran haid anda 
  6.  Paling penting, jangan minum terlalu banyak air sebelum anda melakukan ujian ini kerana ia akan mempengaruhi ketepatan keputusan ujian kehamilan anda
  7. Jika anda mengambil sebarang jenis ubatann, pastikan anda dapatkan nasihat doktor kerana ia mungkin akan mempengaruhi ketepatan ujian kehamilan anda

RISIKO MELAKUKAN UJIAN HCG AIR KENCING

Terdapat 2 risiko yang akan berlaku terhadap ujian saringan ini iaitu kehamilan palsu ( false-positive ) atau ketidakhamilan palsu ( false-negative).

A. Kehamilan Palsu ( False-Positive Result )
Keputusan ini menunjukkan bahawa seseorang itu hamil tetapi sebenarnya tidak. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Sebenarnya perkara ini sangat jarang berlaku kerana hanya wanita yang hamil sahaja akan menghasilkan hormon HCG dalam badan mereka. Jadi, anda haruslah mendapatkan nasihat doktor jika perkara ini terjadi.

B. Ketidakhamilan Palsu ( False-Negative Result )
Kemungkinan besar untuk seseorang mendapat 'false negative result' adalah sangat tinggi. Keputusan ini menunjukkan bahawa anda tidak mengandung tetapi anda sebenarnya mengandung. Hal ini mengakibatkan anda tidak mengetahui kehadiran bayi dalam perut anda sehingga anda tidak mengambil langkah-langkah permulaan yang sepatutnya.

Hal ini akan terjadi sekiranya anda melakukan ujian HCG terlalu awal. Jadi jangan terlalu gopoh ye.



KESIMPULAN - Diharap info di atas sangat berguna untuk para wanita di luar sana terutamanya yang tiada pengalaman mengandung. UPT Kit sangat mudah didapati tapi anda kena ingat, janganlah terlalu awal melakukan ujian kehamilan kerana keputusan yang anda akan dapat mungkin tidak tepat.

TAGS :

Apa Itu UPT, Apa Itu Urine Pregnancy Test, Hormon HCG Dalam Air Kencing, Apa Itu Hormon HCG, Apa Itu Human Chorionic Gonadotopin Hormon, Risiko UPT, Cara UPT Berfungsi, Tugas UPT, Kehamilan Palsu Urine Pregnancy Test, Jenis-jenis HCG Urine Pregnancy Test Kit, Ketidakhamilan Palsu Urine Pregnancy Test, Cara Menggunakan UPT Kit, Waktu Sesuai Melakukan Ujian Kehamilan, Cara Menguji Kehamilan, Alat Ujian Kehamilan Melalui Air Kencing, Tips Sebelum Menggunakan UPT Kit,

MITOS MENGENAI PENJAGAAN LUKA YANG BETUL

Kata orang tua-tua luka di luar orang nampak tapi luka di hati siapa tahu. Tahukah anda terdapat banyak mitos-mitos yang berterbangan mengenai cara rawatan luka. Saya yakin anda pasti pernah mengikut telunjuk ajar mitos tersebut bukan?

Tapi tahukah anda yang selama ini cara anda merawat luka berkemungkinan besar adalah salah dan ia juga boleh menyebabkan luka anda lambat sembuh dan mudah dijangkiti kuman kerana terikut-ikut panduan daripada mitos yang anda dengar secara turun temurun.

FAKTA VS MITOS MENGENAI PENJAGAAN LUKA YANG BETUL

Di bawah ini adalah mitos yang selalu kita dengar mengenai cara merawat luka.

1. LEBIH DALAM LUKA, LEBIH SAKIT
Mitos. Lebih banyak penderia kesakitan terletak pada lapisan paling kulit paling luar (epidermis). Oleh itu luka dangkal seperti luka tersagat, adalah lebih sakit daripada luka tikaman atau luka terbelah.

2. LUKA PERLU DICUCI DENGAN ALKOHOL UNTUK MEMBASMI KUMAN
Mitos. Alkohol digunakan untuk membasmi kuman pada kulit yang tiada luka. Pencucian luka dengan alkohol amat memedihkan dan boleh menyebabkan sel di dalam luka akan mati. Ada cucian antiseptik yang lebih mesra luka. Jika luka tiada tanda-tanda jangkitan kuman, hanya perlu cuci luka dengan air saline.

3. MANDI LAUT AKAN CEPATKAN LUKA SEMBUH

Di hospital, luka yang tiada jangkitan dicuci dengan air garam(NaCl 0.9%). Namun begitu,ia tidak bermakna air laut baik untuk pemulihan luka. Air laut kadangkala dicemari dengan kuman, maka ada risiko untuk luka dijangkiti kuman. Selain itu kepekatan larutan garam dalam air laut yang sangat tinggi akan menyebabkan kesakitan pada luka.

4. LUKA KALAU DIBIARKAN TERBUKA LEBIH CEPAT KERING ( SEMBUH ).
Mitos. Luka perlu dikekalkan lembap untuk proses pemulihan yang lebih pantas dan elok. Ini kerana sel-sel yang bertanggungjawab untuk proses pemulihan luka memerlukan medium lembab untuk bekerja dengan optimum. Luka perlu ditutup dengan dressing yang sesuai.

5. PEMBENTUKAN KERUPING ADALAH TANDA LUKA SEDANG PULIH
Mitos. Pembentukan keruping tandanya luka dibiarkan terlalu kering. Keruping melambatkan proses pertumbuhan sel baru dan menghalang luka sembuh dengan sekata. Untuk mengelakkan keruping, luka perlu dikekalkan lembap dengan menutupnya dengan dressing yang sesuai.

6. PLASTER ADALAH TEMPAT PEMBIAKAN KUMAN
Mitos. Plaster akan menghalang kuman di persekitaran daripada masuk ke dalam luka. Kebanyakan plaster telah dinyahkuman sebelum dibungkus. Setelah pek dibuka, jangan sentuh permukaan plaster yang akan ditampal pada luka. Tidak mengapa jika ada kuman dipermukaan luar plaster. Asalkan saiz plaster lebih besar daripada luka dan ditukar setelah 2-3 hari.

7. MAKAN TELUR SEBABKAN LUKA BERNANAH
Mitos. Tiada masalah jika anda makan telur. Lagipun untuk proses pemulihan luka memerlukan protein. Apa yang tidak boleh adalah menyapu telur mentah pada luka.

8. MAKAN KICAP SEBABKAN LUKA JADI HITAM
Mitos. Parut menjadi hitam kerana keradangan pada luka merangsang sel melanocyte menghasilkan melanin (pigmen pada kulit dan rambut). Jangkitan pada luka juga boleh sebabkan parut gelap. Bukan kerana kicap.

9. LUKA DI HATI SIAPA TAHU
Mitos. Insan yang prihatin dan peka pasti boleh membaca isi hati anda. Insan spesis ini agak rare, tapi masih wujud. Kalau jumpa, simpan ketat-ketat.


KESIMPULAN - Simpanlah orang yang betul-betul memahami luka dan kegembiraan hati anda. Mereka adalah satu dalam seribu kerana sesuatu yang paling berharga tidak akan mudah akan dijumpai bukan?

TAGS :

Mitos Mengenai Luka, Luka Di Hati Siapa Tahu, Fakta Mengenai Luka, Mitos Tentang Luka, Fakta Tentang Luka, Cara Merawat Luka, Cara Merawat Luka Yang Betul, Cara Merawat Luka Supaya Cepat Sembuh, Petua Merawat Luka, Petua Merawat Luka Yang Betul, Petua Merawat Luka Supaya Cepat Sembuh, Tips Merawat Luka, Tips Merawat Luka Yang Betul, Tips Merawat Luka Supaya Cepat Sembuh, Makan Telur Luka Bernanah, Makan Kicap Luka Jadi Hitam, Plaster Tempat Kuman Membiak, Mandi Lau Luka Cepat Sembuh

TIPS MEMILIH PENCUCI MUKA YANG BAGUS DAN SESUAI

Boleh dikatakan hampir semua manusia di muka bumi ini menggunakan pencuci muka untuk menjaga kebersihan dan kecantikan muka mereka. Muka perlukan penjagaan yang sangat rapi kerana ia sentiasa terdedah kepada segala kotoran. Muka yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan masalah jerawat, jeragat, blackhead, whitehead dan juga ia akan nampak kusam dan tidak bermaya.

Tapi tahukah anda bahawa pencuci muka yang anda gunakan sekarang mungkin tidak sesuai dengan kulit anda? Jangan dikatakan hendak hilangkan jerawat dan jeragat malah ia mungkin bertambah teruk dengan penggunaan produk yang tidak bersesuaian dengan kulit anda.

Tapi anda jangan risau, kali ini saya akan kongsikan sedikt tips dan petua untuk memilih dan menggunakan pencuci muka mengikut keadaan kulit anda.

TIPS MEMILIH PENCUCI MUKA YANG BAGUS DAN SESUAI

Berikut adalah tips untuk anda mencari dan memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda.

1. KETAHUI JENIS KULIT MUKA ANDA TERLEBIH DAHULU
Tahukah anda bahawa di dunia ini terdapat 5 jenis kulit muka?

Tips Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Kulit

a. Kulit Normal ( Normal Skin )
# Ia seimbang dari segi kelembapan kulit, minyak dan ketahanan. Jika anda mempunyai kulit jenis ini mudahlah untuk anda mencari pencuci muka yang sesuai.

b. Kulit Berminyak ( Oily Skin )
Kulit mudah nampak berkilau dan bersinar walaupun hanya selepas beberapa jam anda mencuci muka.
# Cari pencuci muka dengan pH level yang rendah atau yang tinggi asid untuk memudahkan minyak dibuang.

c. Kulit Kering ( Dry Skin )
Untuk kulit jenis ini, liang roma sukar dilihat selepas beberapa jam muka dicuci.
# Elakkan produk yang mengandungi alkohol. Ia akan membuat kulit bertambah kering. Elakkan juga pencuci muka yang mengandungi minyak.

d. Kulit Sensitif ( Sensitive Skin )
Kulit jenis ini sering merasa tegang dan juga gatal-gatal serta kerap mengalami alahan atau alergi pada bahan-bahan kimia tertentu pada produk yang digunakan.
# Elakkan pencuci muka yang mengandungi pewangi, berminyak atau bahan kimia yang boleh merengsa kulit.

e. Kulit Jenis Kombinasi ( Combination Skin )
Kulit anda dikatakan mempunyai sebahagian berminyak dan sebahagian lagi adalah kering ataupun sensitif. Kebiasaannya kulit berminyak terdapat di 'Zon T' manakala kering atau sensitif di bahagian lain.
# Elakkan menggunakan sabun mandi buku ataupun 'soap bar'. Cari pencuci muka yang lembut dan kemudian basuh dengan air suam.

2. CARI PENCUCI MUKA YANG BERBUIH DAN LEMBUT SERTA HALUS
Anda silap sekiranya anda terfikir bahawa anda perlu menggosok muka anda dengan kuat untuk menghilangkan kotoran di muka. Ia mungkin akan melukakan kulit muka anda.

Sebenarnya kotoran pada kulit muka akan mudah dihilangkan sekiranya anda menggunakan pencuci muka yang banyak buih dan halus. Jadi, ia mampu masuk ke dalam liang roma atau lubang pori-pori supaya dapat membersih kulit dengan lebih berkesan.

3. GUNAKAN AIR SUAM UNTUK MENCUCI MUKA
Air suam dapat membantu supaya kulit muka lebih mudah untuk dibersihkan. Tapi harus diingat, jangan gunakan air yang terlampau panas kerana ia akan mengakibatkan minyak semulajadi akan tersingkir dan menyebabkan kulit muka terlalu kering. Kulit juga akan mudah tercedera.

Cukuplah sekadar gunakan air suam mengikut suhu bilik.

4. GUNAKAN PENCUCI MUKA YANG SAMA ph DENGAN KULIT

Tahukah anda, wajah manusia mempunyai pH 5.5 iaitu keadaan berasid ( acidic ). Jadi, anda tidak digalakkan untuk menggunakan pencuci muka yang beralkali kerana ia kadang kala akan menyebabkan kerengsaan pada kulit anda. Carilah pencuci muka yang sama dengan pH kulit anda.

5. ELAKKAN PENCUCI MUKA YANG MENGANDUNGI BAHAN PEWANGI DAN PENGAWET
Bahan-bahan ini akan mengakibatkan kulit mengalami kerengsaan dan juga alahan terutama kepada sesiapa yang mempunyai kulit yang sensitif. Jadi, anda haruslah semak dahulu label sebelum membelinya.

Elakkan membeli pencuci muka yang mempunyai bahan-bahan di bawah ini
  • Paraben
  • Imidazolidinyl urea
  • Queternium-15
  • DMDM Hydantoin
  • Phenoxyethanol Methylchloroisonthiazolinone
  • Formaldehyde
6. GUNAKAN PRODUK/SABUN YANG KHUSUS UNTUK MUKA
Kadang-kadang sabun mandi yang kita gunakan tidak sesuai dengan kulit muka kerana kulit muka lebih sensitif berbanding bahagian kulit yang lain. Jadi, pastikan anda tidak salah membeli sabun atau produk mandian ye.

7. BILAS DENGAN AIR SEJUK SELEPAS MENCUCI MUKA
Apabila anda menggunakan air suam semasa mencuci muka, liang-liang pori di muka anda akan terbuka dan membesar. Jadi, anda haruslah menutupnya kembali dengan menggunakan air sejuk. Fakta mudah bukan?


KESIMPULAN - Pasti anda tidak pernah terfikir bukan bahawa mencari pencuci muka bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ianya juga tidak susah sekiranya anda tahu jenis kulit anda. Diharap info diatas berguna untuk anda. Selamat mencuba.

Ingat, bukan salah pencuci muka jika muka anda semakin banyak jerawat, tetapi salah anda kerana tidak mahu belajar daripada kesilapan dalam memilih atau mencari pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda.

TAGS :

Petua Memilih Pencuci Muka, Tips Memilih Pencuci Muka, Cara Memilih Pencuci Muka, Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Kulit, Pencuci Muka Yang Bagus Untuk Kulit, Jenis-jenis Kulit Muka, Kulit Muka Berminyak, Kulit Muka Kering, Kulit Muka Sensitif, Pencuci Muka Kulit Sensitif, Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak, Pencuci Muka Untuk Kulit Kering, Cuci Muka Dengan Air Suam, Bilas Muka Dengan Air Sejuk, Tips Mencari Pencuci Muka Yang Sesuai, Petua Mencari Pencuci Muka Yang Sesuai, Cara Mencari Pencuci Muka Yang Sesuai, Petua Mencari Pencuci Muka Yang Bagus, Tips Mencari Pencuci Muka Yang Bagus, Cara Mencari Pencuci Muka Yang Bagus

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget