Tahukah anda pelbagai jenis jamu dan herba seperti kacip fatimah, mas cotek, daun pegaga, teh halia, manjakani dan kunyit adalah antara herba yang selalu diamalkan oleh para wanita untuk lebih cantik dan menawan?
Walaupun kebanyakan herba tradisional mempunyai 1001 khasiat yang terbukti secara turun-temurun, namun setiap wanita hamil perlu berhati-hati dalam mengamalkannya kerana berkemungkinan ia akan menganggu bayi dalam kandungan.
6 RISIKO HERBA TRADISIONAL KEPADA IBU HAMIL DAN BERPANTANG
Rata-rata pengguna berpendapat bahawa pengambilan herba semulajadi tidak akan mendatangkan kesan sampingan berbanding dengan ubatan moden. Malangnya, tanggapan ini adalah salam sama sekali.Menurut sumber dari sebuah akhbar tempatan, penggunaan herba tradisional juga mempunyai risiko dan bahayanya yang tersendiri jika diambil secara melulu tanpa sebarang nasihat dari pakar terutamanya jika seseorang itu sedang hamil atau berpantang.
Antara risiko herba tradisional kepada ibu hamil dan berpantang ialah :
1. KOMPLIKASI SELEPAS BERSALIN
Sesetengah tumbuhan herba atau ubatan tradisional itu sendiri mempunyai bahan aktif dan kadangkala boleh memberi eksan toksik kepada ibu mahupun janin di dalam kandungan.
Baru-baru ini viral mengenai bahaya pati ikan haruan dan gamat. Walaupun ia tidak tergolong sebagai herba, ia adalah ubatan tradisional biasa yang digunakan dalam masyarakat kita.
Memang tidak dinafikan bahawa ia banyak membantu dalam menyembukan luka, tetapi ada yang mendakwa ia berbahaya untuk diamalkan oleh ibu hamil yang melakukan 'pembedahan Caesarean'. Hal ini kerana, segelintir wanita akan mendapat kompilasi di mana usus dan organ dalaman melekat antara satu sama lain akibat proses penyembuhan yang terlalu cepat.
Walaupun lebih banyak kajian diperlukan untuk menyokong fakta ini, namun kebanyakan doktor dan bidan menasihati ibu yang ingin bersalin secara pembedahan untuk mengelakkan pengambilan sebarang jenis ubatan tradisional dalam tempoh berpantang.
2. KEGUGURAN
Tempoh 3 bulan pertama adalah tempoh janin paling sensitif. Menurut statistik, 85% keguguran berlaku dalam tempoh ini.
Antara kes keguguran yang berlaku apabila seseorang mengamalkan sesuatu herba tradisional tanpa menyedari kehamilan mereka. Apabila mereka cuba berhenti, ianya sudah terlewat kerana kandungan sudah mencapai umur 1 atau 2 bulan dan herba tersebut telah memberikan kesan yang serius kepada janin sehingga menyebabkan terjadinya keguguran.
Beberapa jenis herba yang mempunyai sifat aktif dan toksin manakala sesetengah herba perancang keluarga juga mampu memberi kesan yang buruk kepada jani dalam kandungan.
Oleh sebab itu, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada orang yang pakar dan doktor sebelum anda mengambil sebarang ubatan tradisional.
3. KELAHIRAN BAYI TIDAK CUKUP BULAN
Ada yang mengamalkan minyak selusuh daripada minyak kelapa dan bungan kembang semangkuk selepas usia kehamilan mencecah 6 bulan kerana ingin memudahkan proses bersalin. Namun sebenarnya banyak lagi kajian yang perlu dilakukan untuk menyokong fakta tersebut.
Walaunbagaimanapun, risiko herba tradisional ini amat menakutkan jika disalahguna atau digunakan oleh orang yang langsung tidak tahu mengenai risikonya. Hal ini kerana, ia juga boleh mengecutkan rahim sebelum sampai masanya. Seterusnya menyebabkan janin kekurangan oksigen dan kelahiran bayi yang tidak cukup bulan.
4. MENGANGGU INTERAKSI PERUBATAN MODEN
Jika anda disahkan mengalami sebarang penyakit yang memerlukan pengambilan ubatan secara berkala, pastikan anda memberitahu doktor jika anda merancang untuk mengambil suplemen tradisional. Hal ini kerana, ubatan herba boleh menganggu proses penyerapan dan perkumuhan ubtan moden jika dua-dua diambil pada masa yang sama.
Misalnya, dalam herba tradisional mengandungi asid salisilik, ia boleh berinteraksi dengan 'aspirin'. Kesan ini boleh menyebabkan risiko pendarahan yang serius jika seseorang pesakit jantung mengalami luka atau menjalani pembedahan.
Mengkudu yang mengandungi garam kalium yang tinggi boleh membahayakan sesiapa yang mempunyai masalah buah pinggang serta menganggu proses denyutan jantung.
Ia juga tidak disarankan untuk para wanita hamil dan ibu yang menyusu badan.
5. KECACATAN BAYI
Sekiranya ubatan herba yang salah diambil dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan, bayi yang akan dilahirkan berkemungkinan besar akan mengalami kecacatan teruk kerana pada tempoh inilah anggota utama janin mula terbentuk.
Selain bahan aktif daripada tumbuhan herba itu sendiri, antara penyebab yang mengundang masalah ini adalah bahan lain yang digunkan dalam proses penghasilan produk tertentu seperti pengawet dan bahan kimia yang tidak.
Satu penyelidikan ke atas tikus hamil menunjukkan sejenis herba tempatan yang popular telah menyebabkan janis tikus mengalami kecacatan pada bahagian bawah dagu dan tempurung kepala janin tikus tersebut.
6. MENGERINGKAN SUSU BADAN
Sesetengah jamu sangat dilarang penggunaanya pada awal tempoh berpantang kerana ia boleh menyebabkan susu badan mengering. Jamu ini bersifat anti-laktogenik dan tidak sesuai untuk anda yang ingin meneruskan penyusuan badan.
Selain itu, jika bayi anda menghidapt demam kuning, rujuklah doktor terlebih dahulu sebelum mengambil dan mengamalkan sebarang pengambilan herba kerana dikhuatiri akan memburukkan kedaan dan kesihatan bayi anda.
KESIMPULAN - Tidak dapat dinafikan, walaupun herba tradisional mengandungi khasiat dna kelebihan yang tersendiri, namun sesetengah daripadanya sangat bahaya diamalakn oleh ibu yang hamil dna berpantang.
Maka, dapatkan nasihat daripada pakar dan doktor terlebih dahulu jika anda ingin menggunakan herba dan jamu tradisional kerana ia melibatkan banyak nyawa, bukan nyawa anda seorang lagi.
Saya doakan anda tidak akan membuat kesilapan seperti ini supaya bayi anda mendapat penjagaan yang terbaik oleh ibu bapanya.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.