Batu nisan adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu. Biasanya, batu tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan, tarikh lahir dan tarikh kematian.
BATU NISAN BULAT UNTUK LELAKI, LEPER UNTUK WANITA
Batu nisan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa bergantuk kepada kebudayaan dan kefahaman. Tidak semua perkuburan diletakkan batu penanda kerana ketika dahulu, sesetengah masyarakat meletakkan rumah, bangunan, kayu penanda ataupun pokok. Perletakan batu penanda juga mengikut kemewahan atau status seseorang. Catatan pada batu nisan berguna bagi ahli sejarah dan ahli salasilah. Kini, terdapat batu nisan yang memaparkan berbagai gaya dan rupa.Di perkuburan Islam, bentuk batu nisan kadang-kala menggambarkan sama ada arwah (si mati) dahulunya merupakan lelaki atau perempuan. Secara tradisi kaum Melayu, untuk orang lelaki, batu nisannya berbentuk bulat, manakala bagi wanita, batu nisannya berbentuk bersegi-segi atau leper.
KESIMPULAN - Walau bagaimanapun, tidak semua batu nisan mengikut aturan ini. Namun perkara ini amat penting untuk kita dijadikan pengetahuan bersama. Antara lain memudahkan kita untuk mengenali pemilik kubur tersebut. Milik seorang lelaki atau perempuan. Jangan sampai kita tidak mengetahui tradisi ini.
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.