Penjagaan Kulit amat dititik beratkan oleh sesiapa sahaja terutama oleh golongan wanita dan juga golongan pengiat seni. Masalah kulit kering amat merisaukan mereka kerana ia menjadi punca masalah jerawat dan kulit menggelupas.
Selain itu, kulit kering juga membuatkan empunya badan nampak lebih tua daripada usia sebenarnya.
9 TIPS SUPAYA KULIT KEKAL SIHAT & LAMBAT BERKEDUT
Walaupun faktor penuaan tidak dapat disangkal dna dihalang, namun kita masih lagi mampu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengawal dan juga melambatkan prosesnya.Berikut adalah 9 cara atasi kulit kering yang boleh kita amalkan sama-sama.
1.PILIH PRODUK YANG SESUAI
Produk kosmetik dan penjagaan kulit harian seperti sabun dan pencuci muka mengandungi bahan kimia yang berfungsi sebagai bahan aktif menyingkirkan minyak yang berlebihan pada kulit. Tetapi jika anda mempunyai kulit yang kering, anda haruslah menghindari produk sebegini kerana ia akan mengakibatkan anda mengalami kekeringan kulit yang lebih teruk.
Jadi, anda haruslah mengambil perhatian yang khusus dalam pemilihan produk penjagaan kulit dan perlulah memilih produk yang mempunyai fungsi melembapkan kulit.
2. BANYAKKAN MAKAN BUAH DAN SAYUR
Untuk memliki kulit yang sentiasa sihat dan lembap, pengambilan makanan yang sesuai juga sangatlah penting. Makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai nutrisi dan bahan aktif yang boleh membantu merawat kulit kering dari dalam. pilihan sayuran dan buahan yang kaya dengan vitamin A, C dan E.
3. SAPUKAN KRIM PELEMBAP
Untuk pemilihan pelembap, anda disarankan untuk memilih pelembap yang berasaskan susu. Dengan menyapu pelembap pada kulit kering, anda akan dapat lihat hasilnya dalam masa yang singkat.
Apabila melakukan aktiviti luar seperti bersukan dan bersenam mahupun berenang, sapulah krim pelindung matahari yang mempunyai minimum SPF-30.
4. BANYAKKAN MINUM AIR SUAM
Bukan orang yang berdiet sahaja perlu banyakkan minum air suam atau air masak. Setiap orang perlulah mengamalkan pengambilan air yang cukup untuk sistem badan. Amalkan meminum air 8 gelas sehari supaya dapat menyingkirkan segala kekotoran dan memenuhi keperluan kulit anda.
5. SKRUB MUKA
Pada kulit yang kering dapat dirasa tektur permukaan kulit yang kasar. Kulit menjadi kasar kerana terdapat beberapa lapisan kulit mati yang tidak dapat disingkirkan. Disebabkan hal ini, anda haruslah menggunakan skrub setiap minggu . Gosokkan pada kulit selama lebih kurang 15-20 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Tapi harus dingat, jangan menskrubkan kulit anda lebih dari sekali dalam masa seminggu kerana ia akan menyebabkan kekeringan pada kulit anda semakin teruk. Anda juga dilarang untuk menggosok kulit anda dengan kuat kerana dikhuatiri kulit boleh terluka dan menimbulkan masalah iritasi dan kerengsaan.
6. ATASI TEKANAN
Selain daripada faktor luaran yang disebutkan di atas, masalah kulit kering juga boleh berpunca daripada tekanan dalam diri sendiri. Jadi, untuk menampakkan kulit yang sentiasa sihat, anda perlulah melakukan senaman ringan untuk mengurangkan stres. Anda juga mungkin boleh mengamalkan aktiviti yoga mahupun bermeditasi.
7. JANGAN MEROKOK
Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan, tetapi ia juga mempercepatkan penuaan pada sel-sel tubuh badan anda. Secara tidak langsung, kesannya akan terlihat pada kulit juga. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menimbulkan kedutan pada bahagian wajah, terutamanya bahagian sekitar mulut.
8. ELAKKAN MINUMAN BERALKOHOL
Ketika organ hati memproses alkohol yang diambil secara berlebihan, ia menghasilkan toksin yang boleh merosakkan sel-sel tubuh badan. Toksin ini mneyebabkan keradangan pada kulit yang membawa kepada muka berkedut yang lebih cepat.
9. BASUH MUKA SELALU
Bukan basuh muka dengan sabun, tetapi cucilah dengan air bersih sekerap mungkin. Secara saintifiknya ia terbukti mampu memudarkan kedutan di wajah anda. Bagi yang muslim, gunakan peluang ini untuk membasahi muka anda dengan berwudhu. Ia bukan sahaja dapat menyingkirkan wajah daripada kekotoran tetapi terbukti mampu menaikkan seri wajah seseorang.
KESIMPULAN - Cuba amalkan segala petua dan tips di atas. InsyaAllah, kulit anda akan nampak bersih dan tidak berkedut sebelum sampai masanya. Apabila air dalam badan cukup ditambah dengan penggunaan krim pelembap, kulit anda akan menjadi halus dan lembut seterusnya meningkatkan keyakinan diri anda.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.