Selepas bersalin ramai wanita yang kurnag yakin dnegan bentuk badan mereka. Namun, ada juga yang teragak-agak untuk berdiet kerana sedang menyusu badan. Malah, ada khabar angin mengatakan bahawa diet boleh menyebabkan penghasilan susu badan kurang lancar. Ya, itu memang betul.
Jadi, bagaimana cara diet yang betul untuk ibu yang menyusu?
[ FAKTA ] IBU YANG MENYUSU LEBIH MUDAH TURUN BERAT BADAN
Sebenarnya proses menyusu badan adalah cara yang paling idela dna bagus untuk seseorang ibu mengurangkan berat badan selepas bersalin, sekaligus mengembalikan bentuk badan asal.
Hal ini kerana, proses menyusu akan membakar kalori sekitar 300-500 kalori setiap hari. Selain itu, penjagaan anak juga menjadikan wanita lebih aktif dan banyak bergerak.
5 CARA DIET BERBAHAYA UNTUK IBU YANG MENYUSU BADAN
Jika anda menyusu badan, tolong jangan buat perkara yang akan saya nyatakan di bawah ini kerana ia akan menjejaskan susu badan anda.1.MENGELAKKAN KUMPULAN MAKANAN TERTENTU
Sesetengah jenis fasa diet dalam diet Atkins yang popular diperkatakan sekarang adalah tidak sesuai terutama untuk ibu yang menyusu bayi dibawah 6 bulan. Ini kerana, di dalam diet Atkins mengehadkan pengambilan makanan seperti karbohidrat, bijian atau bijirin, produk tenusu dan juga buahan.
Perlu diingat, ibu yang menyusu perlu mengambil makanan yang seimbang untuk memastikan bayi tidak mengalami kekurangan nutrisi tertentu terutamanya jika bayi anda bergantung kepada susu badan sepenuhnya.
2. PENGAMBILAN HERBA ATAU PRODUK DETOKS
Pengambilan sebarang jenis ubat kurus atau produk detoks sangatlah tidak digalakkan untuk ibu mengandung dan menyusu badan. Apabila anda mengamalkan detoks, tubuh anda akan bekerja untuk membuang toksin melalui penghasilan peluh, air kencing dan juga najis. ketiga-tiga aktiviti ini boleh membawa kepada dehidrasi sehingga menjejaskan kualiti dan kuantiti susu badan anda.
3. 'SKIP' WAKTU MAKAN
Tiada alasan untuk anda skip waktu makan sekadar ingin mengurangkan pengambilan kalori. Malah, tindakan ini akan menyebabkan anda kelaparan dan mungkin badan anda akan lemah kerana kekurangan tenaga.
Seeloknya, anda kurangkan saiz hidangan seperti memakan snek seperti buahan dan juga kekacang diantara waktu makan tersebut untuk mengelakkan anda kelaparan disamping memberi anda tenaga. Yang paling penting, anda kena minum air masak secukupnya untuk mengantikan air di dalam badan anda.
4. TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN DRASTIK
Anda tidak harus melakukan aktiviti atau senaman yang melampau semata-mata untuk menurunkan berat badan anda secepat mungkin. Terutama jika anda sedang kelaparan. Tindakan ini bukan sahaja membahayakan diri anda tetapi juga bayi yang anda susukan.
Menurut pakar, diet yang sihat adalah penurunan 2-3kg sebulan. Jadi, dietlah dengan betul dan berhemah untuk diri dan bayi anda.
5. DIET MENGEJUT
Pengambilan kalori yang berkurang secara tiba-tiba atau secara teknikalnya 'diet mengejut' boleh menyebabkan susu badan anda berkurangan dengan mendadak.
KESIMPULAN - Sebenarnya, jika anda aktif melakukan kerja rumah, ia sudah cukup untuk membakar lebihan kalori dalam badan anda. Malah, mendukung bayi atau menolak 'stroller' semasa bersiar-siar juga adalah satu senaman yang bagus untuk tubuh dan minda anda.
Anda tidak perlu melakukan diet yang ekstrem. Apa yang anda perlu lakukan ialah, kaji semula dan ubah aktiviti harian dan permakanan anda kerana sekarang anda sudah mempunyai anak, bukan seperti muda-muda dulu.
Selamat Mencuba.
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.