6 Cara Goreng Ikan Bilis Supaya Rangup & Sedap

6 PETUA GORENG IKAN BILIS YANG BETUL

Walaupun bersaiz kecil namun ikan bilis penuh berkhasiat seperti zat besi, kalsium dan juga asid omega 3. Ia juga sering dijadikan perisa tambahan dalam hidangan goreng, sup, bubur dan sayuran. Bukan itu sahaja, malah ia juga sedap dimakan begitu sahaja setelah digoreng dengan rangup.

KENAPA IKAN BILIS CEPAT LIAT?
Biasanya, selepas ikan bilis digoreng, ia akan menjadi liat dan lemau dengan cepat. Nak tahu sebabnya?

Ini kerana ikan bilis tersebut tidak digoreng dengn sempurna dan masih lagi mengandungi air di dalamnya. Antara kesilapan yang selalu dilakukan ialah membasuh atau merendam ikan bilis dan tidak memastikan ia betul-betul kering sebelum menggorengnya.

6 PETUA GORENG IKAN BILIS YANG BETUL

Tips di bawah ini boleh membantu mengelakkan ikan bilis goreng yang anda menjadi cepat liat, kenyal ataupun lemau.

6 Cara Goreng Ikan Bilis Supaya Rangup & Sedap

1. PILIH IKAN BILIS YANG BERKUALITI
Semakin terang warna ikan bilis, semakin sedap rasa dan kualitinya.

2. KERINGKAN SEBETULNYA
Jika rendam ikan bilis, pastikan ia betul-betul telah kering sebelum menggorengnya.

3. TUNGGU MINYAK BETUL-BETUL PANAS
Jika menggoreng ikan bilis, pastikan minyak sudah menggelegak terlebih dahulu

4. KAWAL API
Apabila menggoreng, perlahankan api untuk mengelakkan ikan bili daripada cepat hangus.

5. SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA
Masukkan ikan bilis yang telah dimasak ke dalam bekas kedap udara. Tutup bekas dengan segera untuk mengelakkan ikan bilis daripada dimasuki angin dan menyebabkan ia cepat menjadi lemau dan tidak rangup.

6. JAUHKAN KELEMBAPAN
Elak menggunakan sudu yang basah sewaktu mengambil ikan bilis kerana ia boleh mengurangkan kerangupannya apabila ia terkena air.


CARA MENGGUNAKAN OVEN UNTUK MENGGORENG IKAN BILIS RANGUP

Untuk pengetahuan, anda juga boleh menggunakan ketuhar @ oven untuk mendapatkan ikan bilis yang sedap dan rangup.

1. Tuang sedikit minyak masak ke atas ikan bilis dan letakkan ke dalam oven. Tetapkan masa selama 2 minit. Jika masih belum garing, naikkan masa sehingga 20 atau 30 saat lagi sehingga ianya garing.

2. Jika anda tidak suka akan rasa masin ikan bilis, rendam dulu ikan bilis dan cuci hingga bersih. keringkan selama sejam sebelum dimasukkan ke dalam oven. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selama 15minit dan masukkan ikan bilis. Bakar sehingga ikan bilis bertukar warna menjadi perang.


KESIMPULAN
Untuk mendapatkan hasil yang sedap, ikan bilis yang digunakan mestilah yang berkualiti. Anda juga boleh gorengkan bersama bawang putih untuk menyedapkan lagi ikan bilis anda.

Jangan lupa, sambal yang sedap berasal dari ikan bilis yang rangup dan garing.

Selamat mencuba.

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget