Cara Melakukan Solat Sunat Tahajud

CARA MENDIRIKAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Firman Allah SWT.:
         “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”

        (Surah Isra’; ayat 79)

Rasulullah SAW bersabda :
        “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

CARA MENDIRIKAN SOLAT SUNAT TAHAJUD

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,:
        “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

1.  BACA DOA BERIKUT SEBELUM NIAT SOLAT

Cara Melakukan Solat Sunat Tahajud

Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.


2.  NIAT SOLAT TAHAJJUD

Cara Melakukan Solat Sunat Tahajud

ERTINYA: Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.


3.  BACAAN SURAH SELEPAS AL-FATIHAH :


a) Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
    Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)

Atau;

b) Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
    Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas

Atau;

c) 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)


4. DOA SELEPAS MEMBACA TASBIH SUJUD KEDUA ( BACA 3 KALI )

Cara Melakukan Solat Sunat Tahajud


5.  DOA SELEPAS MEMBERI SALAM

Cara Melakukan Solat Sunat Tahajud


6.  DOA SOLAT SUNAT TAHAJUD

Cara Melakukan Solat Sunat Tahajud

ERTINYA:
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!


PETUA MEMUDAHKAN BANGUN MALAM

  •             Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  •             Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  •             Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  •             Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda:
        “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)


Selamat Beramal…!

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

ULASAN : Marilah kita sama-sama mencari pahala melakukan solat tahajud. Semoga amalan kita sama-sama akan diterima oleh Allah. Amin.

TAGS :

Cara Melakukan Solat Sunat Tahajud, Panduan Melakukan Solat Sunat Tahajud, Cara Mendirikan Solat Sunat Tahajud, Panduan Mendirikan Solat Sunat Tahajud, Cara Melakukan Solat Tahajud, Panduan Melakukan Solat Sunat, Niat Solat Sunat Tahajud, Doa Solat Sunat Tahajud, Solat Sunat Tahajud, Kelebihan Solat Sunat Tahajud, Kebaikan Solat Sunat Tahajud, Cara Untuk Solat Sunat Tahajud, Apa Itu Solat Sunat Tahajud, Tertib Melakukan Solat Sunat Tahajud, Zikir Solat Sunat Tahajud, Fadhilat Solat Sunat Tahajud, Petua Mudah Bangun Malam

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget