Kalau bercakap tentang sujud syukur, pasti ramai akan terbayang pemain bola sepak atau atlet-atlet yang melakukannya sebaik sahaja diumumkan kemenangan mereka.
Walaupun begitu, mesti ada yang keliru sama ada sujud ini boleh dilakukan dalam keadaan tertentu seperti - tanpa wuduk, tidak menutup aurat, dalam kenderaan, tidak menghadap kiblat dan seumpamanya.
WAKTU PALING SESUAI UNTUK SUJUD SYUKUR
Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang menggembirakan, Baginda terus sujud kepada Allah.Sehikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan :
" Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima nikmat yang dikurniakan kepada seseorang ( tanda terima kasih )."Maka dari ini dapat disimpulkan bahawa Sujud Syukur disunatkan untuk dilakukan dalam 2 keadaan ini :
- Ketika memperoleh anugerah atau nikmat
- Ketika terselamat daripada musibah
CARA MELAKUKAN SUJUD SYUKUR
Dibawah ini adalah tertib dan cara yang betul untuk melakukan Sujud Syukur.RUKUN SUJUD SYUKUR
- Niat
- Takbiratul Ihram
- Sujud ( 1x )
- Bangun daripada sujud
- Memberi Salam
NIAT SUJUD SYUKUR
Ertinya : Sahaja aku bersujud syukur kerana Allah Taala.
DOA ATAU BACAAN SUJUD SYUKUR
Tiada bacaan khusus yang diperlukan ketika sujud, namun kita digalakkan membaca ayat ini :Ertinya : Aku sujudkan wajahkan ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik pencipta.
Jika anda terlupa atau tidak menghafal bacaan ini, tidak mengapa.
Kita dibolehkan membaca apa sahaja bacaan yang selalu dibaca semasa sujud dalam solat atau cukup sekadar mengucapkan " Alhamdulillah."
SYARAT SAH SUJUD SYUKUR
Walaupun terdapat khilaf dalam hal begini, namun pendapat yang paling ramai mengatakan bahawa keperluan Sujud Syukur adalah sama seperti hendak solat Fardhu :- Berwuduk
- Menghadap Kiblat
- Menutup Aurat
- Suci pakaian dan tempat sujud
PENJELASAN TENTANG KEPERLUAN BERWUDUK, MENGHADAP KIBLAT DAN BEBERAPA PERKARA LAIN
Menurut Imam merangkap Penolong Pengarah Pembinaan Sahsiah Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( Jakim ), Mohd Zuhairee Mohd Yatim, menjelaskan bahawa cara Sujud Syukur sebenarnya tidak memerlukan syarat-syarat sebagaimana seperti bersolat.".. Ini berpandukan kepada Imam Shaukani yang berkata : Dalam Sujud Syukur tidak ada sebuah Hadis pun yang menjelaskan bahawa untuk melakukannya disyaratkan berwuduk, suci pakain atau tempat sujudnya.. "
".. Juga tidak terdapat keterangan daripada Baginda Rasullah SAW bahawa cara Sujud Syukur harus bertakbir dan menghadap kiblat.. "Sebab itulah, kita dapat lihat atlet-atlet dan pemain bola sepak biasanya melakukan Sujud Syukur sebaika sahaja memenangi perlawanan atau menjaringkan gol buat pasukan mereka.
Menurut Ulama', ia juga boleh terus dilakukan apabila mendengar khabar semasa dalam keadaan duduk, ataupun semasa berada di atas kenderaan jika seseorang dalam keadaan bermusafir.
Adapun Abul'Abbas, Al Muaauuid Billah, An Nakha'i dan sebahagian pengikut Imam Syafie berpendapat bahawa syarat Sujud Syukur adalah seperti disyaratkan dalam solat. [ sumber ]
KESIMPULAN - Walaupun terdapat sedikit pencanggahan pendapat tentang perkara ini, kita digalakkan untuk mengikut tatacara paling sempurna dan pandangan Ulama' yang paling ramai. Lagipun, ia tidak sesukar mana.
Maka, manfaatkanlah peluang melakukan ibadah sujud ini walaupun ia hanya merupakan perkara sunat.
Selamat Bersujud Syukur. Semoga info di atas bermanfaat kepada anda.
Tags :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.