Tersebutlah kisah tentang dua ekor hantu. Mereka ini baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil.
KISAH MENYAYAT HATI 2 EKOR HANTU
Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,"Apa pasal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh.. cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah."Kau memang ada sakit jantung kronik ke? Kenapa kau tak pergi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak dengan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah, aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritalah sikit.. Sambil-sambil lepak ni.."
"Macam ni.. Aku syak isteri aku main kayu tiga dengan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura pergi kerja tapi actually aku park keta aku dekat simpang hujung rumah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah kereta dekat carpark rumah aku. Aku rilex dulu sebab nak cari masa sesuai untuk tangkap diorang.""So, kau dapat la tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je dekat dalam bilik. Yang aku hairan, mase aku masuk rumah tu, aku nampak ada kasut lelaki dekat pintu rumah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak cari jantan tu. Habis semua bilik aku cari tapi langsung tak jumpa.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati kat situ..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check dekat dalam peti sejuk? Kalau kau check dekat situ, sure kita berdua still hidup lagi.
ULASAN - Anda paham tak cerita kat atas tu? Hahahaha
TAGS :
Koleksi Lawak Jenaka, Koleksi Lawak Senyum Pisang, Koleksi Lawak Melayu, Koleksi Lawak Terbaik, Lawak Hantu, Hantu Berborak, Hantu Berdialog, Kisah Hantu Yang Menyayat Hati,
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.