Tahukah anda, walaupun hantu adalah makhluk yang ghaib dan menakutkan bagi manusia tetapi ada diantara sikap mereka yang patut kita contohi.
SIKAP-SIKAP HANTU YANG BOLEH DI CONTOHI
Di bawah ini adalah senarai 6 jenis hantu yang mempunyai sikap yang patut dicontohi.1. TOYOL
Walaupun masih kecil tetapi sudah pandai berdikari, boleh cari wang sendiri. Tak menyusahkan ibu dan bapanya.
2. PONTIANAK
Susah atau senang dia sentiasa tertawa, ini menunjukkan keperibadian pontianak ini adalah optimis dan sentiasa berfikiran positif.
3. POCONG
Dari dulu lagi bajunya tidak pernah diganti, ertinya dia tidak tertarik kepada fashion semasa, sangat bersahaja. Sifat berjimat ini baik diamalkan di zaman barangan serba mahal ini.
4. HANTU AIR
Walau selalu menetap di lautan, tapi pakaiannya selalu lengkap dan sopan, dia tidak suka pakai baju renang yang seksi dan menggiurkan, ertinya dia selalu menjaga etika dan kehormatan diri. Dia juga tidak membazir masa dengan aktiviti memancing, yatching dan sebagainya.
5. JERANGKUNG
Datang tak diundang, pulang tak dihantar, ertinya dia tak mahu menyusahkan orang lain. Kalau masuk rumah hanya menetap dalam almari sahaja, tidak duduk di sofa lembut, satu sifat kesederhanaan yang tulus dan ikhlas.
6. JEBON
Ini adalah makhluk halus yang paling istimewa, walau mukanya buruk, hancur, badannya berbau, dan menakutkan tapi sifatnya sangat penyabar. Buktinya dia baca artikel ini sampai habis.......
KESIMPULAN - Jangan marah ye.. Asyik serius je tak bagus juga untuk kesihatan. Sekali-sekala kenalah lepaskan tekanan bukan? Hahahaha
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.