Penerangan Penuh Mengenai Hukum Hudud

CONTOH-CONTOH HUKUMAN HUDUD

Apabila kita faham dan kenal barulah kita ada rasa kasih dan sayang. Apabila ada rasa kasih dan sayang barulah ada keinginan untuk mengikuti dan melaksanakan.

Kita tidak memberi kefahaman kepada masyarakat tentang hukum Allah, apabila bercakap sahaja tentang hukum ini, kita asyik bercakap tentang mencuri hukumnya potong tangan. Betul, mencuri hukumnya potong tangan, tetapi kita tidak menceritakan mencuri yang bagaimana, berapa kadar curinya, nilai barang yang dicuri, kadar potong tangan, kaedah pembuktian, dan saksinya bagaimana? Itu semua kita tidak tahu, yang kita tahu hanyalah mencuri hukumnya potong tangan.

Bagi yang telah berkahwin dan berzina, umum mengetahui hukumannya adalah rejam sampai mati. Namun bagaimana kaedah merejam? Siapa yang sanggup merejam? Kalau pada zaman Nabi SAW, orang yang dihukum akan tanam separuh badan dan dibaling dengan batu. Sekarang ini siapakah yang sanggup membaling batu dekat orang sampai mati?

Kerana itulah kita perlu membincangkan kaedah perlaksanaannya. Yang banyak dibincangkan pada hari ini adalah tentang hukuman itu sendiri. Kita tidak ceritakan kepada orang ramai tentang keindahan hukum ini, jadi bagaimana orang ramai hendak menerimanya?

APAKAH SEBENARNYA HUKUM HUDUD?

"..Hudud berasal daripada perkataan arab al-had (batasan). Bawa kereta pun ada had laju, pergaulan lelaki dan wanita juga ada had dan batasan. Dalam berbicara dan berkata-kata juga ada had dan batasan. Filem hina Nabi, itu sudah melampaui had dan batasan yang dibenarkan. Maka dalam setiap urusan kehidupan seorang muslim, ada had yang perlu dipatuhi..." [ sumber ]

"..Hudud dari sudut bahasa membawa maksud menahan atau mencegah. Manakala dari segi istilah ialah keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib dilaksanakan  sebagai hak Allah S.W.T atau merosakan kepentingan masyarakat umum dan ketenteraman orang ramai iaitu berzina, menuduh orang berzina, minum arak, memcuri, murtad, merompak dan memberontak . Kadar hukumannya adalah mandatori dan tidak boleh dipinda samaada dikurang atau ditambah..." [ sumber ]

Firman Allah S.W.T:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim"(Surah al-Baqarah:229)

Dalam Al-Quran, apabila Allah SWT menceritakan tentang pembahagian harta pusaka, setelah Allah menceritakan semuanya secara detil, Allah berfirman,
    تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا

    Ertinya: “Itulah batasan-batasan Allah, maka janganlah kamu melampauinya.” (surah Al-Baqarah, 2: 230)

Maka itu maksud asal perkataan had. Apabila kita katakan hudud, ia bermaksud batasan-batasan yang telah Allah SWT tetapkan dalam jenayah syariah. Contohnya mencuri, menuduh orang berzina, memberontak, minum arak, berzina, dan lain-lain. Ini adalah senarai beberapa kesalahan yang termasuk dalam hudud. Kenapa dinamakan hudud adalah kerana Allah SWT telah menentukan kaedah hukumannya, bagaimana pelaksanaan, dan kadar hukumannya.

CONTOH-CONTOH HUKUMAN HUDUD

1. MENCURI

Apabila Allah menyebut di dalam Al-Quran,
    وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

  Ertinya : “Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) balasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah, dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (surah al-Maidah, 5:38)

Ini bukan cerita seorang mencuri lalu kita tangkap dan potong tangannya. Ini bukan seperti beli ayam di pasar, tetapi perlu kepada pembuktian dan saksi yang adil. Perlu melihat kepada benda apa yang dia curi. Sabda Nabi SAW,
    لاَ تُقْطَعُ يَدُ السَّارِقِ إِلاَّ فِي رُبْعِ دِيْنَارٍ فَصَاعِدًا

    Ertinya : “Tidak dipotong tangan pencuri kecuali barang yang dicuri bernilai satu per empat dinar atau lebih.” (Muttafaqun ‘alahi)

Jadi adakah boleh jika orang mencuri buah mempelam satu raga, kita potong tangannya? Sabda Nabi SAW di dalam hadis yang lain,
    لا قَطْعَ فِي ثَمَرٍ وَلا كَثَرٍ

    Ertinya : “Tidak ada potong tangan dalam (pencurian) buah dan tandan kurma.” (riwayat Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

Jadi hal ini perlu difahami dengan betul. Bukan semua jenis mencuri dikenakan hukuman hudud. Mencuri motorsikal, adakah boleh dikenakan hukuman hudud ke atasnya?

Perlu diperhatikan, adakah motorsikal itu berada dalam jagaan dan kawalan tuannya, atau tuannya meninggalkan sahaja motorsikalnya di tepi jalan? Kereta Ferrari yang dicuri, sekiranya ia diparkir di dalam kawasan rumah, dan ada pengawal yang menjaga kawasan rumah tersebut, kemungkinan ya, barulah hukum hudud itu dilaksanakan kepada si pencuri.

Ini semua dibincang secara detil oleh para ulama, termasuklah kadar mana tangan si pencuri yang dibuktikan bersalah itu dipotong.

Perlu dilihat juga sekiranya kecurian berlaku pada musim kemarau dan pencuri adalah dari kalangan orang miskin, tidak ada potong tangan ketika mana musim lapar dan orang yang mencuri berada di dalam kemudharatan.

Apabila ada masalah dalam pembuktian, disebut di dalam hadis,
    ادْرَأُوا اَلْحُدُودَ بِالشُّبُهَاتِ

    Ertinya : “Ketepikah hukum hudud kerana ada syubhat (dalam pembuktian).”

2. BERZINA

Apabila seseorang ditangkap berzina, untuk disabit kesalahan perlu kepada saksi yang adil. Bukan semudah tangkap dan terus menjatuhkan hukuman.

Saya tertarik apabila ada orang mengulas tentang isu rogol, katanya hukum hudud tidak sesuai kerana jika non-muslim merogol muslim, disebabkan tiada saksi si mangsa tidak boleh mengadu, jika dia mengadu, dia akan disabitkan kesalahan menuduh orang yang tidak bersalah (qadzaf) iaitu sebat 80 kali sebatan.

Sebenarnya dia tidak faham tentang kaedah pembuktian hukum Islam. Kalau seseorang itu dirogol dan tidak ada bukti, Islam mempunyai kaedah pembuktian yang lain contohnya melalui teknologi seperti DNA, CCTV dan lain-lain. Cuma kesalahan yang dibuktikan melalui kaedah DNA dan CCTV tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi kembali kepada hukuman ta’zir.

Bukanlah tidak dikenakan sebarang hukuman kepada pesalah tetapi dipindahkan daripada hukuman hudud kepada hukum ta’zir. Orang yang mengulas tersebut tidak faham, kitalah yang bertanggungjawab memahamkan dia.

JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD DAN HUKUMANNYA

Kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam hukuman hudud ialah sebagaimana berikut:

a.   Zina
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan. Hukumannya ialah direjam sampai mati jika telah berkahwin dan sebat 100 kali jika pesalah belum pernah berkahwin.

b.   Qazaf ( Menuduh berzina )
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukumannya ialah 80 kali sebatan.

c.    Minum Arak
Minum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan    akal. Hukumannya ialah 40 kali sebatan.

d.   Mencuri
Mengambil harta orang lain secara senyap atau bersembunyi. Hukumannya adalah potong tangan.

e.   Merompak
Mengambil hatra orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukumannya ialah:
  •     Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh.
  •     Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tanga dan kaki secara bersilang seperti tangan kanan dengan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang seterusnya.
  •     Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam dendaklah di ta'zir seperti dipenjara dan lain-lain lagi.
f.    Murtad
Keluar dari agama Islam samaada dengan perkataan atau perbuatan. Hukumannya ialah bunuh ( setelah diberi tempoh untuk bertaubat )



KESIMPULAN - Sebab itu kita katakan kepada teman-teman kita tidak kira Muslim atau non-Muslim, kita tanyakan, tahu atau tidak tentang hukum ini? Jika tidak tahu, jangan pandai-pandai menolak, menghina, atau menyindir hukum ini. Datanglah kepada kami untuk kami ceritakan tentangnya.

TAGS :

Apa Itu Hukum Hudud, Hudud Dalam Islam, Hukuman Hudud, Hukuman Daripada Allah, Hukuman Terhadap Kesalahan Hudud, Jenis-jenis Jenayah Hudud, Hukuman Cara Islam, Hukum Jenayah Islam, Pengertian Hudud, Hukuman Hudud Murtad, Hukuman Hudud Merompak, Hukuman Hudud Mencuri, Hukuman Hudud Berzina, Hukuman Hudud Menuduh Zina, Hukuman Hudud Qazaf, Hukuman Hudud Minum Arak,

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget