6 Keburukan Gula Berlebihan Kepada Kulit & Tubuh Badan

KESAN BURUK GULA BERLEBIHAN TERHADAP KULIT DAN TUBUH MANUSIA

'Sweet Tooth'adalah istilah English untuk mengambarkan seseorang yang sangat sukakan makanan yang manis seperti kek dan juga coklat. Menurut satu kajian dari luar negara, kaum wanita lebih gemar makan makanan yang manis berbanding lelaki dan kebanyakkan disebabkan oleh faktor hormon dalam tubuh mereka.

Tetapi tahukah anda pengambilan gula yang berlebihan dalam tubuh sangat membahayakan kesihatan?

Menurut Nicholas Perricone, M.D, iaitu penulis buku 'The Wrinkle Cure' dan 'The Perricone Prescription'. diet pemakanan yang rendah gula sangat baik untuk tubuh manusia. Namun anda perlu tahu bahawa gula yang dimaksudkan ini bukan sekadar 'gula kasar' yang mudah didapati tetapi makanan dengan karbohidrat ringkas seperti pasta, roti dan biskut crackers juga boleh menyebabkan terjadinya masalah kesihatan pada tubuh dan kulit seseorang.

6 KESAN BURUK GULA BERLEBIHAN TERHADAP KULIT DAN TUBUH MANUSIA

Berikut adalah kesan buruk yang akan terjadi kepada kulit dan tubuh anda jika anda mengambil gula berlebihan dalam pemakanan seharian.

Keburukan Gula Berlebihan Kepada Kulit & Tubuh Badan

1. GLYCATION
Glycation merujuk kepada proses yang berlaku apabila gula dihadam dan glukos dilepaskan ke dalam darah. Gula tersebut kemudiannya akan melekat kepada kolagen, iaitu sejenis serat protein yang membantu menjadikan kulti lebih tegal dan anjal. Pendek kata, gula tersebut akan menyebabkan kolagen rosak dan menjadikan kulit mudah kering, mengendur, berkedut serta kusam.

2. MENJEJASKAN SISTEM PENGHADAMAN
Tahukah anda gula boleh menyebabkan sembelit? Bakteria 'jahat' dalam perut akan senang membiak apabila badan berasid akibat pengambilan gula berlebihan. Hal ini menyebabkan sistem penghadaman terganggu seterusnya menyukarkan penyingkiran toksin. Toksin yang banyak terkumpul dalam tubuh tanpa dikeluarkan akan menyebabkan masalah pada kulit seseorang.

3. PENGHASILAN RADIKEL BEBAS
Radikel bebas adalah komponen yang boleh menyebabkan terjadinya keradangan dan juga penyakit dalam badan. Kajian mendapati pemakanan yang tinggi gula boleh menghasilkan radikel bebas. Pastikan anda lebih banyak makan buahan dan sayuran yang mengandungi antioksidan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku.

4. SEBABKAN KERADANGAN PADA KULIT
Gula adalah bahan yang sangat berasid. Makanan yang berasid akan menyebabkan berlakunya keradangan pada tubuh badan kita. Keradangan akan menjejaskan semua organ termasuklah jantung, paru-paru dna juga kulit.

Salah satu simptom kulit yang mengalami keradangan ialah ia akan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, pastikan akan kurangkan pengambilan produk 'gula' jika anda mengalami masalah jerawat.

Sebaliknya, anda boleh gantikan gula dengan Stevia iaitu pemanis semulajadi daripada tumbuhan ataupun anda boleh makan buahan jika teringin makan makanan yang manis.

5. MELEMAHKAN SISTEM IMUN
Gula juga boleh melemahkan sistem imun dan apabila perkara ini berlaku tubuh kita tidak mampu melwan bakteria dengan efektif. Bakteria menjadi sebab utama kepada masalah jerawat dan keradangan kulit.

6. KETIDAKSEIMBANGAN PARAS GULA DALAM BADAN

Apabila kita makan makanan yang tinggi kandungan gulanya, paras gula dalam badan akan meningkat dengan mendadak dan kemudianya akan turun dengan mendadak sebaik sahaja insulin dikeluarkan. Perubahan yang mendadak ini akan membuatkan tubuh kita berasa lesu, mudha lapar dan moody seterusnya terjadinya stres dalam badan.

Stres inilah yang akan mengakibatkan masalah jerawat dan kulit kusam berlaku.


KESIMPULAN - Terdapat cara mudah untuk mengelakkan diri kita daripada mengambil gula yang berlebihan. Caranya ialah dengan membaca dan memahami label bahan makanan yang kita ingin beli.

Hal ini kerana dalam makanan seharian kita sebenarnya terkandung banyak bahan gula dengan nama tersembunyi. Antara nama gula yang tersembunyi ialah
  • Sirap Jagung Berfruktos Tinggi ( High Fructose Corn Syrup )
  • Malt Barli ( Barley Malt )
  • Dekstrosa ( Dextrose )
  • Jus Buahan Pekat ( Concerated Fruit Juice )
  • Maltosa ( Maltose )

TAGS :

Keburukan Gula Pada Kulit, Keburukan Gula Pada Tubuh Badan, Kesan Ambil Gula Berlebihan Pada Kulit, Kesan Ambil Gula Berlebihan Pada Tubuh Badan, Nama Lain Bagi Gula, Nama Gula Dalam Label Makanan, Stevia Pengganti Gula, Gula Punca Pelbagai Penyakit, Gula Punca Penyakit Kulit, Kenali Gula Dalam Makanan, Apa Itu Sweet Tooth, Jenis-jenis Gula, Bahaya Gula Pada Tubuh Badan, Bahaya Gula Pada Kulit

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget