Kesan-kesan Santau & Cara Mengesan Santau Dalam Badan

APA ITU SANTAU

APA ITU SANTAU?

Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan melalui dua cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia.

KESAN-KESAN SANTAU

Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:

Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
  • Hilang daya ingatan
  • Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah.
  • Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali sebagai seorang bersifat penyakit menjadi seorang yang panas baran.
  • Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.
  • Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur.
  • Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu.
  • Terjadinya ‘saratan’ atau kanser dan ketumbuhan.
  • Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran.

PANDUAN MENGESAN KEHADIRAN SANTAU

Apabila orang yang terkena santau angin, makan limau nipis atau nenas bersama kicap dan mereka akan muntah darah kerana santau itu berlawanan dengan bahan berkenaan dan pesakit juga berasa sakit pada seluruh anggota badan seperti dicucuk dengan benda tajam.

Panduan untuk kita mengesan kehadiran santau bila kita makan di kedai makan ataupun di restoran daripada Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Bin Rozali:

Ketika mengambil makanan, jangan mencampurkan kuah lauk dalam nasi, tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza. Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana kemungkinan ia mengandungi racun santau.

Bagi minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari kelingking ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api maka ia mengandungi santau.



KESIMPULAN - Walaupun sekarang kita duduk di zaman moden dan teknologi, tapi budaya santau dalam kehidupan harian tetap ada.Selalunya berpunca dari perasaaan cemburu,iri hati,perasaan dendam terhadap seseorang lalu dihantarnya santau.

TAGS :

Apa Itu Santau, Cara Mengelakkan Diri Daripada Santau, Doa Mengelakkan Diri Daripada Santau, Ayat Pelindung Mengelakkan Diri Daripada Santau, Bisa Santau, Kesan-kesan Santau, Cara Mengesan Santau Dalam Badan, Bahan-bahan Santau, Tanda-tanda Terkena Santau, Jenis-jenis Santau, Panduan Mengesan Kehadiran Santau, Tujuan Santau Dihantar, Ilmu Hitam Santau

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget