Kisah Menyayat Hati Bola Hitam & Putih


KISAH SEDIH SEORANG LELAKI DENGAN BOLA HITAM & PUTIH

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu 'workaholic' dan tidak mahu berkahwin lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

KISAH SEDIH SEORANG LELAKI DENGAN BOLA HITAM & PUTIH

Selepas tamat Tadika, sementara kawan-kawannya lain sudah mempunyai basikal, si anak masih berjalan kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dengan anak tuan? Dia
tak ada basikal...apa tuan tak segan?"


Lantas...... si bapa memanggil si anak, menawarkan untuk membelikan basikal yang macam mana dan si
anak cuma bagitau,"Tak payah susah-susah la papa, belikan je saya bola hitam dan bola putih ..."

Bapanya kebingungan mendengar permintaan anaknya itu. "Kenapa bola itam dan putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."

Bila ingatkan si anak tidak pernah meminta-minta, jadi bapanya cuma menurut sahaja. Maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini pada masa tu, yang paling canggih, ditambah dengan bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu.

Kisah Menyayat Hati Bola Hitam & Putih

Kemudian si anak masuk Sekolah Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap-tiap petang dia cuma duduk di rumah sahaja. Basikalnya juga hanya disimpan di dalam stor.

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "Anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan-kawan kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..
Kalau boleh papa beli lagi ye..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"

Si bapa geram. Walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, Si anak masuk Sekolah Menengah. Cerita sama berulang.

Sekarang kawan-kawannya main permainan lain- main roller blade. Musim rollerblade melanda kawasan tempat tinggal nya. Trend terbaru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat-sangat. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.

Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa.
Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya."

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya
bola hitam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali-kali ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "Terima kasih banyak-banyak papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih."

Masa berlalu...

Ketika di Sekolah Menengah, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, sedangkan kesemua kawan-kawannya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh kawannya dengan motor Harley Davidson berwarna biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya.

Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah besar panjang, boleh berbincang.

Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dengan bola hitam dan bola putih semestinya!!.

Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih..

Universiti

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motor lamanya.

Sehingga aweknya juga turut bingung. "Kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motor je".

Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut, "Kerana bapanya tidak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. Selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kepada si bapa, " kenapa pak cik tidak belikan bola hitam bola putih?"
Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola-bola itu.. "huh..sampai awek anak aku pun tanya.." Apabila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, " anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!"

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagi.., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anaknya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk bersiar-siar. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklumkan oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek meninggal dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."Macammana doktor, anak saya?"
Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu-waktu terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya."Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. Sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya...

Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"Tidak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam-macam.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?"
Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"

(anda semua pun ingin tahu kan ..?)


Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan
masanya sudah hampir tiba...



"sebabnya ....saya.. saya... saya...."



*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape.



KESIMPULAN : Jika anda marahkan kami kerana membazir masa anda dengan cerita ini, maafkanlah kami. Kami pun sudah terkena. Jadi untuk hilangkan sakit hati, marilah kita sama-sama kenakan kawan-kawan kita yang lain ye. Hahahahaha

TAGS:

Kisah Menyayat Hati, Kisah Anak Kematian Ibu, Kisah Bola Hitam Dan Putih, Koleksi Lawak Jenaka, Koleksi Lawak Senyum Pisang, Koleksi Lawak Melayu, Koleksi Lawak Terbaik, Kisah Anak Yatim,

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget