Kisah Suami Yang Sangat Cintakan Isterinya

PAK MAT YAN BEGITU SAYANGKAN ISTERINYA

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

KISAH PAK MAT YANG BEGITU SAYANGKAN ISTERINYA

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada sesetengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tidak ada sesiapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."
" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......" 


ULASAN - Tengok betapa tinggi cinta seorang suami sehingga sanggup melawat kubur isterinya 3 kali sehari. Anda patut mencontohi 'teladan' di atas. Hahahaha

TAGS :

Kisah Cinta Seorang Suami, Kisah Cinta Suami Isteri, Koleksi Lawak Jenaka, Koleksi Lawak Senyum Pisang, Koleksi Lawak Melayu, Koleksi Lawak Terbaik,

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget