Loghat Kelantan Vs Kedah - Mana Lagi Munasabah?

Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Timbul persoalan, loghat negeri manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya:
Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah.

Anda rasakan kami menipu? Kalau anda masih tidak percaya, jom kita buat sedikit eksperimen dan perbandingan antara bahasa Melayu standard dan juga loghat di negeri-negeri tersebut. Baca dan fahami ayat di bawah ini.

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

LOGHAT KELANTAN VS LOGHAT KEDAH

Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah. Kepada orang Kelantan dan Kedah, jangan marah ye. Ruangan ini sekadar untuk menghilangkan tekanan dan menghiburkan hari anda.

TAGS :

Loghat Kelantan, Loghat Pantai Timur, Koleksi Lawak Melayu, Loghat Utara, Loghat Kedah, Koleksi Lawak Terbaik, Senyum Pisang, Koleksi Lawak Jenaka, Loghat Munasabah,

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget