10 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

MAKANAN PALING MELOYAKAN DI DUNIA

Di Malaysia, kalau kita dengar ada yang makan darah ular, kucing dan katak pun sudah cukup meloyakan tekak. Tetapi di negara luar lebih dasyat lagi apa yang mereka makan. Mungkin bagi penggemar makanan eksotik, itu adalah sesuatu yang sangat lazat dan mampu membuatkan mereka kecur liur.

10 MAKANAN PALING MELOYAKAN DI DUNIA

Berikut ialah 10 makanan yang menjijikkan dan negara yang paling banyak mempunyai makanan jijik ialah negara China.

1. BURGER 'CINDIL' - CHINA


10 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

Cindil atau nama lainnya anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh menambah stamina dan membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat. Selain itu, cindil juga dikatakan mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. Khabarnya, cindil juga boleh mengubati pelbagai macam penyakit, dan salah satunya adalah asma. Di negara China, penyajian cindil beraneka macam dan salah satunya adalah dalam bentuk burger.

2. OTAK MONYET HIDUP - CHINA


10 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

Otak monyet yang masih hidup kononnya boleh mengubati masalah kekuatan seksual lelaki. Selain itu juga, dapat menambah stamina. Di China, dipercayai bahawa otak monyet yang masih hidup (otaknya yang masih berdenyut) merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati masalah kekuatan batin. Monyet yang masih hidup dimasukkan ke dalam karung, kemudian di pukul kepalanya sampai pengsan dan mestilah dipastikan monyet itu masih hidup. Kemudian kulit kepala bahagian atas dikuliti dan di belah tengkoraknya untuk diambil otaknya mentah-mentah dan di makan dengan menggunakan straw. Di Indonesia juga terdapat kawasan-kawasan yang menjual makanan seperti ini, seperti Sulawesi, Medan, Lampung, Jawa Timur, dan Kota Jakarta.

3. DAGING TIKUS GORENG - CHINA


10 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

Tikus-tikus yang biasanya didapati berkeliaran di sawah para petani ini yang biasanya menjadi hidangan sebagai lauk oleh kebanyakan orang-orang di negara China. Daging tikus yang telah disembelih dan diperap akan digoreng dan dijadikan santapan. Daging tikus dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang baik untuk kesihatan.

4. ULAT REBUS - BOSWANA


10 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

Suku kaum di pedalaman Botswana dikatakan gemar menyantap ulat-ulat Mapone sebagai menu makan hampir setiap hari. Ulat-ulat yang telah dikumpulkan akan dimasak dengan menggunakanbahan perasa untuk menambahkan kesedapannya dan disantap bersama-sama dengan nasi.

5. SOYA BUSUK - CHINA


10 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

Hampas soya yang dijemur sehingga keluar bau busuk dan kering akan diproses untuk dijadikan menu makanan, dan ianya hanya terdapat di negara China sahaja.

6. TELUR REBUS MENGANDUNGI JANIN ITIK - FILIPINA


10 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

Di negara Filipina, telur itik yang telah mencapai umur 2 minggu atau yang telah berubah menjadi janin akan dimasak atau direbus lalu dijadikan santapan dan dimakan dengan sos dan kicap masin. Telur seperti ini dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang mampu menambahkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

7. SPERMA IKAN COD - NEGARA ASIA TIMUR


10 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

Di wilayah Asia Timur, segumpalan sperma ikan Cod boleh diproses sedemikian rupa menjadi menu santapan di hotel-hotel berbintang dan di restoren restoren mewah di bandar-bandar dengan harga yang sangat mahal.


8. SOS DARIPADA SPERMA IKAN EMAS - HUNGARY


10 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

Di negara Hungary, sperma ikan emas akan diproses dan dicampur dengan susu untuk dijadikan sos dan disajikan bersama sup ayam.

9. STEAK DAGING BUAYA - SINGAPURA


10 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

Di negara Singapura, daging buaya kebanyakannya anak buaya akan diproses menjadi steak buaya. Daging-daging buaya terutama bahagian paha tangan dan kaki akan disajikan bersama kentang goreng sama seperti steak daging lembu yang kita biasa lihat. Hanya restoran-restoran tertentu di Singapura yang menyajikan menu istimewa ini.

10. BOLA MATA IKAN TUNA - JEPUN


10 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

Di Jepun, bebola mata ikan Tuna yang masih mentah atau yang sudah dimasak akan disantap sebagai snek di waktu lapang. Bebola mata ikan Tuna dipercayai boleh menambah stamina ketika sedang melakukan aktiviti lasak lebih kurang seperti minuman isotonik.


ULASAN - Menggelikan! Tetapi bagi mereka itulah sajian paling sedap dan paling nikmat untuk disantap bersama ahli keluarga. Tidak pasti pula sejauh mana khasiat makanan itu walaupun di khabarkan boleh membantu mengubati pelbagai penyakit dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan badan.

TAGS :

Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia, Makanan Paling Menyeramkan Di Dunia, Makanan Paling Meloyakan Di Dunia, Bola Mata Ikan Tuna, Steak Daging Buaya, Sperma Ikan Emas, Sperma Ikan COD, Telur Rebus Janin Itik, Soya Busuk, Ulat Rebus, Daging Tikus Goreng, Otak Monyet Hidup, Burger Cindil, Burger Daripada Anak Tikus

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget