Menyambut kelahiran bayi sepatutnya menjadi satu detik gembira buat anda dan suami, namun selepas bersalin boleh membuatkan emosi anda menjadi tidak menentu. Anda akan berasa gembira dan gelisah pada masa yang sama. Semuanya menjadi serba tidak kena pada diri anda.
Kemurungan atau meroyan selepas bersalin boleh menyebabkan perasaan sedih dan gelisah yan melampau secara tidak langsung ia akan memberi kesan terhadap penjagaan bayi anda.
JOM KENALI MEROYAN ATAU KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN
Tekanan emosi selepas bersalin atau dengan nama lain yang diberikan oleh masyarakat melayu ialah 'Penyakit Angin Meroyan'. Ia dikaitkan dengan penyakit tekanan emosi untuk para ibu-ibu yang mengalaminya sewaktu atau selepas dalam pantang.Dalam istilah perubatan pula ia dikenali sebagai 'postnatal depression' iaitu kelakuan aneh sebagai kesan emosi yang dihadapi oleh wanita selepas melahirkan anak. Kemurungan ini selalunya terjadi sekitar 4-6 minggu selepas seseorang itu melahirkan anak atau selepas beberapa bulan.
Meroyan adalah satu penyakit psikologi dan perlu dirawat dengan segera kerana ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda awal.
Penyakit ini juga boleh berlaku jika seseorang itu mengalami keguguran atau bayi yang dilahirkan mati.
GOLONGAN YANG MUDAH MENGALAMI 'MEROYAN'
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Malaya, mendapati bahawa wanita yang mudah mengalami penyakit kemurungan ini ialah
- Ibu muda ( umur kurang 30 tahun )
- Ibu yang kurang pengalaman ( anak pertama atau kedua )
- Ibu yang tidak bekerja
- Ibu yang mengandung tidak teratur/terancang
KESIMPULAN - Bagi para ibu muda terutama yang mengandung anak pertama, janganlah berpisah dengan keluarga anda. Bermanjalah dengan keluarga anda dan dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar untuk mengelakkan perkara ini terjadi kepada diri anda.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.