Perbezaan Utama Resume & CV

Resume

APAKAH ITU RESUME & CV?

Pernahkah anda terfikir, apakah jenis dokumen yang perlu digunakan untuk permohonan kerja? Antara curriculum vitae (CV) dan resume, yang manakah lebih sesuai digunakan untuk pasaran kerja di Malaysia? Memang benar kedua-dua dokumen ini merupakan dokumen yang mengandungi senarai maklumat paling relevan mengenai seseorang yang digunakan dalam pencarian kerja. Namun begitu, istilah CV dan resume ini secara umumnya diguna pakai secara bertukar ganti, dan tidak ramai yang mengetahui bahawa kedua-dua dokumen ini banyak perbezaannya.

Umumnya, terdapat beberapa perbezaan asas mengenai kedua-dua dokumen ini. CV merupakan dokumen dengan maklumat lengkap dan berstruktur tentang pengalaman profesional dan kelayakan seseorang, manakala resume ialah dokumen yang sama tetapi dalam format yang sangat ringkas. Inilah sebab mengapa CV biasanya mengandungi dua hingga empat muka surat manakala resume biasanya tidak melebihi satu muka surat.

CV merupakan dokumen yang paling diterima pakai untuk permohonan kerja di kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Anda akan menemui beberapa perbezaan dari segi susunan dan penyampaian CV dari satu negara ke negara yang lain. Walau bagaimanapun, isi kandungannya tetap sama pada dasarnya. Resume pula merupakan dokumen yang paling diterima pakai untuk permohonan kerja di Amerika Syarikat dan Kanada.

CV vs RESUME

CV

CV

Ciri-ciri utama CV disenaraikan secara ringkas di bawah:
  1. CV yang ideal hanya mengandungi dua muka surat, walaupun ia boleh menjangkau sehingga empat muka surat.
  2. CV menyenaraikan semua pengalaman profesional serta pencapaian terkini individu terbabit sebelum CV dihantar kepada majikan yang berpotensi dan ditulis dalam susunan kronologi terbalik (iaitu pencapaian terkini ditulis terlebih dahulu).
  3. CV merangkumi segala yang telah dilakukan oleh individu terbabit sama ada dibayar atau tidak dibayar; oleh itu, CV boleh mengandungi segala pembabitan dalam aktiviti berbentuk sukarelawan.
  4. CV adalah sangat sistematik dan biasanya disediakan dalam susunan tertentu bergantung sama ada individu terbabit merupakan graduan yang baru tamat belajar atau telah mempunyai pengalaman kerja.
  5. CV biasanya disertakan dengan cover letter (surat pengiring). Cover letter ini bertujuan meringkaskan kandungan dalam CV dan kesesuaian individu terbabit dengan kerja yang dipohon.

RESUME

Ciri-ciri utama resume disenaraikan secara ringkas di bawah:
  1. Resume sepatutnya tidak melebihi satu muka surat, tetapi ia boleh menjangkau sehingga dua muka surat dalam keadaan tertentu.
  2. Resume ialah dokumen ringkas yang menonjolkan kemahiran dan pencapaian utama individu terbabit.
  3. Resume hanya mengandungi maklumat yang berkaitan dengan kerja yang dipohon dan kesemua maklumat tersebut terkandung dalam satu muka surat sahaja.
  4. Resume menyerlahkan kemahiran dan pencapaian individu terbabit sebagai maklumat utama yang perlu ada selain maklumat-maklumat lain yang relevan.
  5. Resume biasanya tidak disertakan dengan cover letter kerana sebab utama anda menyerahkan resume adalah untuk mempercepatkan proses permohonan anda; cover letter akan melambatkan proses tersebut.

PERBEZAAN ANTARA RESUME & CV

CV – panjang (2 muka surat), mengandungi semua maklumat pengalaman profesional yang terkini & format susunan kronologi terbalik.

RESUME
– pendek (1 muka surat), hanya mengandungi maklumat yang disesuaikan dengan kerja yang dipohon & tiada format tertentu.


KESIMPULAN - Akhir sekali, seperti yang dinyatakan di atas, CV dengan panjang 2 muka surat amat sesuai digunakan untuk permohonan kerja di Malaysia manakala resume lebih sesuai digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada. Diharapkan penulisan artikel ini dapat meningkatkan pemahaman anda tentang perbezaan antara CV dan resume serta penggunaannya dalam permohonan kerja anda.

TAGS :

Ciri-ciri Resume, Ciri-Ciri CV, Ciri-ciri Curriculum Vitae, Apa Itu Resume, Apa Itu Curriculum Vitae, Perbezaan Antara Resume Dan Curriculum Vitae, Kelebihan Resume, Cara Membuat Resume, Kelebihan Curriculum Vitae, Cara Membuat Curriculum Vitae, Dokumen Permohonan Kerja

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget