Kemurungan atau meroyan selepas bersalin boleh menyebabkan perasaan sedih dan gelisah yang melampau secara tidak langsung ia akan memberi kesan terhadap penjagaan bayi anda.
PETUA UNTUK TANGANI MEROYAN ATAU KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN
Pastikan anda mengikut petua dan tips dibawah untuk mengatasi masalah kemurungan yang anda hadapi.1. BANYAKKAN BEREHAT
Semasa dalam tempoh pantang, rehat merupakan satu tempoh pemulihan yang sangat penting untuk seseorang wanita/isteri. Cuba cari waktu rehat semasa bayi anda sedang tidur.
Sekiranya anda berpantang sendirian, abaikan dahulu semua kerja-kerja rumah sehingga anda betul-betul sihat dan bertenaga untuk melakukannya.
2. MAKAN MAKANAN YANG SIHAT DAN BERKHASIAT
Pentingnya makanan yang sihat supaya badan anda cepat sihat dan tenaga cepat pulih selepas melahirkan anak. Juga untuk memastikan luka bersalin anda cepat sembuh.
Setelah 9 bulan mengandung dan menghadapi pelbagai perubahan hormon tempoh berpantang amat diperlukan untuk memastikan keseimbangan hormon dan emosi yang tenang.
3.BERURUT DAN BERTUNGKU
Kedua-dua amalan tradisional ini sangat bermanfaat untuk kesihatan badan. Berurut dan bertungku membantu melancarkan kembali aliran darah dan menghilangkan sakit-sakit sendi badan anda. Ia juga membantu melancarkan pengeluaran darah nifas. Ini sangat penting untuk menjamin tubuh sihat dan tidak terganggu dengan darah kotor yang tidak habis keluar.
Bertungku juga membantu mengecutkan kembali rahim seperti sediakala. Ini boleh dilakukan oleh bidan-bidan yang berpengalaman dan mereka yang arif dalam bidang perbidanan.
4. AKTIFKAN DIRI DENGAN KUMPULAN SOKONGAN
Para ibu boleh mengaktifkan diri dalam pelbagai laman sosial dengan menyertai kumpulan sokongan ibu-ibu berpantang dan menyusu. Di sini, anda boleh berkongsi pengalaman, bertanya tentang perihal masalah yang dihadapi semasa berpantang dan juga tips penjagaan bayi.
5. BERSIKAP POSITIF SELALU
Walaupun beribu dugaan menimpa, sentiasa ingat Tuhan selalu ada untuk kita. Pasti ada sesuatu yang baik sedang menunggu kita jika sesuatu yang negatif berlaku
KESIMPULAN - Nikmatilah waktu berpantang dengan penuh gembira. Disaat ini, sokongan orang terdekat sangat diperlukan.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.