6 Petua Awet Muda Untuk Lelaki & Perempuan

PETUA MUDAH UNTUK KEKAL AWET MUDA

Petua awet muda bukanlah sesuatu yang rahsia lagi. Kita sudah sedia maklum tentang perkara ini cuma tidak diamalkan sahaja. Siapa yang tidak terganggu apabila memikirkan usia mereka yang semakin meningkat. Selain bentuk fizikal, kudrat juga semakin terhad. Cuba fikir sejenak, mahukah kita menjadi seorang tua yang lemah dan tidak berdaya, pelupa, rabun, tidak sihat dan lebih selesa bersendirian tatkala anak cucu datang menziarah ataupun menjadi warga tua yang cergas, aktif, sihat dan gembira menempuh hari-hari tua.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa banyak yang boleh dilakukan oleh seseorang individu untuk kekal aktif dan sihat dalam meniti usia tua. Risiko dan beban penyakit kronik meningkat dengan pertambahan usia anda. Begitupun, ia masih boleh dicegah sekiranya kita mengamalkan gaya hidup sihat, saringan kesihatan tahunan pada peringkat awal bagi mengesan penyakit dan melengahkan perebakan sesuatu penyakit.

6 PETUA MUDAH UNTUK KEKAL AWET MUDA

Mari kita lihat apa petua awet muda yang mudah dan baik yang boleh kita amalkan.

Petua Awet Muda Untuk Lelaki & Perempuan

1. PILIH MAKANAN - Makan makanan yang rendah lemak, diet tinggi serat dan pastikan pemakanan seimbang seperti buah, sayur, bijirin dan kekacang.

2. SENAMAN RINGAN - Lakukan senaman ringan setiap hari bergantung pada tahap kesihatan, untuk kekal cergas dengan memastikan fizikal dan mental sihat dan mandiri. Individu yang tidak aktif lebih mudah mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang aktif.

3. JUMPA DOKTOR - Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang senaman, diet atau makanan tambahan.

4.  KEKALKAN HARGA DIRI - Bawa diri anda dengan penuh keyakinan dengan gaya berpakaian menarik, gaya rambut, menjaga pemnampilan wajah dengan melakukan penjagaan dan rawatan muka.

5. BERHATI-HATI KETIKA BERSENAM - Elakkan terjatuh kerana ia boleh menyebabkan kecederaan, retak dan maut. Keretakan akibat terjatuh  biasanya akan menjejaskan bahagian punggung, pelvik, tulang belakang dan lengan.

6. GAYA HIDUP SIHAT - Minum banyak air, berhenti merokok dan elakkan pengambilan alkohol.



KESIMPULAN
Perlu diingat petua ini sesuai untuk semua orang tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan, tua mahupun muda. Walaupun ia bukan petua tradisional tetapi ia amat bagus untuk kita amalkan bersama.

Semoga sesiapa yang mengamalkan petua dan tips ini dapat mengekalkan wajah muda. Selamat mencuba.

TAGS :

Petua Awet Muda Untuk Lelaki, Tips Awet Muda Untuk Lelaki, Petua Awet Muda Untuk Perempuan, Tips Awet Muda Untuk Perempuan, Tips Kecantikan Untuk Lelaki, Tips Kecantikan Untuk Perempuan, Petua Tradisional Untuk Awet Muda, Air Masak Untuk Awet Muda, Makanan Untuk Awek Muda

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget