Tahukah anda bahawa kulit manusia menghasilkan minyak semulajadi untuk mengelakkan kulit menjadi kering. Namun, jika kuantiti minyak yang dihasilkan berlebihan, jerawat dan masalah kulit berminyak akan terjadi yang menyebabkan seseorang akan kurang yakin pada diri sendiri.
10 CARA MENGHILANGKAN KULIT BERMINYAK DENGAN BERKESAN
Ikuti petua di bawah ini untuk mendapatkan kulit muka yang bersih dan tanpa minyak.1. ELAK CUCI MUKA DENGAN BAHAN KASAR
Jika selama ini anda mencuci muka dnegan kain, tuala atau span yang kasar, hentikan sekarang juga. Ini kerana, kulit akan menghasilkan lebih banyak minyak kerana menggantikan minyak semulajadi yang hilang akibat menggunakan bahan-bahan tersebut.
2. CUCI MUKA DENGAN AIR SUHU BILIK
Jangan gunakan air panas untuk mencuci muka anda. Ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan menyebabkan liang-liang pori pada muka anda akan terbuka dengan lebih besar.
3. SENTIASA MEMBAWA 'ASTRINGENT PAD'
Jika anda tiada masa untuk mencuci muka anda pada waktu tertentu, gunakan 'astringent pad' kerana ia dapat membantu hilangkan minyak pada muka anda dengan pantas.
4. JANGAN GUNAKAN 'MOISTURIZER' YANG MENGANDUNGI PERTOLEUM
Petroleum dan 'shea butter' memang bagus untuk kulit kering tetapi bukan untuk kulit yang berminyak. Ini kerana, ia akan menambahkan lagi kuantiti pengeluaran minyak pada kulit muka anda. Periksa label betul-betul sebelum anda membelinya.
5. KURANGKAN MAKAN MAKANAN YANG MENGHASILKAN MINYAK
Makanan yang tinggi lemak, gula dan garam adalah penyumbang kepada muka berminyak, begitu juga dengan produk tenusu. Hadkan pengambilan makanan sebegini untuk mengelakkan muka anda terus berminyak.
6. MAKAN MAKANAN YANG TINGGI FIBER
Seperti buahan dan sayuran. Buahan citrus sangat bagus mengurangkan penghasilan minyaak yang berlebihan. Anda juga disyorkan supaya makan sayuran yang telah direbus atau dikukus terlebih dahulu.
7. GUNAKAN PEMBERSIH MUKA YANG LEMBUT
Pilih pembersih muka yang mengandungi benzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid atau beta-hydroxy acid. Kandungi ini sangat lembut dan sesuai dengan hampir semua jenis kulit terutama untuk kulit berminyak. Ia akan mengawal pengeluaran minyak berlebihan.
8. CUCI MUKA SELALU
Sebaiknya cuci muka anda betul-betul sebelum dan selepas bangun daripada tidur. Ia akan menstabilkan penghasilan minyak semulajadi pada kulit muka anda.
9. GUNAKAN TONER PADA BAHAGIAN YANG BERMINYAK SAHAJA
Pastikan penggunaan toner pada bahagian yang berminyak sahaja. Ingat tu.
10. PAKAI 'CLAY MASK'
Amalkan penggunaan clay mask paling kurang sebulan sekali. Ia mengeringkan kulit muka anda secara tidak langsung membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan pada kulit muka.
KESIMPULAN - Air masak sangat penting dalam diet seharian anda. Ia bukan sahaja membantu untuk membuat tubuh anda kekal sihat dan bertenaga tetapi ia juga adalah salah satu bahan yang dapat membantu pembuangan toksin dalam badan anda yang menyebabkan penghasilan minyak yang berlebihan dan pertumbuhan jerawat.
Selamat mencuba.
Post a Comment
Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :D
Salam perkenalan jugak ye.. :D Nanti sy follow smula ye.. Tq sbb sudi dtg n follow blog baru sy ni.. :)
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.