Keadaan mata yang sembap atau biasanya disebut sebagai 'Mata Panda' adalah lingkaran gelap yang mula kelihatan pada sekeliling mata seseorang. 'Mata Panda' mudah terjadi sekiranya seseorang itu tidak cukup tidur ataupun selalu bersengkang mata untuk menyiapkan kerja mereka.
Untuk sebahagian orang, mungkin masalah ini tidak memberi kesan kepada mereka. Tetapi, bagi yang selalu berdepan dengan masyarakat, mereka akan hilang keyakinan diri kerana malu dengan penampilan diri mereka yang seakan kurang tidur dan nampak selekeh.
Sesetengah orang sanggup melakukan pembedahan untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi, anda tidak perlu risau lagi, saya akan kongsikan beberapa tips dan petua semulajadi untuk anda menyelesaikan masalah yang memeningkan kepala ini.
9 CARA MUDAH MENGHILANGKAN MATA PANDA DENGAN CEPAT
Berikut adalah cara menghilangkan mata panda dengan menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati di dapur. Pastinya dapat menghilangkan lengkungan mata anda dengan segera.1. AIR SEJUK DENGAN SUDU BESI
Sediakan empat sudu besi dan semangkuk air sejuk. Rendam sudu dalam air sejuk dan gunakan dua sudu untuk tekup kedua mata anda. Tukar sudu seterusnya dan lakukan sehingga lebam bawah mata pudar.
2. GUNAKAN AIR BATU @ AIS
Cara ini sama seperti sudu dengan air sejuk. Anda cuma perlu letakkan sedikit ais ke dalam tuala kecil dan tekupkan anda seperti bertungku.
3. MINYAK VITAMIN E
Tuang sedikit air sejuk ke dalam mangkuk dan titiskan sedikit minyak vitamin E. Rendamkakn putik kapas ke dalam campuran tadi dan letakkan pada mata anda.
4. SUSU
Ambil susu sejuk dan celup bebola kapas ke dalamnya. Sapu pada mata anda dengan perlahan selama 20 minit.
5. UBI KENTANG
Hiris ubi kentang dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga 10 minit. Potong kepada dua bahagian dan tekapkan pada mata anda selama 15-20 minit.
6. AIR MASAK
Banyakkan minum air masak kerana kekurangan air dalam badan akan menyebabkan mata cepat kering dan terjadinya mata panda.
7. TELUR PUTIH
Asingkan telur putih dari telur kuning kemudian pukul putih telur dengan perlahan-lahan. Ambil berus dan sapukan putih telur tadi di bawah mata selama 30 minit dan bilas muka anda dengan air bersih selepas itu.
8. UNCANG TEH
Rendam uncang teh ke dalam air sejuk dan kemudian masukkan dalam peti sejuk seketika. Selepas itu letakkan uncang pada mata selama 30 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
9. TIMUN
Hiris timun yang sudah disejukkan dalam peti ais dan letakkan pada mata. Timun adalah bahan yang paling bagus untuk menghilangkan lingkaran gelap mata anda.
KESIMPULAN - Tips dan petua yang telah saya kongsikan di atas telah dicuba oleh ramai orang. InsyaAllah ia akan berkesan kurang dari 30 minit. Jadi tidak ada masalah lagi jika anda mengalami situasi seperti di atas kerana anda sudah tahu cara yang betul untuk menghilangkan mata panda anda bukan?
Yang paling penting, pastikan anda dapatkan tidur dan rehat yang secukupnya ye.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.