Setiap orang sudah pasti pernah dan akan melalui fasa 'diserang jerawat'. Walaupun fasa ini telah berakhir, namun ramai yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghilangkan parut dan bekas lubang jerawat tersebut terutama jika mereka terkena jangkitan "Jerawat Batu".
Pada tips kali ini, saya akan cuba kongsikan sedikit petua untuk hilangkan masalah parut dan bekas jerawat dengan cepat dan berkesan. Anda boleh lakukan sendiri di rumah kerana kesemua bahannnya adalah dari sumber semulajadi.
7 CARA HILANGKAN PARUT DAN BEKAS JERAWAT DENGAN CEPAT & BERKESAN
Di bawah ini adalah petua untuk menghilangkan kesan parut dan bekas jerawat pada bahagian wajah, belakang dan di mana-mana sahaja.1. MADU ASLI
Madu asli adalah satu pelembap semulajadi pelbagai guna dan penawar kepada macam-macam masalah. Seeloknya, dapatkan madu asli yang organik dan sapukan pada bekas jerawat. biarkan ia kering dan meresap ke dalam kulit. Untuk menambah keberkesanan, tambahkan 1 sudu teh serbuk kayu manis bagi setiap 2 sudu besar madu tersebut.
2. TIMUN
Selalunya orang gunakan timun untuk menghilangkan keletihan atau 'eyebag' pada mata mereka bukan?
Tapi, sebenarnya timun turut kaya dengan khasiat Vitamin A, C dan Magnesium. kombinasi ini sangat sesuai untuk melembapkan kulit serta menghilangkan kesan parut jerawat yang hitam, berlubang dan timbul pada kulit anda.
3. MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah bahan mesra kulit yang memliki pelbagai khasiat Vitamin A,C,D,E,B1,B2, zat besi dan antioksidan. Ia juga bersifat anti radang yang berkesan merawat jerawat dan memperbaharui kulit akibat bekas jerawat.
Sapukan minyak zaitun dan urutkan pada bahagian berjerawat dengan perlahan. Kemudiam, ambil tuala bersih dan rendamkan pada air suam. perah dan tutupkan wajah supaya stimnya meresap kedalam kulit. Biarkan selama 1-2 minit sebelum membilasnya.
4. SODA BIKARBONAT
'Baking Soda' atau soda penaik ini terkenal dengan 1001 kegunaan di dalamnya termasuklah untuk menghilangkan parut jerawat. Ia mengandungi kristal sodium berkarbonat yang boleh memudarkan parut dan memperbaharui kulit serta menjadikannya nampak lebih remaja.
Campurkan 2-3 sudu teh soda penaik ke dalam air suam. Sapukan pes ini pada bahagian berjerawat selama beberapa minit sebelum dibilas.
5. ALOE VERA
Aloe vera adalah sumber vitamin yang amat bagus untuk melembapkan kulit serta memperbaiki strukturnya. Selain itu, ia juga tidak mempunyai bahan alergenik yang mampu memberi kesan buruk kepada kulit seseorang. Jadi, anda tidak perlu risau kerana ia tiada sebarang kesan sampingan.
Gunakan gel dan sapu pada bekas jerawat dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas.
6. CUKA EPAL
Campurkan 1 bahagian cuka epal dengan 1 bahagian air suam. Gunakan kapas dan rendamkan pada campuran tersebut. Kemudian, tekankan secara perlahan pada bahagian yang berjerawat. Biarkan selama 5-10 mini. Bilaskan dan anda akan merasai perbezaanya.
7. TOMATO
Kisar atau lenyekkan tomato merah untuk dijadikan pes. Sapukan pes ini pada wajah selama 15-20 minit. Bilaskan sehingga bersih. Selain tomato, anda juga boleh menggunakan avokado untuk mendapatkan kesan yang hampir sama.
KESIMPULAN - Petua orang tua, hentikan tabiat memegangnya, memicit jerawat atau mengopek kesan luka jerawat. Tindakan ini boleh menyebabkan keradangan dan hilangnya kolagen pada bahagian kulit tersebut. Maka, lebih banyak bakteria akan membiak dan menjadikan keadaan lebih teruk.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.