Kata orang tua-tua luka di luar orang nampak tapi luka di hati siapa tahu. Tahukah anda terdapat banyak mitos-mitos yang berterbangan mengenai cara rawatan luka. Saya yakin anda pasti pernah mengikut telunjuk ajar mitos tersebut bukan?
Tapi tahukah anda yang selama ini cara anda merawat luka berkemungkinan besar adalah salah dan ia juga boleh menyebabkan luka anda lambat sembuh dan mudah dijangkiti kuman kerana terikut-ikut panduan daripada mitos yang anda dengar secara turun temurun.
FAKTA VS MITOS MENGENAI PENJAGAAN LUKA YANG BETUL
Di bawah ini adalah mitos yang selalu kita dengar mengenai cara merawat luka.1. LEBIH DALAM LUKA, LEBIH SAKIT
Mitos. Lebih banyak penderia kesakitan terletak pada lapisan paling kulit paling luar (epidermis). Oleh itu luka dangkal seperti luka tersagat, adalah lebih sakit daripada luka tikaman atau luka terbelah.
2. LUKA PERLU DICUCI DENGAN ALKOHOL UNTUK MEMBASMI KUMAN
Mitos. Alkohol digunakan untuk membasmi kuman pada kulit yang tiada luka. Pencucian luka dengan alkohol amat memedihkan dan boleh menyebabkan sel di dalam luka akan mati. Ada cucian antiseptik yang lebih mesra luka. Jika luka tiada tanda-tanda jangkitan kuman, hanya perlu cuci luka dengan air saline.
3. MANDI LAUT AKAN CEPATKAN LUKA SEMBUH
Di hospital, luka yang tiada jangkitan dicuci dengan air garam(NaCl 0.9%). Namun begitu,ia tidak bermakna air laut baik untuk pemulihan luka. Air laut kadangkala dicemari dengan kuman, maka ada risiko untuk luka dijangkiti kuman. Selain itu kepekatan larutan garam dalam air laut yang sangat tinggi akan menyebabkan kesakitan pada luka.
4. LUKA KALAU DIBIARKAN TERBUKA LEBIH CEPAT KERING ( SEMBUH ).
Mitos. Luka perlu dikekalkan lembap untuk proses pemulihan yang lebih pantas dan elok. Ini kerana sel-sel yang bertanggungjawab untuk proses pemulihan luka memerlukan medium lembab untuk bekerja dengan optimum. Luka perlu ditutup dengan dressing yang sesuai.
5. PEMBENTUKAN KERUPING ADALAH TANDA LUKA SEDANG PULIH
Mitos. Pembentukan keruping tandanya luka dibiarkan terlalu kering. Keruping melambatkan proses pertumbuhan sel baru dan menghalang luka sembuh dengan sekata. Untuk mengelakkan keruping, luka perlu dikekalkan lembap dengan menutupnya dengan dressing yang sesuai.
6. PLASTER ADALAH TEMPAT PEMBIAKAN KUMAN
Mitos. Plaster akan menghalang kuman di persekitaran daripada masuk ke dalam luka. Kebanyakan plaster telah dinyahkuman sebelum dibungkus. Setelah pek dibuka, jangan sentuh permukaan plaster yang akan ditampal pada luka. Tidak mengapa jika ada kuman dipermukaan luar plaster. Asalkan saiz plaster lebih besar daripada luka dan ditukar setelah 2-3 hari.
7. MAKAN TELUR SEBABKAN LUKA BERNANAH
Mitos. Tiada masalah jika anda makan telur. Lagipun untuk proses pemulihan luka memerlukan protein. Apa yang tidak boleh adalah menyapu telur mentah pada luka.
8. MAKAN KICAP SEBABKAN LUKA JADI HITAM
Mitos. Parut menjadi hitam kerana keradangan pada luka merangsang sel melanocyte menghasilkan melanin (pigmen pada kulit dan rambut). Jangkitan pada luka juga boleh sebabkan parut gelap. Bukan kerana kicap.
9. LUKA DI HATI SIAPA TAHU
Mitos. Insan yang prihatin dan peka pasti boleh membaca isi hati anda. Insan spesis ini agak rare, tapi masih wujud. Kalau jumpa, simpan ketat-ketat.
KESIMPULAN - Simpanlah orang yang betul-betul memahami luka dan kegembiraan hati anda. Mereka adalah satu dalam seribu kerana sesuatu yang paling berharga tidak akan mudah akan dijumpai bukan?
TAGS :
Post a Comment
oooh baru tahu rupanya tu mitos je. nasib baik selama ni kalau luka pun tak pernah guna plaster
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.