Suara yang merdu dan sedap didengar selalunya dimiliki oleh para qari(qariah), penyanyi, dj radio serta mereka yang menggunakan suara sebagai sumber pendapatan. Kita yang mendengar bacaan, nyanyian ataupun celoteh mereka pasti terpesona atau terhibur. Walaupun kekadang kita sendiri pun tak mengenali wajah mereka, kan?
Tapi agak-agak andalah, bagaimana mereka ni dapat memiliki suara yang begitu merdu?
Adakah memang suara mereka tu sedap secara semulajadi ataupun mereka pandai menjaga suara?
Kalau dah sedap secara semulajadi, itu merupakan kelebihan yang telah dikurniakan kepada merekalah. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang tiada kelebihan tersebut?
PETUA MELUNAKKAN DAN MEMERDUKAN SUARA
Kali ini saya akan kongsikan sedikit petua tradisional yang boleh kita amalkan bersama-sama untuk mendapatkan suara yang lunak dan merdu.1. AIR LIMAU NIPIS
Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah ia sebagai minuman biasa.
2. MINUM AIR SELEPAS BANGUN TIDUR
Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh muka atau gosok gigi dahulu.
3. MADU
Amalkan meminum madu asli setiap pagi dan malam. Caranya, letakkan satu sudu madu asli ke dalam air sejuk dan minum. InsyaAllah, ia sangat berkesan.
4. JAGA PEMAKANAN DAN MINUMAN
Jangan mengambil makanan yang banyak minyak dan santan. Lagi satu, jangan minum air berais (air sejuk) banyak sangat, banyakkan minum air mineral yang suam sahaja. Kurangkan minuman yang berkafien juga seperti teh dan kopi.
5. MENJERNIHKAN KERONGKONG
Selepas bangun tidur, masukkan kedua-dua jari telunjuk ke dalam kerongkong dan anak tekak sampai keluar air yang berlendir. Lakukan ini sebelum memberus gigi sebab kalau dah berus gigi, lendir tu susah nak keluar.
6. TITISKAN AIR DALAM HIDUNG
Titiskan air dalam lubang hidung. Nanti lendir dalam hidung dengan dekat kerongkok tu keluar.
KESIMPULAN - Petua ini sering diamalkan oleh penyanyi tradisional lama serta qari dan qariah. Selamat mencuba.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.