8 Petua Hilangkan Bau Busuk Ketiak Dengan Berkesan

PETUA HILANGKAN BAU KETIAK DENGAN CEPAT & BERKESAN

Tanyalah sesiapapun, tiada orang yang tidak malu apabila mengetahui mereka mempunyai masalah ketiak berbau. Apatah lagi apabila mereka terpaksa bergaul dan bekerja sepanjang hari yang menyebabkan bau peluh dan ketiak mereka semakin teruk baunya.

Bau ketiak yang busuk pasti memalukan sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi apabila kita lihat ornag lain tutup hidung apabila lalu atau berdiri di sebelah kita bukan?

Tapi, anda tidak perlu risau lagi. Tips kali ini yang akan kami kongsikan berkaitan dengan masalah bau ketiak.

8 PETUA HILANGKAN BAU KETIAK DENGAN CEPAT & BERKESAN

Jika menggunakan deodoran masih tidak mampu lagi menghilangkan bau ketiak anda, anda bolehlah cuba petua dan tips di bawah ini.

Petua Hilangkan Bau Busuk Ketiak Dengan Berkesan

1. GUNAKAN SODA BIKARBONAT
Campurkan satu sudu jus lemon ke dalam satu sudu soda bikarbonat. Sapukan pes tersebut pada ketiak dan biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Anda juga boleh gunakan tepung jagung sebagai ganti untuk jus lemon.

2. LEMON
Lemon bukan sahaja dapat menghilangkan bau busuk tetapi juga dapat mencerahkan ketiak anda yang kehitaman. Caranya, cuma hiris lemon dan sapukan pada ketiak anda. Anda juga boleh gunakan perahan jus lemon atau gunakan tuala basah yang dicelup dalam jus lemon dan sapukan pada ketiak anda selepas mandi.

3. BATU KRISTAL
Batu kristal adalah alternatif terbaik untuk sesiapa yang tidak sukakan bahan kimia atau bauan daripada deodoran. Benda ini ada dijual dalam bentuk ketulan seperti sabun dan ada juga dalam bentuk deodoran.

4. SERBUK SANDALWOOD
Herba ini mudah didapati di kedai rempah, pasaraya atau ada yang dipek secara komersial di kedai-kedai kecantikan. Jadikan serbuk ini sebagai pes dengan mencampurkan sedikit air. Sapukan pes tersebut pada ketiak sehingga kering sebelum dibilas dengan air bersih.

5. SENGKUANG
Kisarkan sengkuang sehingga keluar jusnya dan sapulah pada ketiak. Ia mampu menghilangkan bau ketiak sehingga 10 jam lamanya.

6. CUKA EPAL
Tuangkan sedikit cuka epal dalam mangkuk. Celup bebola kapas dalam cuka dan sapukan pada ketiak. Anda juga boleh bilaskan ketiak dengan jus epal selepas mandi. Walaupun ia berbau masam pada awalnya, tetapi ia sangat berkesan.

7. AIR MAWAR
Air mawar boleh dibeli siap dari kedai kecantikan atau anda juga boleh memprosesnya sendiri di rumah. Sapukan 'rose water' pada ketiak dan biarkan ia kering.

8. BEDAK BAYI
Bedak talkum biasa atau bedak bayi amat sesuai untuk mengatasi masalah badan berbau.


KESIMPULAN - Anda haruslah mengamalkan petua dan tips di atas dengan kerap untuk mengatasi masalah bau badan atau bau busuk ketiak. Jangan bersikap malas kerana petua di atas kadang-kadang lebih mujarab daripada menggunakan produk deodoran.

TAGS :

Petua Hilangkan Bau Busuk Ketiak, Tips Hilangkan Bau Busuk Ketiak, Cara Hilangkan Bau Busuk Ketiak, Petua Tradisional Hilangkan Bau Busuk Ketiak, Hilangkan Bau Busuk Ketiak Secara Semulajadi, Masalah Ketiak Berbau Busuk, Hilangkan Bau Busuk Ketiak Dengan Cepat, Hilangkan Bau Busuk Ketiak Dengan Berkesan,

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget