Tanyalah sesiapapun, jerawat adalah salah satu masalah besar dalam kehidupan seseorang terutama jika seseorang itu adalah 'Public Figure'. Jerawat akan menimbulkan rasa kurang keyakinan diri dan malu apabila berdepan dengan orang ramai.
Nasib baik ada banyak produk menghilangkan jerawat di pasaran, namun kesemuanya mengandungi bahan kimia yang mungkin berbahaya kepada kulit seseorang. Sedangkan banyak lagi bahan berasaskan sumber alam semula jadi yang mampu merawat dan menghilangkan jerawat sebagaimana yang dilakukan oleh bahan kimia.
10 PETUA HILANGKAN JERAWAT DENGAN BAHAN SEMULAJADI
Berikut adalah petua dan tips hilangkan jerawat yang mudah dan berkesan. Bahan-bahan semulajadi di bawah ini boleh menggantikan ubat jerawat atau produk yang mengandungi bahan kimia.1. JUS BUAH LEMON
Perah jus lemon dan dengan menggunakan bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 2-3 kali sehari untuk mendapatkan kesan yang cepat.
2. JUS DAUN PUDINA
Kisar daun pudina bersama sedikit air. Tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.
3. WAP PANAS
Letak air panas dalam besen dan lalukan bahagian yang berjerawat pada wap panas. Ia bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah serinya.
4. PES SERBUK KUNYIT
Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat selama beberapa minit. Lakukan sehingga jerawat mengecut dan hilang.
5. JUS TIMUN
Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya. Anda juga boleh letakkan timun ke atas kulit muka anda untuk menjadikannya lebih licin dan sihat.
6. MADU
Ambil sedikit madu menggunakan bebola kapas dan tekapkan pada jerawat.
7. KIUB AIS
Letakkan kius ais pada jerawat. Ia mampu mengecutkan jerawat anda dengan cepat.
8. BAWANG PUTIH
Potong bawah putih kepada 2 dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang boleh merawat dan mengecutkan jerawat dengan cepat.
9. KULIT BUAH OREN
Blend kulit oren bersama air. Ambil pesnya dan sapukan pada jerawat.
10. PES SERBUK KAYU MANIS
Letakkan sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapukan pada jerawat. Sebaiknya gunakan pes ini sebelum anda masuk tidur.
KESIMPULAN - Mudah bukan? Petua hilangkan jerawat ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur kerana ianya menggunakan bahan semulajadi. Yang paling penting, anda kena selalu menjadi kesihatan muka anda. Basuh muka anda dengan bersih sebelum tidur ye.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.