12 Petua Hilangkan Parut Secara Semulajadi

PETUA HILANGKAN PARUT DENGAN CEPAT & BERKESAN

Parut luka memang sukar untuk dihilangkan tambah-tambah lagi apabila usia seseorang itu meningkat. Meskipun bekas parut tidak menyakitkan tapi ia akan menjejaskan penampilan seseorang terutama jika parut itu terletak di bahagian muka.

Zaman sekarang, terlalu banyak produk menghilangkan parut dijual di pasaran tetapi kebanyakkannya menggunakan bahan kimia yang mungkin akan ada kesan sampingan pada kulit seseorang.

Jika anda risau, anda bolehlah cuba petua dan tips yang akan kami kongsikan di bawah ini dengan hanya menggunakan bahan semulajadi.

12 PETUA HILANGKAN PARUT DENGAN CEPAT & BERKESAN

Selain parut luka, petua dibawah ini juga mampu menghilangkan parut yang disebabkan oleh jerawat.

Petua Hilangkan Parut Dengan Bahan Semulajadi

1. MINYAK ROSEHIP SEED
Titiskan sedikit minyak pada jari dan urut perlahan-lahan pada parut and. Lakukan 2 kali sehari. Minyak ini biasanya digunakan dalam industri komestik terutamanya dalam krim penghilang parut.

2. KIUB AIS
Ambil kius ais dan urutkan pada parut anda. Lakukan sekerap mungkin.

3. DAUN ALOE VERA
Potong daunnya dan picit sehingga keluar cecair dan sapukan pada parut anda.

4. SERBUK SANDALWOOD
Campukan sedikit air mawar atau susu pada serbuk sandalwood dan sapukan pes tersebut pada parut anda. Biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air sejuk.

5. MINYAK KELAPA
Sebaik sahaja luka kecil sembuh, sapukan terus minyak kelapa ke atasnya supaya parut akan cepat hilang.

6. TIMUN

Hiris timun dan sapukan jusnya pada bahagian yang berparut.

7. SODA BIKARBONAT
Ambil 5 sudu soda bikarbonat dan campurkan sedikit air untuk dijadikan pes. Sapukan pada parut dan lakukan sehingga 3-4 kali seminggu.

8. LEMON
Potong buah lemon kepada 2 bahagian. Sapu pada parut sambil picit perlahan-lahan sehingga keluar airnya. Lemon adalah 'peluntur semulajadi' dan ianya sangat efektif untuk menghilangkan sebarang kesan parut.

9. MADU
Letakkan sedikit madu pada parut dan urut perlahan-lahan. Biarkan ia kering dahulu sebelum dibilas.

10. KENTANG
Seperti timun juga, hiris kentang mentah dan sapukan pada parut anda.

11. MINYAK ZAITUN

Titiskan sedikit minyak zaitun pada jari dan sapu pada bahagian yang berparut. Lakukan setiap hari untuk mendapatkan kesan yang cepat.

12. TOMATO
Hiris tomato dan letakkan pada bahagian yang berparut.



KESIMPULAN - Walaupun bahan semulajadi mengambil masa yang agak lama berbanding produk yang menggunakan bahan kimia, tetapi ia sangat dijamin kualiti dan keselamatannya. Ia juga akan mengelakkan kulit anda daripada rosak yang disebabkan oleh penggunaan bahan kimia.

Lagipun bahan diatas sangat mudah untuk dicari dan murah serta yang paling penting ialah selamat untuk digunakan.

TAGS :

Petua Hilangkan Parut, Tips Hilangkan Parut, Cara Hilangkan Parut, Parut Di Muka, Parut Jerawat, Hilangkan Parut Secara Semulajadi, Buahan Hilangkan Parut, Muka Berparut, Hilangkan Parut Dengan Cepat, Hilangkan Parut Dengan Berkesan, Badan Berparut,

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget