5 Cara Atasi Masalah Tidur Berdengkur

PETUA ATASI BERDENGKUR SEMASA TIDUR

Bagi individu yang sering berdengkur semasa tidur ia diibaratkan seperti menyanyi dengan nada sumbang yang menganggu tidur orang lain, itulah antara perumpamaan digunakan oleh mereka yang terganggu dek dengkuran tersebut.

Persoalannya, adakah anda sering mengalami dengkuran ketika tidur pada waktu malam? keadaan tersebut menyebabkan waktu tidur terganggu akibat selalu terjaga secara mengejut dan kadang-kadang mengalami sesak nafas.

Tapi anda tidak perlu risau lagi, kali ini saya akan kongsikan sedikit tips dan petua untuk membantu anda menyelesaikan masalah berdengkur semasa tidur.

5 PETUA ATASI MASALAH BERDENGKUR SEMASA TIDUR

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah tidur berdengkur, pastikan anda melakukan beberapa perkara di bawah sebelum anda tidur.

1. ELAKKAN MAKAN UBAT TIDUR ATAU SEDATIF
Permakanan jenis ubatan ini sebelum anda tidur akan meningkatkan peluang untuk anda berdengkur semasa tidur. Jadi, hindarkalah selagi anda mampu.

2. SUHU DAN KEADAAN BILIK YANG TIDAK TERLALU KERING
Keadaan bilik yang kering dan panas akan meningkatkan lagi rasa gatal pada selaput hidung dan tekak anda dan menyebabkan ianya membengkak. Apabila ia membengkak, pernafasan anda akan terganggu.

Jadi, pasanglah 'humidifier' di dalam bilik anda untuk memastikan keadaan bilik anda sentiasa sejuk dan nyaman serta sedikit lembap.

3. GUNAKAN 'NASAL STRIP'


5 Cara Atasi Masalah Tidur Berdengkur

Nasal Strip sangat bagus untuk membantu seseorang daripada berdengkur semasa tidur. Ianya boleh dibeli di pasaraya ataupun farmasi. Cuma tampalkannya di atas batang hidung anda. Senang bukan?

4. BERSIHKAN SALURAN HIDUNG
Jika anda mempunyai selsema atau hidung tersumbat, pastikan anda membersihkan perkara-perkara yang menyekat saluran hidung anda sebelum tidur.

5. UBAH POSISI TIDUR
Tidur terlentang mengalakkan lagi dengkuran untuk berlaku. Letak bantal atau apa sahaja di sisi untuk mengelakkan anda dari tidur terlentang. Biasakan diri anda tidur mengiring ke sebelah kanan, ia bukan sahaja boleh mengurangkan masalah berdengkur malah sangat baik untuk kesihatan tubuh badan anda.

Anda juga dinasihatkan untuk :
  • Mengurangkan berat badan sekiranya anda mempunyai masalah berat badan yang berlebihan ataupun obes
  • Elakkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok
  • Mengamalkan jadula tidur yang tetap setiap hari
  • Mendapatkan rawatan di klinik atau hospital jika anda selsema atau mempunyai masalah hidung tersumbat

KESIMPULAN - Jika anda mengalami masalah berdengkur yang serius, anda haruslah membuat pemeriksaan yang rapi untuk mengelakkan kesihatan anda bertambah buruk. Bukan itu sahaja, malah anda juga dapat memperbaiki hubungan dengan orang sekeliling terutama pasangan anda.

Selamat mencuba. Diharap tips di atas berguna untuk anda.

TAGS :

Petua Atasi Tidur Berdengkur, Cara Atasi Tidur Berdengkur, Tips Atasi Tidur Berdengkur, Atasi Masalah Tidur Berdengkur,Punca Tidur Berdengkur, Sebab Tidur Berdengkur, Faktor Tidur Berdengkur, Berdengkur Semasa Tidur, Perempuan Tidur Berdengkur, Lelaki Tidur Berdengkur, Tidur Berdengkur Bahaya Untuk Kesihatan, Tidur Berdengkur Semasa Hamil, Bahaya Tidur Berdengkur, Kesan Buruk Tidur Berdengkur, Tidur Malam Berdengkur, Tidur Siang Berdengkur

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget