Petua Tradisional Hilangkan Kegatalan Pada Faraj

CARA BERKESAN MENGHILANGKAN KEGATALAN PADA KEMALUAN WANITA

Saya tahu kebanyakan wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau faraj (vagina). Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air kecil dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani masalah berkenaan.

Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.

Masalah jangkitan pada faraj sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.

CARA BERKESAN MENGHILANGKAN KEGATALAN PADA KEMALUAN WANITA

Di bawah ini adalah cara penyembuhan secara tradisional dan turun-temurun untuk mengatasi masalah kegatalan di bahagian sulit seseorang wanita.

1. DAUN SIRIH
Bagi kaum hawa yang mengalami masalah rembesan cecair kemaluan yang menyebabkan kegatalan yang tidak serius, ambil beberapa keping daun sirih, beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam. Jerangkan bahan-bahan tersebut di atas dapur dengan air secukupnya. Jerangkan ia dengan api yang perlahan selama 20 minit. Gunakan air tersebut untuk membasuh kemaluan anda setiap kali membuang air kecil. Kegatalan tersebut nescaya akan hilang di samping menghindarkan bau kemaluan yang tidak enak.

2. DAUN INAI
Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam. Gunakan air ini untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau berasa tidak selesa.


KESIMPULAN - Jika masalah kegatalan semakin teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor seberapa segera untuk mendapatkan rawatan. Bagi merawat sesuatu penyakit, seseorang doktor perlu mengambil sejarah pesakit secara terperinci, melakukan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh dan seterusnya membuat tata cara penyiasatan yang tertentu.

TAGS :

Petua Hilangkan Kegatalan Pada Faraj, Tips Hilangkan Kegatalan Pada Faraj, Cara Hilangkan Kegatalan Pada Faraj, Petua Hilangkan Kegatalan Pada Alat Sulit Wanita, Hilangkan Kegatalan Pada Kemaluan Wanita, Ubat Hilangkan Kegatalan Pada Faraj, Ubat Hilangkan Kegatalan Pada Alat Sulit, Ubat Hilangkan Kegatalan Pada Kemaluan, Rawatan Kegatalan Pada Faraj, Petua Tradisional Hilangkan Kegatalan Pada Faraj, Petua Turun-Temurun Hilangkan Kegatalan Pada Faraj

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget