6 Petua Kulit Licin & Cantik Secara SemulaJadi

PETUA LICINKAN DAN HALUSKAN KULIT TANPA BAHAN KIMIA

Zaman sekarang ini bukan sahaja wanita mementingkan kecantikan luaran, namun kaum lelaki juga tidak terkecuali. Yalah, siapa yang mahukan kulit mereka terutama di bahagian muka nampak kusam, tidak bermaya dan hilang serinya bukan?

Namun, anda tidak perlu risau lagi. Kali ini saya akan kongsikan sedikit tips dan petua yang sangat mudah dan berkesan untuk mendapatkan kulit yang halus, mulus, bersih dan licin dengan hanya menggunakan bahan semula jadi.

Jadi anda tidak perlu susah payah lagi beli produk kecantikan yang mahal dan mengandungi bahan kimia yang mungkin akan menjejaskan kesihatan kulit anda.

6 PETUA LICINKAN DAN HALUSKAN KULIT TANPA BAHAN KIMIA

Nak tahu apa petua dan tips yang betul untuk dapatkan kulit halus dan licin secara semulajadi?  Jom baca di bawah ini

6 Petua Kulit Licin & Cantik Secara SemulaJadi

1. BUAH TOMATO

Ia bertindak sebagai skin toner yang membantu merawat jerawat dan jeragat.

Caranya :
a. Kisar beberapa biji tomato sehingga menjadi pes. Ambil pes dan tekap pada muka selama 10 minit pada bahagian yang berjerawat atau permukaan kulit yang tidak sekata.
b. Jika dilakukan setiap hari, ia akan mengecilkan liang pori di muka dan menjadikan muka anda lebih licin dan bersih. Anda juga digalakkan untuk minum jus tomato atau makannya secara mentah.


2. ALOE VERA
Bahan aktif dalam aloe vera terbukti berkesan merawat parut, belemish, kedut dan garisan halus di muka.

Caranya :
a. Ambil gel daripada daunnya dan sapu pada kulit 2-3 kali seminggu.
b. Jadikan mask dengan mencampurkan satu sudu gel aloevera, dua sudu jus lemon dan 1 sudu madu. Tekap pada muka, leher dan bahagian yang kasar selama 20 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.


3. AIR MASAK
Pasti anda tidak percaya bukan? Petua kulit licin secara semulajadi yang paling berkesan adalah hanya dengan minum air. Anda disarankan untuk mendapatkan air yang cukup untuk badan anda. Apabila badan anda cukup cecair, ia akan membuang toksin dan sisa pepejal dalam badan dengan lebih cepat sebelum ia mampu memudaratkan kesihatan anda.

Disamping itu, banyakkan makan buahan dan sayuran yang tinggi kandungan airnya.


4. JUS LEMON

Enzim di dalam jus membuang sel-sel kulit mati secara tidak langsung membantu mengurangkan warna parut di kulit dan melembutkan serta melicinkan kulit anda. Petua ini sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Caranya :
a. Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Sapu jus pada bahagian kulit berparut atau yang tidak sekata. Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Lakukan setiap hari.
b. Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi telur putih. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 20 minit sebelum dibilas. Lakukan sekali atau dua kali seminggu.


5. MINYAK TEA TREE
Anti bakteria yang terkandung dalam minyak ini boleh merawat dan mengurangkan masalah parut dan jerawat. Namun, anda dinasihatkan untuk mencubanya di tangan terlebih dahulu sebelum digunakan dimuka kerana dikhuatiri alergi dengan minyak ini.

Caranya :
a. Titiskan pada putik kapas dan sapu pada bahagian berjerawat atau berparut.
b. Sejam sebelum anda tidur, sapu minyak ini pada kulit dan biarkan ia semalaman.


6. MADU
Madu digunakan sejak sekian lama kerana 1001 khasiatnya. Bukan sahaja boleh dimakan, ia juga elok dan bagus jika disapukan pada kulit.

Caranya :
a. Ambil madu dan sapu pada muka, leher dan bahagian kulit yang kasar. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas.
b.
Campurkan sedikit madu pada telur putih dan sapu pada muka. Basuh dengan air dan pencuci muka untuk menghilangkan bau telur.
c. Sebelum tidur, campurkan 3 sudu madu bersama setengah cawan serbuk kayu manis. Sapu pada muka dna biarkan semalaman. Keesokan harinya, bilas seperti biasa.


KESIMPULAN - Amalakn tips dan petua di atas untuk mendapatkan hasil yang cepat. Bahan-bahan di atas bukan sahaja mudah didapati dan murah, namun ia juga tidak memberikan kesan sampingan kepada badan anda.

InsyaAllah, dengan mengamalkan petua di atas, pastinya wajah dan kulit anda akan bertambah lembut, licin dan halus.

Selamat mencuba.

TAGS :

Petua Kulit Licin dan Halus, Tips Kulit Licin dan Halus, Cara Dapatkan Kulit Licin dan Halus, Kulit Licin dan Halus Tanpa Bahan Kimia, Petua Kulit Licin dan Cerah, Petua Kulit Licin dan Gebu, Petua Kulit Licin dan Putih, Petua Kulit Licin dan Sihat, Petua Kulit Licin Secara Semulajadi, Petua Kulit Licin Tanpa Jerawat, Petua Kulit Licin Untuk Lelaki, Petua Kulit Licin Untuk Wanita, Petua Muka Cantik dan Gebu, Tips Kulit Licin dan Putih

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget