Petua Tradisional Tegangkan Payudara Dengan Berkesan

PETUA TRADISIONAL MENEGANGKAN PAYUDARA DENGAN BERKESAN

Wanita yang sudah bersalin akan mula mengalami masalah buah dada yang menjadi kendur dan tampak tidak bermaya. Hal ini kerana, didalam dada mereka mempunyai kantung susu yang menyebabkan ia semakin berat dan membesar tetapi pada masa yang sama ia tampak mengendur.

Lebih-lebih lagi apabila seseorang wanita itu sudah habis menyusu anaknya, kekenduran payudara akan lebih jelas kelihatan. Perkara inilah yang sering merisaukan kaum wanita kerana mereka merasakan sudah tidak cantik seperti dulu.

Terdapat banyak petua tradisional untuk membantu mengembalikan ketegangan dan keanjalan payudara seseorang wanita. Walaupun hasilnya tidaklah begitu cepat dan drastik, namun sekurang-kurangnya penampilan seseorang wanita itu tampak lebih yakin dan menarik.

PETUA TRADISIONAL MENEGANGKAN PAYUDARA DENGAN CEPAT

Antara petua-petuanya ialah :

1. DAUN SIRIH
Dapatkan beberapa helai daun sirih melayu, ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali.

2. BUAH LABU
Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

3. PUTIH TELUR
Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.

4. AIR KANJI
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. InsyaAllah mujarab.


KESIMPULAN - Menurut orang tua yang memberikan petua ini, petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.

TAGS :

Petua Tegangkan Payudara Dengan Berkesan, Cara Tegangkan Payudara Dengan Berkesan, Tips Tegangkan Payudara Dengan Berkesan, Petua Tegangkan Payudara Secara Semulajadi, Sebab Payudara Kendur, Petua Sayang Suami,

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget