Kemunculan Pocong Di Rumah Warisan Alor Setar


POCONG MUNCUL DI RUMAH WARISAN ALOR SETAR

Seorang pensyarah kolej swasta di Georgetown, di sini, tidak dapat tidur sejurus melihat lembaga aneh seakan pocong di dalam gambar yang dirakam rakannya semasa melawat sebuah rumah kosong di berdekatan Wisma Darul Aman, Alor Setar Kedah, semalam.

POCONG MUNCUL DI RUMAH WARISAN ALOR SETAR

Gambar yang diambil oleh rakannya itu dipercayai dirakam pada jam 12 tengah hari di kawasan rumah warisan Melayu di Alor Setar berkenaan.

Mohd Zaidi Mahmud berkata dia tidak menyedari kehadiran lembaga berkenaan namun hanya menyedarinya selepas melihat semua gambar tersebut malam tadi.
"Mulanya saya hanya melihat gambar tersebut sekali imbas dan kemudiannya memuat naik dalam akaun facebook pada petang selepas pulang dari rumah berkenaan.
"Sebelum tidur saya sekali lagi melihat gambar-gambar yang diambil tengah hari tadi (semalam) dan terperanjat selepas saya meneliti di jendela yang berada dihujung sekali ada lembaga seakan pucong sedang merenung keluar dari tingkap di situ," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di Georgetown, di sini, semalam.
Sumber berkata, pihaknya sukar menafikan perkara berkenaan disebabkan pelbagai kejadian sama pernah didakwa berlaku di rumah Tok Su terbabit.

Menurutnya, rumah berkenaan milik seorang individu Bandar Baharu yang diletakkan di kawasan itu sebagai tarikan pelancongan ketika zaman Tan Sri Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah.

Katanya, rumah berkeluasan 1,700 kaki persegi mempunyai sebanyak 34 tiang, enam ruang utama iaitu beranda, rumah ibu berbumbung Limas potongan Belanda dan Beranjung, ruang tengah, selang dapur dan pelantar.
"Ada pasangan pengantin merakam gambar mereka, tetapi hanya imej rumah saja terpapar," katanya.


ULASAN - Apa pendapat anda setelah melihat gambar di atas? Adakah anda rasa 'benda' itu adalah pocong?

TAGS :

Kemunculan Pocong, Pocong Muncul Di Rumah Warisan, Pocong Muncul Di Alor Setar, Pocong Muncul Di Rumah Kosong, Hantu Pocong,  Pocong Muncul Di Pulau Pinang, Pocong Muncul Di Georgetown,

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget