Fitrah manusia, proses penuaan akan berlaku seiring dengan usia, Jadi, ia sememangnya sesuatu yang normal apabila garis-garis halus mula muncul pada wajah yang akhirnya akan bertukar menjadi kedutan. Tapi, saya yakin pasti ramai yang berharap agar proses ini berlaku dengan lambat bukan?
Tak mahulah umur baru 30-an tetapi nampak macam dah berumur lebih 50-an. Pendek kata, semua orang mahukan kekal muda sentiasa yang menjadi impian sesiapa sahaja.
PUNCA & FAKTOR MUKA CEPAT BERKEDUT
Kali ini kami akan kongsikan punca dan faktor yang menyebabkan muka seseorang itu mudah berkedut berbanding dengan umurnya.1. FAKTOR UMUR
Yang ini memang tidak dapat dielakkan lagi. Semakin umur meningkat, kulit muka mula kehilangan keanjalannya dan lebih muda terdedah kepada kerosakan. Penghasilan minyak yang penting untuk pemeliharaan kulit juga akan berkurang menjadikan kulit kita lebih kering dan mudah timbul kedutan. Lapisan lemak di bawah kulit juga semakin merosok dan ini menyebabkan kulit menjadi kendur dan berkedut.
2. PENDEDAHAN BERLEBIHAN KEPADA SINARAN UV MATAHARI
Pendedahan yang berlebihan kepada radiai daripada sinaran UV untuk jangka masa yang panjang akan mempercepatkan proses penuaan. Inilah yang menyebabkan muka berkedut lebih awal daripada usia sebenar. Kalau anda nak tahu, sinaran UV boleh merosakkan tisu-tisu penghubung pada kulit iaitu 'kolagen' dan juga 'elastin'.
Tanpa kehadiran kolagen dan elastin, kulit akan kehilangan sokongan untuk kekal anjal dan tegang. Akhirnya ia akan mula mengendur dan berkedut. Jadi, kurangkanlah diri anda daripada berjemur di bawah cahaya matahari yang terik.
3. TABIAT MEROKOK
Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan, tetapi ia juga mempercepatkan penuaan pada sel-sel tubuh badan anda. Secara tidak langsung, kesannya akan terlihat pada kulit juga. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menimbulkan kedutan pada bahagian wajah, terutamanya bahagian sekitar mulut.
4. OXIDATIVE STRESS
Oxidative stress adalah keadaan di mana jumlah radikal bebas di dalam tubuh melebihi kemampuan tubuh kita untuk meneutralkannya. Akibatnya, sel-sel badan akan mula rosak sedikit demi sedikit disebabkan radikal bebas tadi.
Kulit juga tidak terkecuali mendapat tempiasnya daripada kehadiran radikal bebas yang berlebihan tersebut dan menyebabkan timbulnya pigmentasi ataupun bintik-bintik hitam pada wajah, tona wajah tidak sekata, kulit hilang keanjalan, mula mengendur dan berkedut.
5. EKSPRESI MUKA YANG BERULANG-ULANG
Orang selalu berkata," Kalau selalu marah, nanti muka cepat berkedut". Ini memang tidak dapat disangkal lagi. Tapi sebenarnya ia tidak terhad kepada 'marah' sahaja. Semua ekpresi yang kita lakukan seperti marah, menangis, gelak, sugul dan lain-lain melibatkan pergerakan otot-otot muka. Semakin kita berusia dan bila manan kulit semakin hilang keanjalannya, kesemua ekspresi wajah ini mudah membentuk garis-garis halus seterusnya menjadi kedutan yang bersifat kekal.
6. MINUMAN BERALKOHOL
Ketika organ hati memproses alkohol yang diambil secara berlebihan, ia menghasilkan toksin yang boleh merosakkan sel-sel tubuh badan. Toksin ini mneyebabkan keradangan pada kulit yang membawa kepada muka berkedut yang lebih cepat.
KESIMPULAN - Bagi yang mengalami masalah kulit berkedut terlalu awal, anda bolehlah mula mengelakkan diri daripada perkara-perkara di atas. Semoga kulit anda nampak semakin berseri dan tegang selalu.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.