Semua orang tidak kira sama ada lelaki ataupun wanita berpotensi untuk berdengkur semasa tidur. Hanya sebilangan orang sahaja yang tidak berdengkur semasa tidur kecuali mereka terlalu penat dan stres pada hari tersebut.
Tahukah anda berdengkur bukan sahaja menjejaskan kualiti tidur si pedengkur tetapi turut menganggu tidur orang di sekelilingnya.
Menurut pakar perubatan, tidur berdengkur berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur.
7 FAKTOR BERDENGKUR SEMASA TIDUR
Antara sebab dan faktor utama seseorang itu berdengkur semasa tidur ialah1. OBES
Apabila bahagian badan berlemak yang banyak terutamanya leher ia akan menyebabkan udara sukar untuk masuk ke dalam hidung dan leher ketika tidur. Oleh sebab itu seseorang itu akan berdengkur tanpa sedar.
2. FAKTOR USIA
Semakin usia meningkat, semakin tinggi peluang untuk seseorang itu tidur berdengkur. Hal ini kerana bahagian leher atau kerongkong semakin sempit dan mengecil dan otot disekitarnya semakin lemah.
3. MEMILIKI SUSUK TUBUH YANG BESAR
Lelaki semulajadinya mempunyai susuk badan yang besar tetapi mempunyai ruang pengaliran udara yang sempit berbanding dengan seseorang wanita. Sebab itulah lelaki lebih banyak berdengkur berbanding wanita.
4. MASALAH HIDUNG
Selesema dan hidung tersumbat juga adalah punca dan faktor yang menyebabkan masalah tidur berdengkur. Dengkuran pada kanak-kanak juga boleh terjadi apabila mereka dijangkiti selsema ataupun alahan, bengkak tonsil dan 'adenoid' iaitu keadaan di mana seseorang mempunyai daging berlebihan seperti tonsil di hidung.
5. POSTUR TIDUR
Postur tidur secara melentang meningkatkan potensi untuk seseorang itu berdengkur.
6. MENGAMBIL UBATAN
Mereka yang mengambil ubat seperti 'Lorazepam' dan 'Diazepam' juga berpotensi untuk berdengkur kerana otot dalam badan bergerak aktif walaupun ketika mereka tidur.
7. MEROKOK
Mereka yang menghisap rokok lebih cenderung untuk tidur berdengkur, Hal ini kerana ia akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi abnormal dan mengecil, pembengkakan selaput lendir pada hidung, gangguan pada tekak dan penyumbatan kecil pada paru-paru.
Selain itu, merokok juga adalah punca kepada pelbagai penyakit lain selain turut membahayakan orang di sekeliling anda.
KESIMPULAN - Kebiasaannya, mereka yang mengalami gangguan tidur berdengkur ini juga adalah dalam kalangan pekerja yang bekerja secara shif, gemar menonton television sehingga lewat malam, kesan pengambilan dan ketagihan ubat-ubatan.
Jadi, elakkanlah diri anda daripada melakukan perkara di atas kerana berdengkur membuktikan badan anda tidak sihat.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.