Keadaan mata yang sembap atau biasanya disebut sebagai 'Mata Panda' adalah lingkaran gelap yang mula kelihatan pada sekeliling mata seseorang. 'Mata Panda' mudah terjadi sekiranya seseorang itu tidak cukup tidur ataupun selalu bersengkang mata untuk menyiapkan kerja mereka.
Untuk sebahagian orang, mungkin masalah ini tidak memberi kesan kepada mereka. Tetapi, bagi yang selalu berdepan dengan masyarakat, mereka akan hilang keyakinan diri kerana malu dengan penampilan diri mereka yang seakan kurang tidur dan nampak selekeh.
Nak tahu kenapa mata anda berubah menjadi seperti 'Mata Panda'?
PUNCA & SEBAB TERJADINYA MATA PANDA
Berikut adalah punca dan faktor terjadinya mata panda pada seseorang individu.1. DEHIDRASI ATAU KEKURANGAN AIR DALAM BADAN
Tahukah anda bahawa kekurangan air dalam badan manusia akan mengakibatkan salur darah di bawah mata akan membengkak sehingga terjadinya mata panda? Jadi, pastikan akan mendapatkan air masak yang secukupnya iaitu 8 gelas sehari dan kurangkan makanan yang mengandungi banyak garam di dalamnya.
2. HIDUNG TERSUMBAT
Jangan terkejut tapi ini boleh terjadi. Apabila hidung anda tersumbat, pembuluh atau salur darah yang bersambung dari mata ke hidung akan membesar seterusnya akan nampak seperti 'bengkak' di bawah mata anda.
3. FAKTOR USIA
Semakin meningkat usia seseorang, kolagen dalam tubuh semakin berkurangan dan menipis. Hal ini akan menyebabkan timbulnya 'lebam' di beberapa bahagian kulit di badan anda seterusnya akan mewujudkan masalah mata panda.
4. GAYA HIDUP TIDAK SIHAT
Amalan merokok dan minum minuman beralkohol akan menyebabkan pembuluh darah membengkak dan mudah timbul dan terlihat di beberapa bahagian kulit anda tidak terkecuali di bahagian bawah mata.
5. FAKTOR KETURUNAN
Jangan terkejut, tetapi ini adalah perkara yang betul dan fakta. Tiada siapa dapat ubah genetik ini. Biasanya keturunan yang mempunyai mata panda adalah disebabkan mereka mempunyai kulit yang sangat nipis di bahagian bawah mata sehingga nampak urat darah.
Tahukah anda, kulit di bawah mata adalah kulit yang paling nipis di bahagian tubuh manusia dengan ketebalan hanya 0.5mm? Kandungan melanin yang tinggi pada kulit juga boleh menjadi sebab munculnya mata panda.
Anda tidak percaya? Cuba lihat rakan-rakan di sekeliling anda.
6. PENYAKIT ANEMIA
Kekurangan zat besi atau Anemia akan menyebabkan timbul urat darah yang warna kebiruan di bawah mata seseorang. Pastikan anda selalu mendapatkan 'check-up' dengan doktor kerana penyakit ini bukan sahaja menyebabkan mata panda, malah ia boleh mengakibatkan terjadinya sesak nafas, lelah dan juga kulit muka dan tubuh yang kepucatan.
7. KURANG TIDUR
Kurang tidur adalah punca utama terjadinya mata panda. Hal ini disebabkan darah tidak dapat menjalankan 'tugas' mereka secukupnya apabila mata anda tidak cukup rehat dan terlalu banyak digunakan. Pastikan anda dapatkan tidur yang cukup supaya masalah ini tidak akan terjadi disamping dapat membantu anda kekal sihat dan cergas sepanjang hari.
8. TERLALU BANYAK BERMAIN KOMPUTER ATAU GAMES
Kerap menggunakan komputer untuk bekerja atau bermain games di tab pada jangka yang lama akan mengakibatkan mata anda menjadi kepenatan dan sembap. Sebaiknya jauhkan skrin monitor dengan mata anda sekurangnya 20 inci.
Kalau skrin laptop atau komputer anda kerap silau, letakkan 'tinted' yang boleh mengurangkan silau.
KESIMPULANNYA - Ada sesetengah orang memang mempunyai mata yang seperti 'mata panda' sejak dari kecil lagi kerana faktor keturunan. Jadi, janganlah anda tegur mata mereka kerana mereka mungkin akan berkecil hati.
Semoga info di atas berguna untuk anda.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.