Antara semua penyakit, sakit gigi adalah salah satu sakit yang paling 'annoying'. Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah mengalami sakit gigi, pasti mereka tak ingin lagi merasa saat-saat merana seperti itu. Mana tidaknya, apabila gigi sakit, semua perkara yang kita lakukan terasa tidak kena, nak makan susah, nak tidur susah apatah lagi jika mahu bekerja.
Mahu tidak mahu memang terpaksa pergi berjumpa dengan doktor gigi. Iyela, minta ubat penahan sakit kan? Tapi hanya bertahan seketika dan kemudian sakit gigi itu akan datang lagi.
10 SEBAB SAKIT GIGI MUDAH BERLAKU
Tahukah anda sebenarnya secara tidak sedar perlakuan seharian kitalah yang menjurus kepada kerosakan gigi kita. Antara perkara yang kita lakukan tanpa kita sedar ialah1. MAKAN GULA-GULA KENYAL
Makan benda yang manis juga salah satu penyumbang kepada sakit gigi tetapi yang lebih teruk lagi jika anda suka mengunyah gula-gula kenyal seperti gummies candy. Hal ini kerana ia mudah melekat pada gigi dan jika lambat dibersihkan, ia akan berubah menjadi asid dan menghakis gigi anda.
2. MINUM KOPI
Minum kopi memang sedap dan menyegarkan tetapi habit ini akan merosakkan gigi malah membuatkan gigi anda menjadi kekuningan.
3. MELAKUKAN SESUATU MENGGUNAKAN GIGI
Perkara ini hampir semua orang pernah melakukannya. Apabila seseorang itu memerlukan sesuatu yang tajam seperti gunting dengan pisau, mereka lebih gemar menggunakan gigi mereka sebagai ganti. Perkara ini bukan sahaja boleh membuat gigi retak malah berkemungkinan akan patah.
4. MAKAN KEREPEK KENTANG
Bukan makanan yang manis sahaja yang boleh menghasilkan asid pada gigi seseorang tetapi makanan berkanji juga adalah salah satu punca. Dalam masa 20 minit jika gigi tidak dibersihkan selepas memakannnya, asid dari baki makanan yang tertinggal dalam mulut akan mula menghakis gigi.
5. MAKAN AIS
Kebiasaannya makan ais akan membuatkan gigi terasa ngilu dan sebahagian otak terasa amat sakit. Memang sedap apabila mengunyah tapi tahukah anda apabila kerap kali mengunyah ais yang keras, tisu lembut dalam gigi lama-kelamaan akan menjadi retak dan sekali gus menyebabkan sakit gigi.
6. MELAGA GIGI
Ada sesetengah orang melaga giginya semasa tidur. Tekanan yang berlaku akibat perkara ini akan menyebabkan gigi semakin mudah terhakis dalam tempoh jangka masa panjang. Perkara ini susah untuk dielakkan kerana ia berlaku di alam bawah sedar seseorang manusia.
7. KERAP MENGUNYAH
Apabila anda kerap makan terutama makanan ringan, anda akan menggunakan gigi anda dengan kerap tanpa sempat berehat. Perkara seperti ini bukan sahaja akan membuatkan gigi anda lebih cepat haus malah sisa makanan yang tidak dibersihkan selepas makan akan bertukar menjadi plak pada gigi anda. Plak inilah yang akan membuatkan gigi anda mudah sakit dan reput.
8. MINUMAN MINUMAN BERKARBONAT @ BERGAS
Sama seperti gula-gula, minuman berkarbonat mengandungi paras gula yang tinggi dan sangat bahaya. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi asid phosporic dan asid citric yang boleh merosakkan enamel gigi anda.
9. HISAP ROKOK
Asap dari rokok bukan sahaja meninggalkan warna kusam pada gigi seseorang malah boleh menyebabkan radang gusi. Akibatnya, gigi akan mudah reput dan tertanggal. Jadi, berhentilah merokok ye.
10. GIGIT HUJUNG PEN/PENSEL
Perkara ini sering dilakukan oleh ramai orang terutama pelajar sekolah. Pada awalnya memang perkara ini tidak memberi kesan kepada gigi seseorang, tetapi lama-kelamaan gigi akan mula lemah dan mereput seperti kesan gigitan yang anda boleh lihat pada badan pen atau pensel yang anda gigit. Itulah kesannya pada gigi anda.
KESIMPULAN - Jika anda sayangkan gigi anda, elakkanlah diri anda daripada melakukan 10 perkara di atas. Kalau anda tetap berdegil, jangan menyesal ye.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.