Terjadi perbualan di antara sepasang kekasih yang akan melangsungkan akad nikah pada keesokan harinya. Mereka saling melafazkan kata-kata cinta sambil berterus-terang tentang kehidupan mereka kepada pasangan masing-masing. Jom kita baca apa yang mereka bualkan.
BERTERUS-TERANGLAH SEBELUM BERNIKAH
Sayang.... sebelum kita nikah esok, biarlah abang berterus terang"Kenapa bang?"
Lihat gambar ni
"Siapa wanita ni bang?"
Wanita ni sebenarnya ... isteri abang. Bila kita nikah esok, sayang akan jadi isteri kedua abang. Sayang marah tak?
"Abang.... demi cinta, sayang turutkan. Kalau itu dah suratan takdir dan jodoh sayang, sayang terima abang seadanya
Sungguh murni kata-kata mu, terharu abang.
"Tapi bang... sayang pun nak tunjuk gambar juga"
Erkkk... gambar apa pula ni? Siapa lelaki ni?
"Abang tekalah... sayang pun macam abang jugak"
Apaa... ni gambar bekas suami sayang ke?
"Tak lah.. Kan sayang belum pernah kahwin lagi"
Habis tu? Gambar kekasih lama sayang?
Hihihihihi... Tidakkkkk... sayang cinta abang soranngggg je tau!!
Habis tu gambar sapa ni?
"Tu gambar sayang sebelum operate lah bang!"
"Abang..... abanggggg... alaahh pengsan pulak dia!!
ULASAN - Sebab itu anda perlulah kenal betul-betul siapa bakal pasangan anda sebelum anda berkahwin. Dirisaukan nanti anda akan merana seperti dalam cerita di atas. Hahahaha
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.