Kemurungan atau meroyan selepas bersalin boleh menyebabkan perasaan sedih dan gelisah yang melampau secara tidak langsung ia akan memberi kesan terhadap penjagaan bayi anda.
Ia mungkin disebabkan reaksi otak kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. Ada kalanya, perkara-perkara harian yang biasa-biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti:
FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MASALAH KEMURUNGAN
Sebenarnya terdapat banyak faktor psikologi yang oleh membawa kepada masalah meroyan dan kemurungan berlaku. Antaranya ialah1. JANTINA ANAK TIDAK SAMA SEPERTI DIHARAPKAN
Anak yang dilahirkan mempunyai jantina tidak seperti yang dihajati. Hal ini menyebabkan mereka berasa sedih dan kecewa yang mendorong diri mereka untuk tidak mahu menjaga anak tersebut. Tetapi, sebagai Umat Islam, anda dilarang sama sekali melakukan hal sebegini kerana jodoh, maut, pertemuan dan hidup seseorang itu telah dirancang oleh DIA.
2. KEHAMILAN YANG TIDAK DIRANCANG
Faktor kehamilan yang tidak dirancang kerana wanita belum bersedia dan belum rela untuk menjadi seorang ibu. Apabila perkara ini terjadi, wanita mudah berasa rimas dan serba tidak kena kerana tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Apabila kurangnya persediaan, ini akan menyebabkan mereka ingin menyalahkan segalanya atas sebab yang berlaku.
3. KESAKITAN SEMASA BERSALIN
Bersalin seperti merasakan nyawa hampir tercabut dari badan seseorang itu. Oleh sebab itu bagi wanita yang merasainya buat kali pertama akan membuatkan mereka rasa takut untuk mengandung dan mungkin memakan masa untuk mereka membuang perasaan takut dan sakit semasa mereka melahirkan anak.
4. TEKANAN EMOSI
Tekanan emosi dan perasaan isteri kerana suami tidak memahami kepayahan dan kesakitan isteri. Kadang-kadang suami tidak mengerti dan memahami betapa tingginya pengorbanan seorang wanita sehinggakan sanggup bergadai nyawa untuk melahirkan anak mereka. Sikap suami yang acuh tidak acuh menjaga isteri boleh menyebabkan wanita rasa tertekan atau rasa diri mereka kurang dipedulikan.
5. RUTIN KEHIDUPAN HARIAN YANG BERUBAH
Si isteri tidak mempunyai rehat yang cukup kerana terpaksa menjaga anak yang baru dilahirkan dan menganggap bahawa tugas itu membebankan mereka.
KESIMPULAN - Sebagai seorang suami, anda haruslah sentiasa bersama dengan isteri anda lebih-lebih lagi pada saat mereka melahirkan anak dan berpantang. Kehadiran dan perhatian dari anda akan menyebabkan mereka terasa lebih dihargai dan pengorbanan yang mereka lakukan tidak sia-sia. Jadi, jangan abaikan isteri anda. Ingat tu !!
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.