Tanda-tanda Mengalami Kemurungan Selepas Bersalin

Tanda Kemurungan Selepas Bersalin

Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu. Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom seperti insomnia, tidak boleh menumpukan mata, tidak berselera makan atau bimbang tanpa sebab, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor secepat mungkin. Selain daripada itu, si ibu juga mungkin mengalami tanda-tanda seperti berikut:

TANDA-TANDA MENGALAMI KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN

Di bawah ini adalah tanda-tanda yang akan terjadi jika seseorang itu meroyan atau mengalami kemurungan.

1. MASALAH SUKAR TIDUR
Wanita yang mengalami kemurungan seringkali menghadapi masalah sukar untuk melelapkan mata dan sering kepenatan. Hal ini terjadi kerana mereka terlalu banyak berfikir perkara negatif sehingga menjejaskan kesihatan fizika dan mental mereka.

2. KAWALAN EMOSI YANG LEMAH
Wanita ini mempunyai emosi yang tidak menentu. Mereka mudah marah, menangis dan berasa rendah diri dalam banyak aspek. Perubahan emosi mereka akan berlaku secara tiba-tiba dan ornag sekeliling mereka mungkin akan rungsing dan terganggu dengan perubahan mendadak itu.

Bertambah teruk lagi apabila mereka mula mengabaikan keperluan bayi yang baru dilahirkan. Ia akan menganggu proses tumbesaran bayi tersebut.

3. MENOLAK UNTUK MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM DENGAN PASANGAN
Mereka yang mengalami kemurungan akan menjauhi hubungan seksual dengan suami malah mungkin akan membencinya tanpa sedar. Suami mungkin akan menganggap isteri berubah sikap bukan kerana penyakit tetapi semulajadi.

Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika suami tidak memahami masalah tekanan emosi isteri mereka seperti kurang memberi perhatian yang menyebabkan penyakit emosi isteri menjadi lebih serius kerana diabaikan.



KESIMPULAN - Kemurungan atau meroyan selepas bersalin boleh menyebabkan perasaan sedih dan gelisah yan melampau secara tidak langsung ia akan memberi kesan terhadap penjagaan bayi anda.

TAGS :

Tanda-tanda Meroyan, Tanda-tanda Kemurungan Selepas Bersalin, Apa Meroyan, Apa Itu Kemurungan Selepas Bersalin, Penyakit Angin Meroyan, Penyakit Kemurungan Selepas Bersalin

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget