9 Petua Awet Muda Mengikut Cara Islam

TIPS AWET MUDA

Tipu kalau ada sesiapa yang berkata mereka tidak kisah muka mereka nampak tua. Setiap manusia pasti akan berangan-angan untuk kekal muda dan cantik supaya mereka lebih yakin dengan diri mereka. Oleh sebab itu, kali ini saya akan kongsikan sedikit tips dan petua yang boleh diamalkan oleh sesiapa pun terutama untuk orang Islam di luar sana. Walaupun anda bukan Islam, anda juga boleh mengamalkan tips di bawah.

Sesungguhnya Islam itu mudah dan memudahkan.

9 TIPS AWET MUDA MENGIKUT CARA ISLAM

Ikuti tips di bawah ini untuk memiliki muka dan tubuh badan yang nampak 10 tahun lebih muda daripada usia sebenar anda. InsyaAllah.

Tips 1 :
Bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan tips ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi, seeloknya diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Tips 2 :
Bangun pagi, iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi penawar bagi banyak penyakit.

Tips 3 :
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Tips 4 :
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Tips 5 :
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah tips ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah Surah Yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah anda akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.

Tips 6 :
Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Tips 7 :
Bangun pagi dan amalkan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah anda akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda. Yang duduk di kampung, boleh amalkan selalu. Yang tinggal di Bandar, hehehe no comment.

Tips 8 : 
Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping.

Tips 9:
Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.



KESIMPULAN - Sebenarnya banyak lagi petua awet muda yang berlandaskan ajaran Islam tetapi rasanya cukuplah dulu dengan 9 tips di atas. Di harap tips dan petua di atas berguna untuk anda.

Selamat mencuba. Ingat, kena istiqamah dan yakin.

TAGS :

Petua Awet Muda Untuk Lelaki, Tips Awet Muda Untuk Lelaki, Petua Awet Muda Untuk Perempuan, Tips Awet Muda Untuk Perempuan, Tips Kecantikan Untuk Lelaki, Tips Kecantikan Untuk Perempuan, Petua Tradisional Untuk Awet Muda, Air Masak Untuk Awet Muda, Makanan Untuk Awek Muda, Petua Awet Muda Mengikut Cara Islam, Tips Awet Muda Mengikut Cara Islam

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget