Tips Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Kulit

TIPS MEMILIH PENCUCI MUKA YANG BAGUS DAN SESUAI

Boleh dikatakan hampir semua manusia di muka bumi ini menggunakan pencuci muka untuk menjaga kebersihan dan kecantikan muka mereka. Muka perlukan penjagaan yang sangat rapi kerana ia sentiasa terdedah kepada segala kotoran. Muka yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan masalah jerawat, jeragat, blackhead, whitehead dan juga ia akan nampak kusam dan tidak bermaya.

Tapi tahukah anda bahawa pencuci muka yang anda gunakan sekarang mungkin tidak sesuai dengan kulit anda? Jangan dikatakan hendak hilangkan jerawat dan jeragat malah ia mungkin bertambah teruk dengan penggunaan produk yang tidak bersesuaian dengan kulit anda.

Tapi anda jangan risau, kali ini saya akan kongsikan sedikt tips dan petua untuk memilih dan menggunakan pencuci muka mengikut keadaan kulit anda.

TIPS MEMILIH PENCUCI MUKA YANG BAGUS DAN SESUAI

Berikut adalah tips untuk anda mencari dan memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda.

1. KETAHUI JENIS KULIT MUKA ANDA TERLEBIH DAHULU
Tahukah anda bahawa di dunia ini terdapat 5 jenis kulit muka?

Tips Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Kulit

a. Kulit Normal ( Normal Skin )
# Ia seimbang dari segi kelembapan kulit, minyak dan ketahanan. Jika anda mempunyai kulit jenis ini mudahlah untuk anda mencari pencuci muka yang sesuai.

b. Kulit Berminyak ( Oily Skin )
Kulit mudah nampak berkilau dan bersinar walaupun hanya selepas beberapa jam anda mencuci muka.
# Cari pencuci muka dengan pH level yang rendah atau yang tinggi asid untuk memudahkan minyak dibuang.

c. Kulit Kering ( Dry Skin )
Untuk kulit jenis ini, liang roma sukar dilihat selepas beberapa jam muka dicuci.
# Elakkan produk yang mengandungi alkohol. Ia akan membuat kulit bertambah kering. Elakkan juga pencuci muka yang mengandungi minyak.

d. Kulit Sensitif ( Sensitive Skin )
Kulit jenis ini sering merasa tegang dan juga gatal-gatal serta kerap mengalami alahan atau alergi pada bahan-bahan kimia tertentu pada produk yang digunakan.
# Elakkan pencuci muka yang mengandungi pewangi, berminyak atau bahan kimia yang boleh merengsa kulit.

e. Kulit Jenis Kombinasi ( Combination Skin )
Kulit anda dikatakan mempunyai sebahagian berminyak dan sebahagian lagi adalah kering ataupun sensitif. Kebiasaannya kulit berminyak terdapat di 'Zon T' manakala kering atau sensitif di bahagian lain.
# Elakkan menggunakan sabun mandi buku ataupun 'soap bar'. Cari pencuci muka yang lembut dan kemudian basuh dengan air suam.

2. CARI PENCUCI MUKA YANG BERBUIH DAN LEMBUT SERTA HALUS
Anda silap sekiranya anda terfikir bahawa anda perlu menggosok muka anda dengan kuat untuk menghilangkan kotoran di muka. Ia mungkin akan melukakan kulit muka anda.

Sebenarnya kotoran pada kulit muka akan mudah dihilangkan sekiranya anda menggunakan pencuci muka yang banyak buih dan halus. Jadi, ia mampu masuk ke dalam liang roma atau lubang pori-pori supaya dapat membersih kulit dengan lebih berkesan.

3. GUNAKAN AIR SUAM UNTUK MENCUCI MUKA
Air suam dapat membantu supaya kulit muka lebih mudah untuk dibersihkan. Tapi harus diingat, jangan gunakan air yang terlampau panas kerana ia akan mengakibatkan minyak semulajadi akan tersingkir dan menyebabkan kulit muka terlalu kering. Kulit juga akan mudah tercedera.

Cukuplah sekadar gunakan air suam mengikut suhu bilik.

4. GUNAKAN PENCUCI MUKA YANG SAMA ph DENGAN KULIT

Tahukah anda, wajah manusia mempunyai pH 5.5 iaitu keadaan berasid ( acidic ). Jadi, anda tidak digalakkan untuk menggunakan pencuci muka yang beralkali kerana ia kadang kala akan menyebabkan kerengsaan pada kulit anda. Carilah pencuci muka yang sama dengan pH kulit anda.

5. ELAKKAN PENCUCI MUKA YANG MENGANDUNGI BAHAN PEWANGI DAN PENGAWET
Bahan-bahan ini akan mengakibatkan kulit mengalami kerengsaan dan juga alahan terutama kepada sesiapa yang mempunyai kulit yang sensitif. Jadi, anda haruslah semak dahulu label sebelum membelinya.

Elakkan membeli pencuci muka yang mempunyai bahan-bahan di bawah ini
  • Paraben
  • Imidazolidinyl urea
  • Queternium-15
  • DMDM Hydantoin
  • Phenoxyethanol Methylchloroisonthiazolinone
  • Formaldehyde
6. GUNAKAN PRODUK/SABUN YANG KHUSUS UNTUK MUKA
Kadang-kadang sabun mandi yang kita gunakan tidak sesuai dengan kulit muka kerana kulit muka lebih sensitif berbanding bahagian kulit yang lain. Jadi, pastikan anda tidak salah membeli sabun atau produk mandian ye.

7. BILAS DENGAN AIR SEJUK SELEPAS MENCUCI MUKA
Apabila anda menggunakan air suam semasa mencuci muka, liang-liang pori di muka anda akan terbuka dan membesar. Jadi, anda haruslah menutupnya kembali dengan menggunakan air sejuk. Fakta mudah bukan?


KESIMPULAN - Pasti anda tidak pernah terfikir bukan bahawa mencari pencuci muka bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ianya juga tidak susah sekiranya anda tahu jenis kulit anda. Diharap info diatas berguna untuk anda. Selamat mencuba.

Ingat, bukan salah pencuci muka jika muka anda semakin banyak jerawat, tetapi salah anda kerana tidak mahu belajar daripada kesilapan dalam memilih atau mencari pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda.

TAGS :

Petua Memilih Pencuci Muka, Tips Memilih Pencuci Muka, Cara Memilih Pencuci Muka, Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Kulit, Pencuci Muka Yang Bagus Untuk Kulit, Jenis-jenis Kulit Muka, Kulit Muka Berminyak, Kulit Muka Kering, Kulit Muka Sensitif, Pencuci Muka Kulit Sensitif, Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak, Pencuci Muka Untuk Kulit Kering, Cuci Muka Dengan Air Suam, Bilas Muka Dengan Air Sejuk, Tips Mencari Pencuci Muka Yang Sesuai, Petua Mencari Pencuci Muka Yang Sesuai, Cara Mencari Pencuci Muka Yang Sesuai, Petua Mencari Pencuci Muka Yang Bagus, Tips Mencari Pencuci Muka Yang Bagus, Cara Mencari Pencuci Muka Yang Bagus

Post a Comment

Macam mana nak tahu ph kulit muka ye?

bagus tips ni, semoga membantu pembaca diluar sana juga

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget