Tujuan & Kelebihan Solat Sunat Tahajud

APA ITU SOLAT SUNAT TAHAJUD

APA ITU SOLAT SUNAT TAHAJUD?

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

TUJUAN SOLAT TAHAJUD

  •     Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  •     Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  •     Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  •     Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  •     Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

  1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  2. Doa dimakbulkan Allah.
  3. Memperolehi ketenangan jiwa.
  4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
  9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

PETUA MEMUDAHKAN BANGUN MALAM

  •             Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  •             Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  •             Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  •             Membaca ayat-ayat Al-Quran.


Rasulullah SAW bersabda:
        “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

Selamat Beramal…!

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

ULASAN : Marilah kita sama-sama mencari pahala melakukan solat tahajud. Semoga amalan kita sama-sama akan diterima oleh Allah. Amin.

TAGS :

Cara Melakukan Solat Sunat Tahajud, Panduan Melakukan Solat Sunat Tahajud, Cara Mendirikan Solat Sunat Tahajud, Panduan Mendirikan Solat Sunat Tahajud, Cara Melakukan Solat Tahajud, Panduan Melakukan Solat Sunat, Niat Solat Sunat Tahajud, Doa Solat Sunat Tahajud, Solat Sunat Tahajud, Kelebihan Solat Sunat Tahajud, Kebaikan Solat Sunat Tahajud, Cara Untuk Solat Sunat Tahajud, Apa Itu Solat Sunat Tahajud, Tertib Melakukan Solat Sunat Tahajud, Zikir Solat Sunat Tahajud, Fadhilat Solat Sunat Tahajud, Petua Mudah Bangun Malam, Tujuan Solat Sunat Tahajud

Post a comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget