Tips Sebelum Melakukan Ujian Kehamilan Di Rumah

HCG URINE PREGNANCY TEST KIT

APA ITU HCG URINE PREGNANCY TEST ( UPT )?

Urine Pregnancy Test ( UPT ) adalah ujian yang dilakukan untuk menguji kandungan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai 'Human Chorionic Gonadotopin' atau HCG melalui air kencing seseorang wanita. Hormon HCG ini dikeluarkan oleh plasenta ( uri bayi ) sebaik sahaja berlaku persenyawaan dan perlekapan janin pada dinding rahim.

Dengan mengesan kehadiran hormon HCG ini dalam air kencing, kehamilan dapat dikesan dengan lebih awal. Jika seseorang itu mengandung, ujian ini akan mengesan kehadiran hormon HCG sekurangnya 10 hari selepas kelewatan kedatangan haid.

Hormon ini akan semakin meningkat sehingga minggu ke-10 kehamilan dan akan mula menuruan selepas itu sehinggalah seseorang itu bersalain.

UPT adalah sangat mudah didapati di farmasi dan mudah digunakan di rumah. Ia juga dinamakan sebagai 'Ujian Kehamilan di Rumah'.

BAGAIMANA UPT KIT BERFUNGSI DAN APAKAH KEGUNAANNYA?

Sudah tentulah ia digunakan untuk mengesan kehamilan pada diri seseorang. Ujian hormon dalam air kencing akan lebih berkesan jika ia dilakukan 2 minggu selepas kelewatan kedatangan haid. Ia cuma digunakan sebagai ujian kualitatif, iaitu ia cuma akan mengesan kehadiran hormon HCG dalam air kencing bukan menunjukkan betapa tinggi paras hormon tersebut dalam tubuh seseorang.

Kehadiran Hormon HCG membuktikan bahawa seseorang itu hamil.

TIPS SEBELUM MENGGUNAKAN UPT KIT

  1. Baca arahan yang tertulis pada kotak atau kertas arahan sebelum menggunakannya
  2. Pastikan alat pengesan kehamilan tersebut masih lagi boleh digunakan - belum tamat tarikh luput
  3. Jika anda kurang yakin dan pasti bagaimana untuk melakukan ujian kehamilan tersebut, anda boleh telefon nombor yang tertera pada kotak tersebut 
  4. Lakukan ujian ini pada awal pagi kerana pada waktu ini air kencing anda masih pekat dan senang untuk dapat keputusan yang tepat
  5. Pastikan anda melakukan ujian ini satu atau dua minggu selepas kelewatan kitaran haid anda 
  6.  Paling penting, jangan minum terlalu banyak air sebelum anda melakukan ujian ini kerana ia akan mempengaruhi ketepatan keputusan ujian kehamilan anda
  7. Jika anda mengambil sebarang jenis ubatann, pastikan anda dapatkan nasihat doktor kerana ia mungkin akan mempengaruhi ketepatan ujian kehamilan anda

RISIKO MELAKUKAN UJIAN HCG AIR KENCING

Terdapat 2 risiko yang akan berlaku terhadap ujian saringan ini iaitu kehamilan palsu ( false-positive ) atau ketidakhamilan palsu ( false-negative).

A. Kehamilan Palsu ( False-Positive Result )
Keputusan ini menunjukkan bahawa seseorang itu hamil tetapi sebenarnya tidak. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Sebenarnya perkara ini sangat jarang berlaku kerana hanya wanita yang hamil sahaja akan menghasilkan hormon HCG dalam badan mereka. Jadi, anda haruslah mendapatkan nasihat doktor jika perkara ini terjadi.

B. Ketidakhamilan Palsu ( False-Negative Result )
Kemungkinan besar untuk seseorang mendapat 'false negative result' adalah sangat tinggi. Keputusan ini menunjukkan bahawa anda tidak mengandung tetapi anda sebenarnya mengandung. Hal ini mengakibatkan anda tidak mengetahui kehadiran bayi dalam perut anda sehingga anda tidak mengambil langkah-langkah permulaan yang sepatutnya.

Hal ini akan terjadi sekiranya anda melakukan ujian HCG terlalu awal. Jadi jangan terlalu gopoh ye.



KESIMPULAN - Diharap info di atas sangat berguna untuk para wanita di luar sana terutamanya yang tiada pengalaman mengandung. UPT Kit sangat mudah didapati tapi anda kena ingat, janganlah terlalu awal melakukan ujian kehamilan kerana keputusan yang anda akan dapat mungkin tidak tepat.

TAGS :

Apa Itu UPT, Apa Itu Urine Pregnancy Test, Hormon HCG Dalam Air Kencing, Apa Itu Hormon HCG, Apa Itu Human Chorionic Gonadotopin Hormon, Risiko UPT, Cara UPT Berfungsi, Tugas UPT, Kehamilan Palsu Urine Pregnancy Test, Jenis-jenis HCG Urine Pregnancy Test Kit, Ketidakhamilan Palsu Urine Pregnancy Test, Cara Menggunakan UPT Kit, Waktu Sesuai Melakukan Ujian Kehamilan, Cara Menguji Kehamilan, Alat Ujian Kehamilan Melalui Air Kencing, Tips Sebelum Menggunakan UPT Kit,

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget