Waktu Paling Sesuai Untuk Lakukan Ujian Kehamilan

CARA YANG BETUL MELAKUKAN UJIAN KEHAMILAN

Bagi seseorang isteri yang merancang untuk hamil dan mempunyai kitaran haid yang normal pasti akan menjadi satu debaran sekiranya haid masih belum datang pada hari yang sepatutnya bermula.

Dalam fikiran mereka pasti terdetik sama ada mereka sudah hamil atau tidak. Mana tidaknya terutama bagi seseorang yang menunggu pertama kali untuk mengandung pasti tidak sabar untuk mengetahui status diri mereka yang sebenar.

Untungnya zaman sekarang kerana pelbagai jenis Urine Pregnancy Test ( UPT ) Kit ada dijual di farmasi untuk membantu seseorang itu menguji kehamilan di rumah. Harganya pula berbeza-beza mengikut kadar sensitiviti dan ketepatan alat penguji kehamilan ( UPT ) tersebut.

WAKTU PALING SESUAI UNTUK BUAT UJIAN KEHAMILAN

Sebenarnya ujian kehamilan boleh dibuat seawal hari pertama haid seseorang wanita itu lewat tetapi keputusan yang anda dapat mungkin tidak berapa tepat.

Hal ini kerana, masa yang paling sesuai untuk melakukan ujian kehamilan ini adalah 2 minggu selepas kedatangan haid anda terlewat. Pada waktu ini ketepatan ujian yang anda lakukan adalah sangat tinggi kerana Hormon HCG sudah banyak dikeluarkan dalam badan anda.

CARA YANG BETUL MELAKUKAN UJIAN KEHAMILAN

Ujian kehamilan boleh dilakukan di klinik bersama doktor atau anda juga boleh melakukan sendiri di rumah dengan membeli UPT Kit yang terdapat di farmasi

Di bawah ini adalah cara yang betul untuk melakukan ujian kehamilan bagi mendapatkan hasil yang tepat
  1. Pastikan uji kehamilan anda hanya selepas 2 minggu kelewatan kitaran haid normal anda.
  2. Lakukan ujian ini pada awal pagi kerana pada waktu ini air kencing anda masih pekat dan senang untuk dapat keputusan yang tepat
  3. Untuk sesetengah UPT Kit, anda perlu letakkan 'indicator stick'betul-betul di laluan saluran kencing anda sehingga ia betul-betul basah. Ada juga sesetengah UPT Kit yang hanya perlu celupkan ke dalam air kencing yang telah anda tadah menggunakan cawan atau bekas.
  4. UPT Kit kebiasaanya mempunyai 'indicator' yang akan menunjukkan sama ada anda melakukan ujian dengan cara yang betul atau salah. Contohnya, pada 'indicator' tersebut akan keluar garisan yang menunjukkan anda berjaya mengumpulkan sampel air kencing yang mencukupi. Kalau garisan tersebut tidak muncul, keputusan yang anda akan dapat berkemungkinan besar tidak tepat.
  5. Untuk sebahagian besar UPT Kit, ia cuma perlukan masa 5-10 minit untuk memberikan keputusan ujian. Jika garisan berwarna atau simbol ( + ) timbul, ianya menunjukkan bahawa anda hamil. Manakala jika garisan tidak timbul atau keluar simbol ( - ) bermakna keputusan ujian anda adalah negatif.

CARA MELIHAT KEPUTUSAN UPT

CARA MELIHAT KEPUTUSAN UPT

Kebanyakkan UPT akan ada 2 indicator. Indicator "Control" ( C ) akan menunjukkan sama ada anda melakukan ujian kehamilan dengan betul atau tidak. Manakala indicator "Test" ( T ) pula akan memberitahu anda sama ada anda positif or negatif hamil.

Jika 2 garisan berwarna tersebut keluar atau simbol ( + ), tahniah kerana ia bermakna anda telah hamil. Jika sebaliknya, maaf kerana ia telah mengecewakan anda.

Tapi anda perlu ingat, jika anda dapat positif result tetapi line indicator ( C ) tidak keluar, berkemungkinan besar keputusan ujian yang anda dapat adalah salah.

Jika anda dapat keputusan yang negatif, jangan terburu-buru membuat kesimpulan bahawa anda hamil. Kadang-kadang perkara ini akan berlaku sekiranya anda
  • Terlalu awal membuat ujian kehamilan
  • Tidak menggunakan sampel air kencing pada awal pagi
  • Anda tersilap kira waktu kitaran haid anda
Jika perkara di atas berlaku, tunggu 1-2 minggu lagi untuk melakukan ujian seterusnya. Keputusan ujian akan semakin tepat. Tetapi kalau anda masih kurang yakin, pergilah berjumpa dengan pakar untuk mengesahkannya.



KESIMPULAN - Bagi pasangan yang memang sedang ternanti-nantikan kehadiran cahaya mata, munculnya "double line" pada alat pregnancy test memang merupakan saat yang sangat indah dan membahagiakan. Perasaan gembira yang sukar diluah dengan kata-kata, namun pasti diiringi dengan doa dan harapan semoga kehamilan berjalan lancar hingga selamat melahirkan zuriat yang sihat.

TAGS :

Apa Itu UPT, Apa Itu Urine Pregnancy Test, Hormon HCG Dalam Air Kencing, Apa Itu Hormon HCG, Apa Itu Human Chorionic Gonadotopin Hormon, Risiko UPT, Cara UPT Berfungsi, Tugas UPT, Kehamilan Palsu Urine Pregnancy Test, Ketidakhamilan Palsu Urine Pregnancy Test, Cara Menggunakan UPT Kit, Waktu Sesuai Melakukan Ujian Kehamilan, Cara Menguji Kehamilan, Alat Ujian Kehamilan Melalui Air Kencing, Jenis-jenis HCG Urine Pregnancy Test Kit, Tips Sebelum Menggunakan UPT Kit,

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget