March 2017

CARA MENGATASI FOBIA DISEBABKAN KEGUGURAN

Pertamanya, takziah diucapkan kepada semua wanita yang pernah mengalami keguguran. Sememangnya bukan senang untuk melalui saat-sat kehilangan terutamanya bagi pasangan yang telah lama menunggu saat-saat bahagia untuk mempunyai anak sendiri.

Ada sesetengah wanita yang hanya mengambil beberapa hari sahaja untuk hamil, ada juga yang mengambil masa sehingga bertahun untuk hamil semula selepas mengalami keguguran kerana mereka masih lagi fobia. Adakah anda pernah berada dalam situasi seperti itu?

STATISTIK KEGUGURAN

Tahukah anda bahawa setiap 20 kehamilan pasti akan berakhir dengan 1 keguguran. Manakala, 1 daripada 200 kes adalah keguguran berulang. Malahan, ada yang lebih menyedihkan apabila ada wanita yang mengalami keguguran sehingga 4-5 kali sebelum dapat melahirkan bayi yang cukup sifat.

7 CARA MENGATASI FOBIA DISEBABKAN KEGUGURAN

Jika anda pernah mengalami keguguran, tips di bawah ini sangat berguna untuk anda.

Tips Hamil Semula Selepas Keguguran

1. MENERIMA HAKIKAT KEGUGURAN BAYI
Tidak dinafikan, dengan mengenal pasti punca keguguran, anda akan berasa lebih tenang untuk menghadapi alam kehamilan yang seterusnya. Walaupun tidak dinafikan ada sesetengah punca keguguran masih tidak dapat diketahui, amatlah penting bagi seseorang wanita menerima hakikat bahawa keguguran itu bukan berpunca daripada kesilapan mereka, tetapi sesutu yang ditakdirkan awal-awal lagi oleh Sang Pencipta.

2. AMBIL MASA UNTUK TENANGKAN DIRI

Menangis, berkurung dalam bilik, termenung, tidur sepanjang hari - buatlah apa-apa pun dalam masa beberapa hari tersebut. Kecewa dan sedih adalah perkara yang normal untuk dirasai sebagai manusia biasa.

Ambil masa anda untuk bertenang. Luangkan masa dengan pasangan anda dan dengarkan kata-kata dorongan daripada mereka yang sayangkan anda. Seelok-eloknya, denganrkan ayat-ayat suci Al-Quran dan perbanyakkan Solat Sunat supaya dapat mengembalikan kekuatan dalaman anda.

3. BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN WANITA SENASIB
Kini, terdapat pelbagai medium dan cara untuk anda membaca pengalaman wanita dan ibu-ibu lain yang pernah mengalami nasib yang sama seperti anda. Jika anda berasa malu untuk berdepan dengan sesiapa yang anda kenali, 'Google' sahaja kata kunci seperti
  • pengalaman keguguran
  • miscarriage experiece
Anda akan jumpa ratusan ribu pengalaman yang dikongsikan di alam maya.

4. LUAHKAN PERASAAN ANDA
Sekiranya anda belum pernah meluahkan perasaan kehilangan anda kepada sesiapa, inilah masanya. Cari seseorang yang anda rasa selesa untuk berkongsi - suami, ayah, ibu, mentua, adik-beradik, kawan rapat atau sesiapa sahaja.

Jika anda tidak suka bercerita mengenainya, tulislah luahan hati anda di dalam diari atau blog anda. Ada sesetengah orang lebih suka untuk berkongsi perasaan dengan orang yang tidak dikenali. Tidak mengapa, asalkan anda rasa lega selepas meluahkannnya.

Dengan meluahkan perasaan yang terbuku dihati, anda akan merasakan seperti seketul batu besar telah diangkat daripada bahu anda. Walaupun ianya tidaklah menyelesaikan masalah anda, namun ia mampu membuatkan anda lega dan membantu anda untuk mendapatkan semula keyakinan diri anda.

5. UTAMAKAN KESIHATAN SELEPAS KEGUGURAN

Seperti kelahiran biasa, keguguran juga perlu berpantang. Malah, ramai bidan berpendapa bahawa mereka yang mengalami keguguran perlu melalui masa berpantang yang lebih ekstrem supaya badan anda benar-benar pulih dan lebih bersedia untuk menghadapi kehamilan yang seterusnya.

Apa yang penting, jagalah kesihatan anda dengan baik. Janganlah terlalu bersedih sehingga mengabaikan makan minum yang akhirnya memudaratkan diri-sendiri.

Sekiranya anda mengetahui punca keguguran anda, pastikan anda mengambil ubat, makanan berkhasiat atau suplemen yang bersesuain. Rujuklah pada doktor dan jalani prosedur yang bersesuaian untuk membantu memulihkan kesihatan rahim anda.

6. MENCUBA LAGI SELEPAS BERSEDIA

Walaupun anda amat mengharapkan kehadiran cahaya mata, janganlah tergesa-gesa. Hal ini kerana hubungan kelamin bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan terutama dalam keadaan anda yang masih trauma dan tertekan.

Beritahu pasangan anda dengan lembut tentang perkara yang menganggu fikiran anda. Jika belum bersedia janganglah pula menjauhkan diri daripada pasangan. Pasangan anda juga sebenarnya turut terasa dengan kehilangan bayi walaupun bukan mereka yang mengandungkan.

Peluklah dia, ciumlah dia, eratkan hubungan anda berdua, dan cubalah lagi apabila anda telah benar-benar bersedia.

7. BERDOA DAN BERTAWAKAL
Dalam apa-apa perkara yang terjadi pada diri kita, perkara paling utama yang perlu ditetapkan dalam hati adalan perasaan kehambaan kepada Tuhan. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, berusaha, dan berdoa. Selebihnya, terpulanglah kepada kuasa Maha Pencipta. Bahkan, kadangkala kita sendiri tidak menyedari bahawa suatu ujian itu amat bermakna untuk kita walaupun ianya begitu perit.


KESIMPULAN - Walaupun proses pemulihan adalah sukar, tetapi ia bukannya mustahil. Segelintir wanita terlalu menyalahkan diri mereka dan takut mengecewakan orang sekeliling dengan kehamilan yang seterusnya.

Percayalah, semua yang berlaku adalah takdir yang telah ditentukan oleh DIA. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang dan berusaha ditambah dengan doa seikhlas hati, selebihnya adalah urusan DIA yang MAHA BERKUASA.

TAGS :

Amalan Berpantang Selepas Keguguran, Bersama Selepas Keguguran, Cara Cepat Mengandung Selepas Keguguran, Cara Hadapi Isteri Keguguran, Cara Mengatasi Keguguran Kandungan, Cara Pujuk Isteri Keguguran, Faktor Keguguran Kandungan, Kesan Keguguran Kandungan, Simptom Keguguran Kandungan, Tips Mengandung Selepas Keguguran, Tips Hamil Selepas Keguguran, Pengalaman Hamil Selepas Sebulan Keguguran, Petua Mengandung Selepas Keguguran, Atasi Stres Selepas Keguguran, Risiko Mengandung Lagi Selepas Keguguran, Punca Selepas Keguguran Susah Mengandung, Selepas Keguguran Terus Mengandung

FAKTOR FARAJ BERBAU SEPERTI IKAN BUSUK

Bau faraj yang busuk bukan sahaja boleh membuat seseorang wanita rasa tidak selamat, tetapi juga boleh menjadi tanda masalah dengan kesihatan faraj. Bau faraj wanita adalah berbeza-beza mengikut seluruh kitaran haid.

Anda tidak perlu bimbang jika faraj anda berbau selepas anda melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh yang banyak seperti bersukan. Tetapi, kalau faraj anda mempunyai bau busuk tanpa sebab yang anda sendiri tahu, anda perlu ambil perhatian khusus kerana, ia bermakna bahawa terdapat masalah dalam kawasan kesihatan kewanitaan anda.

10 FAKTOR FARAJ BERBAU SEPERTI IKAN BUSUK

Jika anda mempunyai masalah seperti di atas, berkemungkinan besar ia disebabkan oleh faktor-faktor yang saya nyatakan di bawah ini.

1. JANGKITAN KULAT DAN BAKTERIA
Adanya infeksi kulat dan bakteria, seperti kulat candida albicans dan bakteria haemophillus vaginalis. Sama ada daripada anda sendiri atau pun suami.

2. JANGKITAN DARIPADA SUAMI
Suami tidak menjaga kebersihan alat sulitnya hingga menyebabkan jangkitan pada anda sewaktu mengadakan hubungan seksual.

3. TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN FARAJ
Kurang menjaga kebersihan faraj. Jarang mencukur atau tidak mencukur bulu kemaluan. Kalau dah panjang, jangan disimpan, cepat-cepat cukur kerana ia boleh membuatkan faraj berbau.

4. SELUAR DALAM YANG KETAT
Akibat kerap memakai pakaian dalam yang terlalu ketat atau bahan sintetik sehingga tidak menyerap peluh.

5. PERUBAHAN HORMON

Adanya perubahan hormon hingga menyebabkan keluar cecair berlebihan dan faraj sentiasa lembab serta boleh menimbulkan infeksi jika tidak dibersihkan dengan kerap.

6. MASALAH PAD/PANTYLINER
Penggunaan pad/pantyliner yang terlalu lama hingga menyebabkan jangkitan kuman.

7. WAKTU DATANG BULAN @ HAID
Akibat PMS atau masa menuju hari kitaran haid.

8. PENGGUNAAN FEMININE WASH
Penggunaan pembersih faraj yang berlebihan atau tidak sesuai dengan kulit anda kerana ada kandungan bahan kimia.

9. PEMAKANAN YANG SALAH

Masalah keputihan yang berlebihan. Salah satu makanan yang boleh menyebabkan keputihan adalah timun.

10.FAKTOR PERSEKITARAN
Mangkuk tandas yang kotor boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Kurangkan penggunaan tandas awam jika boleh. Jika terpaksa pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga. Misalnya gunakan plastik pengalas mangkuk tandas.


KESIMPULAN - Faraj adalah organ yang penting untuk setiap wanita. Jaga kesihatan organ ini  dengan memberi perhatian kepada kebersihan. Jika anda mengalami bau faraj disertai dengan gejala-gejala lain, jangan malu atau tidak mahu bertanya kepada doktor.

TAGS :

Petua Hilangkan Bau Busuk Faraj, Cara Hilangkan Bau Busuk Faraj, Tips Hilangkan Bau Busuk Faraj, Petua Mewangikan Faraj, Cara Mewangikan Faraj, Tips Mewangikan Faraj, Faraj Berair Dan Berbau, Petua Hilangkan Bau Busuk Alat Sulit, Petua Hilangkan Bau Busuk Kelamin Wanita, Petua Hilangkan Bau Busuk Miss V, Petua Hilangkan Bau Busuk Vagina, Faraj Berbau Hanyir, Faraj Berbau ketika Bersama, Faraj Berbau Selepas Bersalin, Faraj Isteri Berbau, Faraj Wanita Berbau, Kenapa Faraj Berbau, Masalah Faraj Berbau, Punca Faraj Berbau, Punca Miss V Berbau, Tips Menjaga Keharuman Miss V

HILANGKAN BAU BUSUK FARAJ DENGAN BERKESAN

Tercium bau yang kurang menyenangkan dari faraj atau vagina membuatkan ramai wanita berasa tidak selesa, resah dan hilang keyakinan diri. Biarpun faraj berbau adalah sesuatu yang normal, namun  bagi sebahagian wanita yang mengalaminya  merasakan amat mengganggunya  terutama apabila mahu melakukan hubungan intim dengan pasangan.

Ada suami yang mengeluh sampai kena pasang kipas sewaktu hendak bersama sebab terlalu busuk. Kalau inilah keadaannya, memang sangat kritikal dan perlu bertindak segera.

3 PETUA HILANGKAN BAU BUSUK FARAJ DENGAN BERKESAN

Di bawah ini adalah sedikit petua dan tips yang boleh anda cuba untuk mewangikan bahagian alat sulit yang mempunyai masalah bau busuk.

Petua 1 : SERBUK TEH
Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit. Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam.

Petua 2 : KULIT PISANG MUDA
Ambil 2 biji kulit pisang muda, 3 helai daun sirih bertemu urat, sebiji kulit pinang, gambir sebanyak 3 keping dan sedikit kapur sirih. Ramuan tersebut hendaklah ditumbuk sehingga lumat. Kemudian direndamkan bersama setengah baldi air suam panas. Basuhlah faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari pagi dan malam agar ia sentiasa bersih dan segar.

Petua 3 : AIR GARAM

Gunakan air garam. Bancuh 2 sudu garam dengan secawan air panas. Masukkan air garam tadi ke dalam baldi atau besen. Gunakan sebagai bilasan setiap kali anda selesai membuang air kecil atau besar atau selepas bersama suami.


KESIMPULAN - Faraj berbau busuk disebabkan oleh jangkitan bakteria dan yis. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, pastikan anda menjaga kebersihan di bahagian 'Miss V' supaya ia sentiasa sihat dan berbau wangi. Bersihkan dengan betul alat sulit anda setiap kali selepas bersama suami dan membuang air.

TAGS :

Petua Hilangkan Bau Busuk Faraj, Cara Hilangkan Bau Busuk Faraj, Tips Hilangkan Bau Busuk Faraj, Petua Mewangikan Faraj, Cara Mewangikan Faraj, Tips Mewangikan Faraj, Faraj Berair Dan Berbau, Petua Hilangkan Bau Busuk Alat Sulit, Petua Hilangkan Bau Busuk Kelamin Wanita, Petua Hilangkan Bau Busuk Miss V, Petua Hilangkan Bau Busuk Vagina, Faraj Berbau Hanyir, Faraj Berbau ketika Bersama, Faraj Berbau Selepas Bersalin, Faraj Isteri Berbau, Faraj Wanita Berbau, Kenapa Faraj Berbau, Masalah Faraj Berbau, Punca Faraj Berbau, Punca Miss V Berbau, Tips Menjaga Keharuman Miss V

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget