Bau faraj yang busuk bukan sahaja boleh membuat seseorang wanita rasa tidak selamat, tetapi juga boleh menjadi tanda masalah dengan kesihatan faraj. Bau faraj wanita adalah berbeza-beza mengikut seluruh kitaran haid.
Anda tidak perlu bimbang jika faraj anda berbau selepas anda melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh yang banyak seperti bersukan. Tetapi, kalau faraj anda mempunyai bau busuk tanpa sebab yang anda sendiri tahu, anda perlu ambil perhatian khusus kerana, ia bermakna bahawa terdapat masalah dalam kawasan kesihatan kewanitaan anda.
10 FAKTOR FARAJ BERBAU SEPERTI IKAN BUSUK
Jika anda mempunyai masalah seperti di atas, berkemungkinan besar ia disebabkan oleh faktor-faktor yang saya nyatakan di bawah ini.1. JANGKITAN KULAT DAN BAKTERIA
Adanya infeksi kulat dan bakteria, seperti kulat candida albicans dan bakteria haemophillus vaginalis. Sama ada daripada anda sendiri atau pun suami.
2. JANGKITAN DARIPADA SUAMI
Suami tidak menjaga kebersihan alat sulitnya hingga menyebabkan jangkitan pada anda sewaktu mengadakan hubungan seksual.
3. TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN FARAJ
Kurang menjaga kebersihan faraj. Jarang mencukur atau tidak mencukur bulu kemaluan. Kalau dah panjang, jangan disimpan, cepat-cepat cukur kerana ia boleh membuatkan faraj berbau.
4. SELUAR DALAM YANG KETAT
Akibat kerap memakai pakaian dalam yang terlalu ketat atau bahan sintetik sehingga tidak menyerap peluh.
5. PERUBAHAN HORMON
Adanya perubahan hormon hingga menyebabkan keluar cecair berlebihan dan faraj sentiasa lembab serta boleh menimbulkan infeksi jika tidak dibersihkan dengan kerap.
6. MASALAH PAD/PANTYLINER
Penggunaan pad/pantyliner yang terlalu lama hingga menyebabkan jangkitan kuman.
7. WAKTU DATANG BULAN @ HAID
Akibat PMS atau masa menuju hari kitaran haid.
8. PENGGUNAAN FEMININE WASH
Penggunaan pembersih faraj yang berlebihan atau tidak sesuai dengan kulit anda kerana ada kandungan bahan kimia.
9. PEMAKANAN YANG SALAH
Masalah keputihan yang berlebihan. Salah satu makanan yang boleh menyebabkan keputihan adalah timun.
10.FAKTOR PERSEKITARAN
Mangkuk tandas yang kotor boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Kurangkan penggunaan tandas awam jika boleh. Jika terpaksa pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga. Misalnya gunakan plastik pengalas mangkuk tandas.
KESIMPULAN - Faraj adalah organ yang penting untuk setiap wanita. Jaga kesihatan organ ini dengan memberi perhatian kepada kebersihan. Jika anda mengalami bau faraj disertai dengan gejala-gejala lain, jangan malu atau tidak mahu bertanya kepada doktor.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.