Pertamanya, takziah diucapkan kepada semua wanita yang pernah mengalami keguguran. Sememangnya bukan senang untuk melalui saat-sat kehilangan terutamanya bagi pasangan yang telah lama menunggu saat-saat bahagia untuk mempunyai anak sendiri.
Ada sesetengah wanita yang hanya mengambil beberapa hari sahaja untuk hamil, ada juga yang mengambil masa sehingga bertahun untuk hamil semula selepas mengalami keguguran kerana mereka masih lagi fobia. Adakah anda pernah berada dalam situasi seperti itu?
STATISTIK KEGUGURAN
Tahukah anda bahawa setiap 20 kehamilan pasti akan berakhir dengan 1 keguguran. Manakala, 1 daripada 200 kes adalah keguguran berulang. Malahan, ada yang lebih menyedihkan apabila ada wanita yang mengalami keguguran sehingga 4-5 kali sebelum dapat melahirkan bayi yang cukup sifat.7 CARA MENGATASI FOBIA DISEBABKAN KEGUGURAN
Jika anda pernah mengalami keguguran, tips di bawah ini sangat berguna untuk anda.1. MENERIMA HAKIKAT KEGUGURAN BAYI
Tidak dinafikan, dengan mengenal pasti punca keguguran, anda akan berasa lebih tenang untuk menghadapi alam kehamilan yang seterusnya. Walaupun tidak dinafikan ada sesetengah punca keguguran masih tidak dapat diketahui, amatlah penting bagi seseorang wanita menerima hakikat bahawa keguguran itu bukan berpunca daripada kesilapan mereka, tetapi sesutu yang ditakdirkan awal-awal lagi oleh Sang Pencipta.
2. AMBIL MASA UNTUK TENANGKAN DIRI
Menangis, berkurung dalam bilik, termenung, tidur sepanjang hari - buatlah apa-apa pun dalam masa beberapa hari tersebut. Kecewa dan sedih adalah perkara yang normal untuk dirasai sebagai manusia biasa.
Ambil masa anda untuk bertenang. Luangkan masa dengan pasangan anda dan dengarkan kata-kata dorongan daripada mereka yang sayangkan anda. Seelok-eloknya, denganrkan ayat-ayat suci Al-Quran dan perbanyakkan Solat Sunat supaya dapat mengembalikan kekuatan dalaman anda.
3. BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN WANITA SENASIB
Kini, terdapat pelbagai medium dan cara untuk anda membaca pengalaman wanita dan ibu-ibu lain yang pernah mengalami nasib yang sama seperti anda. Jika anda berasa malu untuk berdepan dengan sesiapa yang anda kenali, 'Google' sahaja kata kunci seperti
- pengalaman keguguran
- miscarriage experiece
4. LUAHKAN PERASAAN ANDA
Sekiranya anda belum pernah meluahkan perasaan kehilangan anda kepada sesiapa, inilah masanya. Cari seseorang yang anda rasa selesa untuk berkongsi - suami, ayah, ibu, mentua, adik-beradik, kawan rapat atau sesiapa sahaja.
Jika anda tidak suka bercerita mengenainya, tulislah luahan hati anda di dalam diari atau blog anda. Ada sesetengah orang lebih suka untuk berkongsi perasaan dengan orang yang tidak dikenali. Tidak mengapa, asalkan anda rasa lega selepas meluahkannnya.
Dengan meluahkan perasaan yang terbuku dihati, anda akan merasakan seperti seketul batu besar telah diangkat daripada bahu anda. Walaupun ianya tidaklah menyelesaikan masalah anda, namun ia mampu membuatkan anda lega dan membantu anda untuk mendapatkan semula keyakinan diri anda.
5. UTAMAKAN KESIHATAN SELEPAS KEGUGURAN
Seperti kelahiran biasa, keguguran juga perlu berpantang. Malah, ramai bidan berpendapa bahawa mereka yang mengalami keguguran perlu melalui masa berpantang yang lebih ekstrem supaya badan anda benar-benar pulih dan lebih bersedia untuk menghadapi kehamilan yang seterusnya.
Apa yang penting, jagalah kesihatan anda dengan baik. Janganlah terlalu bersedih sehingga mengabaikan makan minum yang akhirnya memudaratkan diri-sendiri.
Sekiranya anda mengetahui punca keguguran anda, pastikan anda mengambil ubat, makanan berkhasiat atau suplemen yang bersesuain. Rujuklah pada doktor dan jalani prosedur yang bersesuaian untuk membantu memulihkan kesihatan rahim anda.
6. MENCUBA LAGI SELEPAS BERSEDIA
Walaupun anda amat mengharapkan kehadiran cahaya mata, janganlah tergesa-gesa. Hal ini kerana hubungan kelamin bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan terutama dalam keadaan anda yang masih trauma dan tertekan.
Beritahu pasangan anda dengan lembut tentang perkara yang menganggu fikiran anda. Jika belum bersedia janganglah pula menjauhkan diri daripada pasangan. Pasangan anda juga sebenarnya turut terasa dengan kehilangan bayi walaupun bukan mereka yang mengandungkan.
Peluklah dia, ciumlah dia, eratkan hubungan anda berdua, dan cubalah lagi apabila anda telah benar-benar bersedia.
7. BERDOA DAN BERTAWAKAL
Dalam apa-apa perkara yang terjadi pada diri kita, perkara paling utama yang perlu ditetapkan dalam hati adalan perasaan kehambaan kepada Tuhan. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, berusaha, dan berdoa. Selebihnya, terpulanglah kepada kuasa Maha Pencipta. Bahkan, kadangkala kita sendiri tidak menyedari bahawa suatu ujian itu amat bermakna untuk kita walaupun ianya begitu perit.
KESIMPULAN - Walaupun proses pemulihan adalah sukar, tetapi ia bukannya mustahil. Segelintir wanita terlalu menyalahkan diri mereka dan takut mengecewakan orang sekeliling dengan kehamilan yang seterusnya.
Percayalah, semua yang berlaku adalah takdir yang telah ditentukan oleh DIA. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang dan berusaha ditambah dengan doa seikhlas hati, selebihnya adalah urusan DIA yang MAHA BERKUASA.
TAGS :
Post a Comment
boleh guna petua ni
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.