Mungkin ramai dikalangan kita yang keliru dan tidak dapat membezakan di antara tiga makhluk Allah S.W.T iaitu Iblis, syaitan dan jin. Ada sebahagian daripada kita mungkin menganggap ketiga-tiganya adalah sama saja tidak ada perbezaan.
Untuk membahaskan dengan jelas marilah kita merujuk kepada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W. supaya kita lebih mengenali mereka dan dapat menjauhkan diri daripada hasutan dan bisikan makhluk yang jahat ini.
AYAT AL-QURAN & HADIS MENGENAI SYAITAN
Syaitan adalah zuriat keturunan Iblis hasil perkahwinan beliau dengan jin perempuan yang menjadi pengikutnya.Iblis mempunyai 5 anak utama yang memegang lima kementerian iaitu Tsabar (kementerian musibah), Dasim (kementerian cerai berai rumah tangga), Al-A'war (kementerian perzinaan), Maswath (kementerian pembohongan) dan Zalnabur (kementerian pergaduhan dan pembunuhan).
Semua zuriat keturunan Iblis melalui lima orang anak-anaknya adalah kafir yang dipanggil syaitan. Jumlah mereka adalah ramai dan membiak setiap hari hingga jumlahnya berbillion . sesiapa diantara mereka dan menyesatkan manusia dan membuat maksiat akan diberikan mahkota tanda penghargaan Iblis kepada jasa-jasa cucu cicitnya menjalankan tugas dengan jayanya.
NAMA & TUGAS ANAK-ANAK IBLIS LAKNATULLAH
1. TSABAR
Dia adalah jenis syaitan yang selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau tertimpa musibah, baik kematian anak atau kerabat dan lain-lain. Kemudia dia melancarkan bisikan dan menyatakan permusuhan kepada Allah S.W.T. Di ucapkannya, melalui mulut orang yang tertimpa musibah itu. Keluk kesah, caci maki , tidak reda dengan qadak dan qadar terhadap ketentuan Allah atas dirinya. Untuk menghindarkan ini bacalah doa ini .
"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Tsabar yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."
2. DASIM
Dia adalah jenis syaitan yang yang selalu berusaha untuk mencerai beraikan ikatan perkahwinan, mengobarkan rasa benci satu sama lain dikalangan suami isteri, sehingga terjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar. Dia juga suka menggoda seseorang supaya suka mendedahkan aib orang lain hingga orang itu menjadi marah. Untuk menghadapinya hendaklah baca doa ini :
"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Dasim yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."
3. Al-A'WAR
Dia adalah jenis syaitan yang pakar dalam mengalakkan perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika keluar rumah. Wanita yang keluar rumah dengan berhias diri dan tidak menutup aurat sangat disukai oleh Iblis, Al-A'war dan anak-anaknya kerana mereka bekerja untuk meruntuhkan akhlak, moral dan mengalakkan perzinaan.
4. MASWATH
Dia adalah syaitan jenis yang pakar dalam membuat pembohongan-pembohongan besar atau kecil. Bahkan kejahatan yang Maswath dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk manusia dan duduk dalam satu pertemuan yang diselenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.
5. ZALNABUR
Dia adalah syaitan yang berkeliaran dipasar-pasar di seluruh dunia. Merekalah yang mengobarkan pertengkaran, caci maki, perselisihan dan bunuh membunuh antara sesama manusia.
SIAPAKAH SYAITAN YANG SEBENARNYA?
Menurut bahasa Arab adalah "ruuhun syariirun" atau roh yang sangat jahat/buruk atau suatu kehidupan yang sangat buruk atau penderhaka yang merosakkan”. Sedangkan syaitan secara istilah adalah sifat yang jahat yang tersembunyi dalam diri jin dan manusia yang dapat menimbulkan kerusakan dan kehancuran.
Jadi syatan adalah sebutan dari kalangan jin dan manusia yang jahat. Hal ini sesuai dengan definisi Allah mengenai syatan dalam Al Quran maksudnya :
“Syaitan yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari (golongan jin dan manusia)”
(Surah an-Naas ayat 5-6)
Firman Allah S.W.T. maksudnya :
“ Dan demikian Kami jadikan bagi tiap – tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan dari jenis manusia dan dari jenis jin. Sebagian lagi membisikkan kepada sebagian lagi perkataan – perkataan yang indah – indah untuk menipu manusia. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan,”
(Surah al-An’am ayat 112)
Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa syaitan adalah anak keturunan Iblis dan juga jin kafir yang menjadi pengikut Iblis bersama-sama menggoda manusia dan menimbulkan kesesatan dan kebencian. Syaitan yang berbentuk manusia pula adalah manusia jahat yang menjadikan amalan dan perbuatan Iblis itu sebagai amalannya.
SIFAT-SIFAT SYAITAN
Diantara sifat syaitan itu adalah sifat sombong, bongkak, sesat dan cinta terhadap kejahatan. Jin yang bersifat sombong dan bongkak dan cinta kejahatan disebut sebagai syaitan. Manusia yang memiliki sifat tersebut disebut juga syaitan. Syaitan dari jenis manusia dan syaitan dari jenis jin yang ditetapkan Allah sebagai musuh para nabi itu menperdaya sebagian yang lain dengan kata-kata indah yang dibisikannya. Yang dimaksud dengan membisikkan disini adalah kerja-kerja menipu dan mendorongnya untuk berbuat sombong, sesat dan maksiat kepada Allah Azza Wa Jalla.Firman Allah S.W.T. maksudnya :
“ Dan orang-orang kafir berkata, “Ya Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (yaitu) sebagian jin dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kami kami supaya kedua jenis itu menjadi orang-orang yang hina”
(Surah Fusshilat ayat 29)
TUGAS-TUGAS SYAITAN
Sedangkan syaitan itu menurut Al-Quran Al-Kariem adalah makhluk yang kerjanya mengajak kepada perbuatan jahat dan keji serta berbohong.1. Mengajak Kepada Perbuatan Keji
Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.
(Surah al-Baqarah ayat 169 )
2. Syaitan Adalah Musuh Manusia
Dan Allah S.W.T telah menegaskan bahwa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.
Maksudnya :
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
(Surah al-Baqarah ayat 208 )
3. Memberi Janji Dan Angan-angan Kosong
Syaitan itu kerjanya memberi janji dan angan-angan kosong kepada manusia. Firman Allah S.W.T. maksudnya :
"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.
(Surah an-Nisa : 120 )
4. Manusia di Panggil Syaitan
Namun syaitan itu tidak terbatas pada jenis makhluk halus / jin saja, melainkan manusia pun boleh dikategorikan sebagai syaitan. Dan Al-Quran pun Allah S.W.T. menyebut-nyebut tentang manusia yang menjadi syaitan itu.
Firman Allah S.W.T. maksudnya :
"Katakanlah: 'Aku berlidung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia."
(Surah an-Naas ayat 1-6 )
Ibnu Abbas r.a. meriwayat sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : :
“Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan mengandung khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin”
=> Tugas-tugas Anak Iblis Laknatullah <=
=> Perbezaan Antara Jin, Syaitan & Qarin <=
=> Ayat Al-Quran & Hadis Mengenai Iblis Laknatullah <=
=> Perbezaan Antara Jin, Syaitan & Qarin <=
=> Ayat Al-Quran & Hadis Mengenai Iblis Laknatullah <=
KESIMPULAN
Terkadang manusia dan jin bernikah dan melahirkan anak..
( Ibnu Taimiyah )
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.